Tuesday, 30 December 2008

Dari Pelajar Palestin di UIA

Semasa diri ini di UIA tengahari tadi, sekumpulan Pelajar dari Palestin telah memberi kami flyer GAZA Under Fire - Al Aqsa Friends' Society

"We bear witness that there is no God but Allah and we bear witness that Muhammad is the Messender of Alllah"- This is what we saw and heard on TV screens by a Palestinian policeman lying on the ground between tens of dead policemen in Gaza just minutes before he gave his last breaths.

On Saturday December 27, 2008, a massive wave of Zionist air strikes against the seal off Gaza strip claimed the lives of at least 220 people (now, as I typed this, more than 360 dead) and injured several hundred innocent Palestinians.

The Zionist onslaught continues unabated over the already starving, tired and wounded people. Many commentators and reporters affirm that this is THE WORST massacre Gaza has been subjected to since so called Israel occupied it in 1967.

Meanwhile NONE of the formal parties whether they are international, Arab or Islamic have done anything yet to stop the continuing genocide. In the latest attacks, Zionist aircrafts bombed the Islamic University, all the strip municipalities, fromal offices, cultral and charitable societies, 5 mosques, Al-Shifa hospital, fisher pors and government buildings in Gaza Strip. Dozen of tunnels between southern Gaza and Egypt providing a lifeline to residents who are starved of basic supplies due to an 18 month long Israeli and Egyptian blockade have been completely destroyed.

Zionist forces have been massing on the border of Gaza Strip growing fears that the offensive could escalate as warplanes, helicopter gunships and military boats continue to pound the territory. Tolls pass 400 people killed and 2000 injured. More than 1000 raids till this moment.

Gaza totally-flat strip whose areas is 22 times smaller than Selangor (Gaza = 365 km2. Selangor = 7956 km2) has turned into a mass grave. The scene of people screaming in grief while taking their family members for burial is repeated over and over.

Amid the deep silence and apathy of all formal Arab, Islamic and International regimes, every one of us has something to say, offer and do for his/her brothers and sisters who are under attack. Everyone should have an answer gor a Gazan who question "I need to know what happened to Muslims. Where are they? Anyone...tell me"

Wahai para bloggers yang bijaksana semua, jangan membisu..say something!

Mencari Hamas...

Pagi ini BREAKING NEWS di CNN apa lagi kalau tidak Gaza dihujani oleh bom bom dari Israel. Mereka perang habis habisan menentang Hamas.

Gaza bukanlah kawasan atau 'negeri' yang besar sangat tapi penduduknya lebih satu juta. Padat. Bayangkanlah kalaupun niat mereka nak bom anggota anggota kumpulan Hamas, bagaimana pula nasib orang awam seperti bayi,kanak kanak, orang perempuan, orang orang tua? Adakah bom bom itu boleh mengenal mangsa mereka?

Sakit hati.

Sadam Hussien digantung pada pagi hari Raya Korban Aidil Adha tahun lalu, sekarang Gaza pula dibom pada Maal Hijrah 1430, mereka tahu ini Hari Besar kalender Islam. Sengaja mereka menghina Agama suci kita.

Jadi pada Mr. Balbir Singh yang pernah menegur Muntazer membaling kasut saiz 10 pada Bush, pada Letters to the Editor baru baru ini, fahamlah. Faham mengapa kami dan mereka sakit hati dengan Bush. Sokongan penuh dan padu pada Bush pada Israel atau pun serangan mencari WMD di Iraq telah menyebabkan begitu ramai orang Islam tidak berdosa mati sia sia. Harta benda hancur lebur, hidup bertambah daif se daif daifnya.

Sementara kita semua menonton lebih banyak lagi BREAKING NEWS dari CNN hari ini esok atau lusa dan juga tulat, sementara memorendum demi memorendum akan ditandatangani antara pemimpin negara Islam yang berani bersuara sedikit mengenai isu ini...rakyat Palestin akan terus hidup dalam ketakutan, kemarahanan , kebencian ke tahap yang sudah tentunya mendorong mereka menjadi 'pengganas'.

Kalau kita pun diperbuat sebegini mungkin kita juga sekarang akan jadi 'pengganas'..tidak lagi kita menekan butang butang key board masing masing. Kita sekarang pun tentu sedang mengatur strategy masing masing..WaAllahuAlam. Tak rasa tak tahu..Hanya yang menghadapi situasi sebegini yang faham akan perjuangan suci mereka sebenarnya. Kadang kadang mungkin tidak masuk di akal akan tindak tanduk mereka pada kaca mata kasar kita semua.

Sebabnya kita tak rasa, kita tak lihat anak, adik, abang kita mati kena bom atau ditembak hadapan mata kita. Kita tak lihat bom demi bom hancurkan tempat tinggal kita, satu satunya tempat kita berteduh dan dilindungi panas terik matahari seperti di Padang Pasir. Tidak, kita tak rasa dan lihat ............Alhamdulillah, negara kita Selamat. Syukur.

Monday, 29 December 2008

Salam Hijrah 1430

Hati ini entah mengapa tidak berapa 'sedap' menyambut datangnya Maal Hijrah 1430, hari ini @ 29hb December 2008. Mungkin kerana masih 'sakit hati' dengan apa yang sedang berlaku di Gaza semasa jari jemari ini sedang menaip keyboard. Senang saja Pentadbiran Bush jawab bila ditanya dengan bertan-tan bom yang digugurkan di Gaza yang menyebabkan setakat ini dua ratus nyawa terkorban. "Hamas yang telah melanggar perjanjian yang dimeterai..".

US tahu, betapa bagaimanalah kekuatan Hamas mampu melawan angkatan tentera zionis yang lengkap segalanya dengan bantuan dari negera uncle Sam itu sendiri. Ianya seolah-olah mengizinkan apa yang berlaku apatah lagi dendam kesumat 9-11 masih tersemat dikalbu mereka mereka di rumah putih. Setakat ini bedilan Hamas meragut satu nyawa di Israel. Begitulah murahnya nyawa orang Islam, rakyat Palestin 250 terkorban = 1 nyawa Yahudi.

Apa yang boleh kita buat? Berdoa sahaja bagi kita yang terlalu kerdil dalam segala segi. Apa yang Pak Arab Teluk dan yang menetap di luar negara boleh buat? Macam macam. Mereka pun mungkin tak banyak berdoa macam kita. Al Maklum kerana hidup kaya raya....segalanya disaluti emas berkilau dan permata bergelipan buatan dan potongan Barat dengan designer terkenal dari US dan Eropah.

Limpahan rezeki 'emas hitam' dari Allah swt kepada Negara Islam Arab di Teluk TIDAK dimanafaatkan untuk umat Islam sejagat, tetapi untuk mengguntungkan peniaga senjata, dan segala kelengkapan mewah dari Amerika khasnya dan tentulah Eropah. Semasa berpeluang ke Dubai dan Abu Dhabi dua tiga tahun lalu, diri ini melihat sendiri betapa kehidupan Pak Arab dan Mak Arab mereka terlalu mewah sehinggakan mungkin mereka merasa hidup di syurga dunia. Dan sedihnya, mereka lupa melihat lebih jauh tabir kehidupan Insan Insan lain yang melebihan perimeter tempat tinggal atau negara mereka sendiri.

Khabar terbaru yang didengar adalah mereka mahu jadikan Pantai di Abu Dhadi itu 'sejuk' di musim panas untuk para pengunjung. Memang Abu Dhabi panas, maklumlah di Padang Pasir tapi mungkin duit mereka boleh merubah apa saja termasuk cuaca.

Sementara itu, rakyat Palestin akan terus hidup daif begitu sampai bila bila. Tidak ada penyelesaian sampai akhirat. Kalau kita nak tunggu Pak Arab sedar betapa mereka mesti BERSATU dan tolong orang Palestin mungkin ini mustahil. Kita tunggu mereka jatuh miskin sebagaimana kehidupan asal mereka orang nomad badwi, pulak masa itu tidak ada kekuatan ekonomi nak tolong saudara se bangsa dan SeIslam. Jadi memang tak akan ada apa pun penyelesaiannya. Rundingan lepas rundingan, macam ini lah jugak ceritanya.

Susah susah, Iran...............kau bom sajalah Israel tu!!!!!!! Kalau kau tak bom pun mereka kata kau jahat jugak.

Hati ini juga agak terusik dengan keMangkatan DYMM Yam Tuan Besar NS, Almahrum Tuanku Jaafar ibni Almahrum Tuanku Abdul Rahman. Takziah kepada seluruh kerabat di raja NS. Terasa masa bergerak...........sebab dulu masa bersekolah di Seremban, pernah juga buat persembahan di hadapan Alhamrum - Tarian Melayu mewakili sekolah sempena perayaan Hari Kemerdekaan atau Keputeraan Almahrum.

Sekarang Padang di Seremban itu pun dah tak ada. Dah didirikan Shopping Kompleks. Habis, .....pantang ada tempat lapang sikit...mesti buat bangunan.

Semoga Pengganti Almahrum akan diumumkan segera dan Allah swt Mengampunkan dosa dosa AlMahrum dan MeRahmati ruhnya.

Thursday, 25 December 2008

Kenangan menjelang Christmas

Sambutan Christmas di Malaysia mungkin tidak akan dialami dalam salji, namun itulah yang selalu digambarkan, bahawa sambutannya dalam sejuk salji dengan luncuran kereta yang dipandu khas olen Santa dengan rusa rusa ajaibnya.

Semasa dizaman remaja dan tinggal di Port Dickson, jiran sebelah rumah teres satu tingkat kami adalah Keluarga P Peter. Uncle Peter sekeluarga adalah Penganut Christian Protestant bermula dari keluarga bersar di India sejak 500 tahun dahulu. Nama nama mereka pun semua nama Christian.

Kami akrab. Uncle dan Aunty Peter pasangan ideal yang dikurniakan 12 orang anak anak. Tetapi semasa jadi jiran kami Uncle Peter telah pun bersara dari menjadi manager Estate jadi anak anak kesembilan semuanya telah pun berumah tangga masing masing.

Menjelanga Christmas mereka pasti sibuk, macam kita mahu sambut raya. Uncle dan Aunty sekeluarga memang tidak makan daging babi atau minum arak. Dan untuk meraikan kami Uncle Peter akan beli daging ayam dari Pasar yang disembelih oleh Orang Islam Melayu di situ. Paling aku minat adalah sup 'rasam' oleh Aunty. Sedap!!

Tidak mungkin aku dapat lupakan Uncle Peter dan aunty. Pernah ketika Arwah Abang Zai bertugas di Sabah, Arwah mak tiba tiba jatuh sakit. Uncle Peterlah yang telah membawa kami anak beranak tengah tengah malam, ke hospital di PD, Uncle tunggu hinggalah Mak dimasukkan kedalam wad dan melawatnya tiap tiap hari. Bila cucu cucu Arwah Mak hendak dikhatankan pun Uncle Peterlah yang menghantar mereka ke hospital kerana ayah mereka terlewat pulang dari Batu Pahat!!

Pada malam menjelang Christmas, The Christmas Carols akan datang rumah ke rumah. Seperti biasa rumah Uncle Peter pun tentulah mereka akan singgah sebab Uncle Peter orang kuat Gereja. Anak anak bujang Uncle Peter masa itu, yang sekarang telah pun menjadi mendiang ia itu Benjamin akan pesan pada aku "....when the carols come over, make sure you stay in your house, dont come out"

Tapi, biasalah kita remaja 17 tahun tentu curious bila rumah sebelah ada keramaian dan apa lagi keluar menjengok sekejab. Kelvin, kawan baik Benjamin seGereja, berhenti menyanyi dan datang pada aku. "Hello, how are you......" Dan kami berbual. Lepas itu yang lain pun datang joined kami. Benjamin marah pada aku. "I told you NOT to come out.......see now they all have stop....."

Sati peristiwa lagi berlaku bila Jayalailitha, classmate aku mahu menjadi penganut Christian. Jaya tahu aku rapat dengan keluarga Peter. Jaya minta aku tanyakan pada Uncle Peter sama ada boleh tolong dia menjadi Penganut Christian. Aku pun buat temujanji dan bawa Jaya bertemu Uncle Peter. Aku dan mungkin Jaya sekarang ini pun mesti ingat apa yang Uncle Peter cakap pada dia.

"Girl, you are only 17. You are still under your parents. I am not going to help you in anyway. My advice is you wait until you are 21...but then again please dont come to me."

Begitulah ingatan diri ini setiap Christmas, ditambah lagi bila Arwah Abang Zai meninggal dunia pun menjelang Christmas. Begitulah kami jiran jiran dulu dulu. Kami ikhlas bersahabat, tiada apa apa kepentingan. Hanya mahukan persahabatan.

Hari berganti dan InsyaAllah tahun pun akan berganti. Beginilah aturan Alam oleh Allah swt untuk kita semua. Segalanya akan berubah. Segalanya akan bertukar dan tiada yang kekal.

Sedih.

Tiada yang Abadi. Kecuali Iman yang melekat di hati..

Wednesday, 24 December 2008

Back to school


Secara rasmi Kelas telah pun mula. Agak menarik juga course outline dalam Pengajian Oriental Philosophy yang dibimbing oleh Prof Dr. Baharudin Ahmad.
Kelas kami terdiri dari enam belas orang pelajar sahaja yang berusia dari 62 tahun hinggalah mungkin yang masih remaja. Pelajar pelajar terdiri dari Negara Nigeria, Jepun, China, Palestin, Seorang Penganunt Agama Kristian dan Sikh. Composisi pelajar pun amat menarik.
Dalam silibus Pengajian ini, salah satu dari padanya adalah 'field trip'. Mungkin kami akan melawat ke Pulau Pinang (Tempat favourite Mak Cik). Ke Pulau Pinang bukanlah untuk makan angin atau ke Kassim Mustapha tetapi adalah untuk melawat sendiri Pagoda, Kuil Hindu dan Masjid Kapitan Keling. Kami diberitahu bahawa kami akan pergi dengan bas rasmi UIA dan tinggal di Hostel USM, Penang. Heh, heh....Mak Cik tak dapat bayangkan macam mana Mak Cik nak tinggal dalam dom dalam usia sebegini. Minta minta diizinkan tinggal tempat sendiri. Bila ada group studies malam tu, datanglah dengan teksi.
Oriental Philosophy merangkumi pengajian tentang latar belakang agama agam di sini. Di Asia. Agama Hindu, Buddism dan Islam. Kita selalu dikaji oleh orang Barat atau penganut Agama lain yang kurang faham tentang Islam melainkan orang Islam tak boleh makan ba alif ba ya. Tapi kali ini kami InsyaAllah, akan mempelajari apa dia sebenarnya dalam ajaran mereka, dan kitab kitab seperti veda. Apa pengajian yang terkandung didalamnya, adakah ianya juga ada Penafsiran, kami tunggulah nanti.
Got to start reading, lots of reading and have to take up the Arabic class, elementary stage...I am officially back to school. Dear blogger friends, please pray for me.........

Friday, 19 December 2008

Allah selamatkan kamu......

Semoga Tun Dr. M terus ceria, sihat walAfiat dan terus menyumbang ke arah kebaikan Negara!! Amin!

Terima Kasih Tun. Terima Kasih atas Segalannya!

Wednesday, 17 December 2008

Puasa ISA

Bila Kerajaan Malaysia sekali lagi menurunkan harga Petrol 10 sen lagi dua hari lalu, diri ini tunggu tunggu juga jika ada pihak pihak yang akan pergi ke jalan jalan berdemonstrasi kesyukuran "BerTerima Kasih".

Manalah tahu kalau kalau Tian Chua pun mahu baring atau duduk tertonggok tengah mana mana jalan raya sambil mengajak pengikut pengikutnya sama-sama mengakui gembira terima penurunan harga Petrol buat kali yang ke tujuh atau lapan ini!!

Tapi diri ini kecewa bila membaca LAIN pulak ceritanya!! Rupa-rupanya ada juga segelintir kecil rakyat Malaysia yang masih mahu cari 'headline' dengan berPuasa empat hari berturut-turut semata mata kerana mahu ISA dihapuskan!! Kerana saudara mereka ditahan dibawah ISA. Selama ini memang ada ISA tapi saudaranya tak ditahan dia tak peduli, tapi sekarang oleh kerana kena batang hidung sendiri, dia rela mati..

Macam-macam...

Kalau Kerajaan Tunduk pada permintaan mereka yang mungkin mati dengan berpuasa sekian lama, bagaimana pula jika lepas ini ada pula kumpulan kumpulan lain yang juga berPuasa dan menuntut itu dan ini kehendak mereka??

Kalau di Singapura ini memang langsunglah Kerajaannya tak peduli. Jangankan berPuasa empat hari, Puasa empat bulan pun dia orang tak Peduli...Lantaklah engkau orang...Mati? Matilah. Tapi kerajaan Malaysia, tak tahulah pulak. Sama-samalah kita tunggu.

Tuesday, 16 December 2008

PM Handsome

Akhirnya Ketua Parti Pembangkang Thailand Abhisit Vejjajiva telah dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke TIGA dalam masa masa EMPAT BULAN.

Begitulah terlalu pantasnya rakyat Thailand menukar Perdana Menteri. Kita tahu bagaimana para penunjuk perasaan telah berkhemah di Lapangan Terbang Negara sehingga sekarang Thai Airways menyaman Parti Pembangkang tersebut kerana telah menyebabkan kerugiaan berbillion dollar pada syarikat itu, ini tidak termasuk kesulitan yang ditanggung para pelancung Asing, para penduduk tempatan dan lain lain kerugian yang kita boleh bayangkan sendiri.

PM Thailand ini baru berusia 44 tahun. Handome dan perpendidikan di Oxford malah lahir pun di UK juga.

Harap harap rakyat Thailand boleh reda supaya beliau dapat menTadbir negera sesuai dengan mandat yang diberikan. Harap harap mereka puas hati dah dapat PM Handsome dan Bijaksana. Walaupun dalam akhbar telah ada penunjuk perasaan terhadap PM Handsome Abhisit ini...sekarang.

Kalau asyik ada Tunjuk Perasaan, pertempuran sama sendiri yang tidak ada kesudahan dalam mencari yang "Perfect" memang sampai bila bila pun beginilah ceritanya......mungkin dalam dua bulan lagi timbul pulak seorang lagi PM. Akhirnya nanti semua orang dapat rasa jadi PM. Entah apa akan jadi pula pada rakyat jelata, pada negara..

Melainkanlah kalau, 'pertukaran kepimpinan Negara' ini pun hendak dijadikan salah satu tarikkan pelancungan di Negara Gajah putih itu. Tapi ini pun, Lapangan terbang tak bolehlah dikepong lagi.

Kadang kadang terfikir juga diri ini...free betul dia orang ni. Tak ada kerja ke kalau asyik berkumpul ramai ramai saban hari untuk 'tunjuk perasaan', macam mana dapur nak berasap? Yang patut ke kolej atau university pun, tak ada Thesis atau assignment ke nak disudahkan?

Monday, 15 December 2008

Kasut Saiz 10

MUNTAZER AL- ZAIDI!!!

Muntazer al-Zaidi!!! Kamulah lelaki Islam yang berani. Kalau di Malaysia, negaraku ini, mungkin kamu akan digelar "Lelaki Islam Terkini."

Muntazer Al-Zaidi, kamu benar benar mengejutkan kami!! Membuat kami tersenyum sendiri di pagi ini.

Kamu tidak hipokrit. TIDAK SEMUA antara kami yang akan berani baling sepasang kasut kepada President W Bush, manusia terkebal di dunia, saat ini. Kalau paling handal pun hanya maki dalam hati!! Tulis dalam blog, macam ini!!

Tapi kamu anak Iraq sejati. Memang keturunan Saddam Hussien tak takut mati!! Apatah lagi kalau setakat baling kasut pada seorang lelaki!!

Itulah Zaidi, seorang wartawan dengan The Al-Baghdadia Channel yang berpusat di Cairo.

Sudah tentu Zaidi "digulingkan" serta merta ke lantai oleh Pasukan Keselamatan yang berpuluh orang kalau tidak beratus di situ. Takut kalau kalau Bush mati nanti.

President George W Bush ketawa sahaja. "Aku tak kisah. Kalau kamu semua nak tahu dia (Zaidi) baling pada aku kasut Saiz 10"

Saturday, 13 December 2008

Tiada jalan pintas..

Dalam The Star N10 pagi ini, Dr. Shaaribuu Setev, ayah kepada Model terkenal Altantuya akan memohon untuk kes melibatkan Razak Baginda dan Pembunuhan anaknya dikaji atau 'review' semula.

Beliau tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Malaysia terhadap Razak Baginda yang dibebaskan. Sudah tentu kita boleh agak Karpal Singh adalah Peguam hebat yang mewakili Dr. Shaaribuu.

Diri ini simpati atas apa yang menimpa Dr Setev sebagai seorang Ibu. Memang berat hendak terima kematian anak yang kita sayang. Apatah lagi kalau anak itu masih muda. Hakikat pahit yang memilukan sesiapa pun.

Tapi sebagai seorang isteri, diri ini tidak simpati pada perempuan yang sejenis dengan mendiang Altantuya. Mohon Maaflah. Altantuya sudah dewasa dan tahu risko risko bermain kayu tiga dengan suami orang. Tahu padah yang menanti bila memporak perandakan keluarga orang.

Altantuya telah menyebabkan bukan calang calang kekecohan di Malaysia. Fitnah dajal yang melibatkan Pemimpin kedua tertinggi Negara dan Isteri beliau. Ia mengeruhkan banyak keadaan. Parti Politik dari pihak Pembangkang telah mengambil kesempatan sehingga memenangi pilihan raya kecil semata-mata dengan menggunakkan nama Altantuya walaupun mereka sebenarnya tidak simpati pun terhadap nasib yang menimpa Altantuya.

Pada diri ini tidak ada apa istimewanya Altantuya ini. Tidak ada apa yang patut orang Malaysia heboh heboh nak menangkan sangat dia. Kalau benar dia dibunuh dengan kejam, biarlah Mahkamah sahaja yang menentukkan apa akan jadi akhirnya. Mengapa mesti ada kekecualian dalam kes dia? Betapa ramainya wanita Malaysia yang ditahan di penjara penjara seluruh negara di dunia sekarang, mengapa rakyat mereka tidak pun bersimpati dengan warga negera wanita kita? Adakah kerana wanita wanita itu isu mereka tidak boleh dipolitikkan untuk kepentingan parti parti di negara negara itu???

Diri ini juga berharap kes ini tidak diketengahkan lagi. Menghabiskan beras sahaja. Beras Malaysia. Buang duit, waktu dan tenaga kita semua. Lain kali kalau sayang pada anak didiklah anak anak supaya jangan kacau suami orang, jangan nak cari jalan pintas nak kaya. Nak ugut ugut suami orang minta wang dengan senang.

Jahat tetap Jahat. Baik tetap baik. Janganlah nampak Salah orang lain sahaja dan fikir anak sendiri sahaja baik sangat dan perlu pembelaan. Kalau nak duit pampasan cakap sahaja terus terang. Senang cerita, semua orang pun tak buang masa.

Friday, 12 December 2008

Titisan air mata di Pagi Jumaat

Hati ini tersentuh bila membaca blog PakKaramu, mengenai asal usul penciptaan insan di dunia ini.

Insaf betapa APA dan SEGALA apa pun adalah benar benar bukan dalam hitungan dan jangkaan kita. Kita berAsal dari DIA dan sudah tentu akan dipulangkan kepada DIA.

Pada semua yang masih ibu bapa...kasihilah mereka, pandanglah wajah mereka, peluklah mereka.

Syukurilah atas APA juga nikmat pemberian Illahi pada kita...Jangan dicari apa yang kita tidak ada, tapi syukurilah apa yang ada pada kita.

Thursday, 11 December 2008

Takziah kepada Indonesia

Mak Cik baru dapat email dari seorang Sahabat Baik kelahiran Indonesia yang sekarang menetap di Birmingham, UK bahawa satu satunya Bapa Saudaranya yang masih ada telah pulang ke Rahmahtullah tadi di Singapura.

Mak Cik sempat bertemu dengan Allahyarham Ali Alatas semasa menghadiri perkahwinan anak saudara sahabat baik Mak Cik ini di Jakarta 27 July, 2008 lalu. Allahyarham masih segak, kelihatan sihat disamping Isteri yang begitu menawan. Sempat kami bersalaman.

Mak Cik tumpang sedih atas kehilangan ahli keluarga sahabat baik Mak Cik ini. Dia baru kehilangan Abang Ipar minggu lalu dan sekarang Bapa Saudaranya pula. Seluruh anggota keluarga di Jakarta sekarang sedang bersiap untuk menerima Jenazah yang akan tiba dari Singapura.

Bagi Mak Cik, bukan sahabat baik Mak Cik dan keluarga sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tetapi seluruh Negara Indonesia kehilangan seorang yang unggul dan negarawan yang banyak berjasa pada Indonesia kerana Allahyarham dulu adalah Menteri Luar Negara Indonesia.

Al Fatihah!!

Bogel sebagai Jihad?

Gambar ini dihantar oleh seseorang yang betul betul free. Elok juga jika dikongsi bersama kerana adanya perkataan Jihad.

Bahasa Arab itu terlalu amat indah dan kaya. Sebab itu ianya adalah Bahasa Kitab Suci Al Quran. Bagi diri ini Bertuahlah mereka yang dapat menguasai Bahasa Arab. Sudah bertahun-tahun juga diri ini belajar Bahasa Arab tetapi masih ditahap yang sama. Bukan salah sesiapa, salah sendiri kerana tidak benar-benar komited.

Apa yang hendak diblogkan pagi ini adalah mengenai istilah atau perkataan JIHAD itu sendiri. Secara umumnya kita faham bahawa Jihad itu adalah sesuatu Peperangan suci ke Jalan Allah dan Agamanya. Sesuatu yang terlalu murni yang dituntut keatas setiap kita, berjihad dengan cara termampu oleh diri kita dalam konteks kehidupan kita sekarang. Betulkan diri ini sekiranya tersalah.

Dalan Utusan Malaysia Hari ini Khamis 11 Disember, 2008, Utusan 10, Rencana, Khabar dari Shah Alam Skuad berani Bogel mahu 'serang' majlis MB.

Lain pulak ceritanya. Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) memilih esok Hari Jumaat, 12 Disember, 2008 sebagai hari penentu sama ada 'perang bogel' yang mereka isytiharkan terhadap MB Selangor bakal menjadi satu realiti atau tidak. Ini adalah tarikh terakhir setelah tempoh sebulan diberi kepada MB bagi berunding mengenai tuntuntan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula.

Sekiranya tiada maklum balas selepas tarikh tersebut, maka skuad berani bogel Reformasi
akan 'menyerang' majlis majlis yang di hadir Khalid Ibrahim. Mereka nekad untuk bertelanjang bulat ditengah tengah khalayak ramai pada majlis majlis tersebut bagi menunjukkan kemarahan yang teramat sangat terhadap MB Selangor kesayangan Penyokong PR ini.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata tiada cara lain lagi boleh mereka lakukan bagi menyuarakan kekecewaan serta kekesalan atas keputusan kerajaan Selangor yang baru ini yang disebut sebagai menindas dan menzalimi rakyat.

"Kami tidak ditaja oleh mana mana pihat apatah lagi disogok wang ringgit.
Kami sanggup berbogel kerana ia merupakah JIHAD kami. Kami miskin, ini sahajalah yang mampu kami lakukan".

Menurut Ramlan lagi mereka memohon beberapa kali berjumpa MB tetapi tak dilayan. Kami nak beritahu bahawa keputusan MB Baru ini BERCANGGAH dengan manifesto negeri berkebajikan yang diuaruarkan oleh PR semasa PilihanRaya dulu.

Beliau juga berkata betapa Perasaan malu sudah dibuang jauh jauh. Mereka mahu menuntut agar SEMUA penghuni mesti membayar sewa seperti biasanya iaitu RM124 sebulan dan bukan seperti yang diputuskan Khalid Ibrahim kepada mereka yang dibawah paras pendapatan RM1,500 sebulan sahaja.

**Saranan Mak Cik: Mulai esok jika anda terpaksa menghadiri Majlis Majlis MB Selangor PR ini, pastikan kanak kanak, lelaki atau perempuan jangan dibawa bersama. Kalau boleh suri rumah yang tidak ada kaitan langsung dengan Majlis pun elakkan dahulu dari ikut suami sehingga kes ini selesai, Mak Cik ikhlas ni.**

Wednesday, 10 December 2008

Jangan ditanya ke mana PPP nak pergi......

Muka hadapan Utusan Malaysia, Rabu 10 Disember, 2008: "PM: PPP bebas keluar BN.."
Dalam The Star,m.s. N4 The Nation "Pak Lah: PPP free to leave Barisan".

Baca saja, Lagu lama ini termain di kepala....lagu dulu dulu. Generasi muda seperti Harimau Menaip, Cendawan Malaya, MohdNor Azmi, Che Peguambela?, Dan ramai lagi yang muda belia,.... tak pernah pun dengar lagu ini...

Nama penyanyinya Mak Cik tak tahu sebab masa lagu ini popular pun Mak Cik berumur bawah dua belas tahun, tapi selalu lagu ini berkumandang di udara. Di Udara, sebab masa itu Orang Melayu di kampung hanya ada radio. Jadi hiburan pun hanya dengar dengan telinga masing masing, lagu yang diudara. TV pun tak ramai yang miliki.

"Jangan ditanya ke mana aku pergi.......

Jangan ditanya mengapa aku pergi........."

Merajuklah konon. (kalau ada orang nak pujuk tak apalah jugak).

Tidak pulak Mak Cik tahu sama ada PPP atau Parti Progresif Rakyat ini merajuk, mengugut atau apa pun motifnya mahu keluar dari BN jika Kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PM pula berkata PPP bebas untuk meninggalkan BN jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

"Kalau itu pilihan mereka untuk keluar dari BN apa yang boleh kita buat?". PM mengulas gesaan Presiden PPP Datuk M Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan terhadap ISA. Datuk Kayveas sekarang sedang bercuti di Los Angeles.

Tuesday, 9 December 2008

The Sun's back!! (for now)

I NEVER THOUGHT Iwill be so Happy and Thankful to see the Sun again, this morning. Now.

I usually 'hate' the sun, even if I were to go out, the sunscreen is a must. The sunglass is almost compulsory. And I stop those activities involving any direct contact with the sun.

All these changed almost immediately, the non stop rain and the hillslope Tregedy changed me and my preception of the Sun. My hearts really go to those victims of the landslide and as I watched on tv the rescue efforts by the Police and the Army and those volunteers I really pray for the rain to stop and that Please Allah, send us back the Sun!!

Yes, The mightly Sun. We need the Sun more now then ever. I hope the sun will ease the situation at the site of the Landslide, to facilitate the rescue efforts or whatever are to be done and should be done to clear the mess.

And I hate to think of what might happen if it continue to rain non stop. I am scared for all of them. The muddy ground, the gloomy cold weather (No need to go to the South Island of New Zealand).

So, I take it back. I love the sun!!

Monday, 8 December 2008

Korban dalam Hujan

Salam Aidil Adha kepada Semua, Semoga Apa juga bentuk, cara dan wajah Pengorbanan kita diTerima Allah swt dan kita sentiasa tergolong didalam golongan yang diBerkati dan diRahmatinya.

Sama-samalah kita mensyukuri APA Sahaja kurniaanNYA kepada kita semua, dari sekecil-kecil kurniaan yang mungkin kita tak terfikir akannya, kepada sebesar-besar NikmatNYA, iaitu Nikmat Kehidupan ini sendiri, akal yang waras, kesihatan, rezeki dan masa dan Iman.

Marilah kita tekadkan Azam untuk membetulkan apa yang patut pada diri kita masing masing, dengan berfikiran positif dan berusaha untuk menambah ilmu di dada masing masing, ilmu yang baik untuk Dunia dan Akhirat. Jadikan diri kita masing masing model model buat anak anak muda dan masyarakat sekeliling.

Jika kita tidak berusaha ke arah kebaikan, maka sia sialah segala Pengorbanan Rasulullah saw, Ahlul Bait, Sahabat-sahabat, Tabiin Tabiin, Para Ambiak, Ulama ulama, guru guru kita membawa ajaran Kitab Suci dan Hadith Hadith baginda Rasullah pada kita selama ini. Hargailah dan patuhilah ajaran dan apa yang mereka telah korbankan segala-galanya supaya kita sekarang jadi sepetimana kita sekarang.

BerTerima Kasih dan Bersyukurlah atas segala Pengorbanan setiap dari mereka walau siapa mereka pun kepada kita dan bentuk apa pun Pengorbanan mereka pada kita.

Sunday, 7 December 2008

Kita Tak Serik Serik

Takziah kepada SEMUA mangsa tregidi Tanah Runtuh di Ulu Klang yang hangat diperkatakan sekarang ini. Sedih. Sayu.

Sedih kerana ianya berulang lagi. Sayu mengenangkan apa yang telah menimpa kesemua mangsa. Bagaimana agaknya hidup ini akan diteruskan tanpa insan tersayang yang terkorban di hadapan mata sendiri dan di dalam rumah yang dibina sendiri. Bagaimana pula hendak memulakan kehidupan bila segalanya telah ranap dalam sekelip mata.

Seperti dalam Ayat suci Al Quran dalam Surah Al Aaraaf yang telah dipelajari tapi tak pasti ayat yang mana bahawa janganlah kamu rasa terlalu aman bila kamu tidur waktu malam sebab kita diketahui apa bala bencana yang bakal diturunkan Allah yang akan menimpa kita semua.

Tapi dalam hal ini, "Its a disaster waiting to happen". Jelas sekali tanah di situ tidak sesuai untuk menahan pembinaan rumah rumah dan bukti yang paling jelas adalah dengan runtuhnya Highlands Tower 15 tahun lalu. Tapi manusia memang mudah lupa selaras dengan sifat sifat kemanusiaannya dan tak serik serik. ...

Hati ini teringat akan Wukuf tidak lama lagi di Arafah. Dapat dibayangkan bagaimana keadaan para Jemaah yang sekarang menuju kesana atau sudah pun berada di khemah masing masing. Semua sedia menunggu 'bukanya' pintu langit semasuk waktu Zohor 9 Zulhijjah di sana dan di mana semua doa InsyaAllah tidak ditolak Allah swt.

Di Padang Arafah dimana hati kita semua pada waktu yang sesingkat itu tertaut hanya pada yang satu, Pencipta kita yang Azali. Kita di sini pun boleh ambil kesempatan dengan sama sama banyakkan ibadah sempena wukuf. Berdoalah kita semua agar sentiasa dalam Keselamatan dan PelindunganNYA.

Salam Aidil Adha pada semua. BarakaAllah fi kum.

Saturday, 6 December 2008

Ombak hidup

Jumaat semalam amat berbeza bagi diri ini. Setelah sehari suntuknya di kampus Gombak, setelah selesai Maghrib bergegas pula ke satu Majlis yang 'terpaksa' dan 'tidak dapat dielakkan' dari menghadirkan diri kerana kenalan sepeniagaan suami sekian lama. Sudah lama betul diri ini menggelak dari menghadiri Majlis majlis yang diadakan kerana entah mengapa hati ini tawar benar dan selalu anak gadislah yang menggantikannya sehingga malam tadi, disindir oleh seorang Dato' "Hai R..rupa rupanya you are a married man".

Berada di Majlis itu membuat hati ini kesian betul. Kesian melihat ramai yang sebaya dan seusia masih belum pergi pergi haji lagi walaupun tiada masalah kewangan, kesihatan atau masa langsung. Dan oleh kerana tidak lama lagi akan wukuf, dalam keriangan majlis dengan live band itu hati ini tercuit betapa Nikmat sebenarnya dalam hidup ini ialah Hidayah Allah swt. Benar. Percayalah.

Diri ini hidup dalam semua keadaan dan bercampur dengan semua jenis kawan dari semiskin-miskin yang sentiasa menadah tangan kepada sekaya kaya yang wang tak akan habis-habis walau untuk sepuluh generasi memakan. Dan yang paling bahagia adalah mereka yang diPertenggahan.

Memerhatikan gelagat mereka, hati ini terdetik "Agaknya mereka ini tak pernah ingat MATI. Mungkin mereka fikir orang lain sahaja yang mati, tidak mereka atau lambat lagi. Kesian. Rasanya mahu naik ke pentas, rampas mikrophone dan cakap "Baliklah kita semua, bertaubatlah..ingatlah pada mati. Sedarlah diri kita semua ini". Ahhhhhh, siapalah diri ini, hanya seorang suri yang tidak dikenali. Siapa yang mahu ambil peduli. Kalau menjerit pekik pun diketawakan dan dikatakan tidak siuman ganggu majlis orang.

Sepanjang perjalanan pulang hati ini sayu. Memohon Allah swt mengampuni dosa dosa SEMUA kami. Tak putus putus dalam hati ini bersyukur atas segala kurniaan dan limpahan taufik, innayah dan hidayah Illahi pada diri ini dan tiba tiba rasa kecut perut, bukan apa takut kalau kalau nikmat terbesar dalam hidup ini ditarik balik oleh yang Memberi. Sebab ini Hak Mutlak dia.

Jadi kepada semua rakan bloggers...jangan bimbang kalau kita ada masalah kewangan. Wang kita boleh cari, macam macam cara halal. Masakan tidak? Tu......ramai Pak Indon Mak Indon, Bangla, Vietanam, Myanmar yang membanting tulang di bumi bertuah kita. Jangan kata Negara kita tak ada kerja, orang kita saja yang memilih jenis kerja.

Bimbanglah, takutlah jika kita dan keturuanan kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang mendapat Hidayah Allah swt. Inilah sebenarnya malapetaka yang besar. Tidak ada guna wang, kereta mewah, rumah besar jika hidup terawang-awang dan tidak pernah kaki ini mahu berjalan ke arah Masjid belum lagi masuk ke dalam Masjid.

"The most precious thing for a Muslim in his life is his IMAN. Iman is a gift from Allah swt"-From the book, ISLAMIC VALUES, compiled by Dr. Mohammad Shafi.


Thursday, 4 December 2008

Kurniaan Illahi yang Terunggul..

Sudah lama betul Mak Cik tidak beratur berjemur tengah panas pagi, menikmati vitamin D yang mereka kata baik untuk kesihatan kita.

Pagi tadi jam 9.30, Mak Cik mencipta satu lagi sejarah buat kenangan sisa sisa hidup ini, bila sama-sama Pelajar Pelajar baru dari seluruh dunia, mendaftar di Dewan Besar bagi peserta Program di CPS atau Centre for PostGraduate Studies di Kampus Utama, UIA di Gombak bagi sessi bermula hujung December ini. Mak Cik telah terpilih, InsyaAllah untuk menyertai MA in Islamic Spiritual Culture and Contemporary Society di bawah kampus ISTAC, International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Penat juga beratur, biarlah Mak Cik berterus terang. 'Merentas' dari Dewan Besar ke Bank Muamalat untuk buat bayaran registration bagi pelajar pelajar lain mungkin tidak ada apa apa tapi bagi Mak Cik penat juga, walaupun hati kecil berkata "This exercise is good for me". Mak Cik rasa begitu bertuah dan pada setiap langkah semasa di Kampus Induk UIA ini bersyukur kerana pada usia setengah abad pun masih diizinkan Allah swt berada di sebuah Taman Taman Pengetahuan dan Kebaikan terUlung!

Semasa beratur menunggu giliran, Pemuda pemuda kulit hitam di belakang Mak Cik, masing masing berpakaian kebangsaan negara sendiri, mereka membaca ayat ayat suci Al Quran. Mak Cik pun tumpang dengar dan ikut dalam hati, pada masa yang sama Mak Cik lihat seorang pemuda berbaju Melayu dan berkopiah putih di hadapan barisan membelek belek membaca Harakah.

Tetapi dalam perjalanan Pulang ke rumah, semasa merentas trafik yang sesak hati kecil ini mula terasa bimbang juga. Mak Cik hanya hafal ayat ayat Lazim, itu pun tak semua. Bahasa Arab pun tahap bawah tadika. Banyak betul yang Mak Cik rasa patut perbetulkan. Masa pula terhad, kena bahagi untuk keluarga juga. Akhirnya Mak Cik pasrahlah, tawakal sahaja. Kalau Allah swt buka pintu-pintu ke UIA pada Mak Cik tentu Allah swt jugalah yang akan membuka laluan, jalan jalan kebaikkan dan penambahan Ilmu pada Mak Cik, Dengan Izinnya.

Doa-doakanlah Mak Cik.

Tapi, jangan salah sangka yang Mak Cik ini berbangga-bangga pula. Tidak langsung. Biarlah semua ini memberi dorongan pada anak anak semua bahawa menuntut Ilmu itu tiada noktahnya dalam hidup kita yang fana ini. Kalau ada peluang belajarlah, apa pun Ilmu Dunia atau Akhirat. Janganlah hidup kita hanya mengejar kebendaan...Ilmu itu banyak manisnya.

Kalau kita banyak harta, kita kena jaga harta

Tapi kalau kita banyak Ilmu, Ilmu itu yang jaga kita..

WaAllahuAlam.




Tuesday, 2 December 2008

Mukriz Hero ku.....

Akhirnya,..........finally.......at last a Malay man who have the balls.......Opppppps Sorry I dont mean to be rude, Pardon me, but it has been and I have been keeping IT inside me for too long.

Mak Cik mohon maaf...Mak Cik bukan jenis yang suka cakap bukan bukan..Tapi Mak Cik dah tak tahan dengan Lakonan Ahli Politik dan NGO, terutamanya dari Parti Pembangkang.

1. Bila Orang Melayu angkat keris...mereka kata kita nak lanyak mereka, kita ni terlalu KeMelayuan. Memanglah kalau dah Melayu tentulah jadi Melayu. Apa mereka suka kita jadi Mat Salleh. Bila kita tak Melayu sangat baru mereka suka? Adat budaya kita hancur baru mereka suka pada kita.

kita diam jugak,...sampai kena minta maaf.. kita angkat keris ikut adat Melayu Lama, mereka pulak yang terasa.

2. Mereka sibuk nak perpaduan. Mereka sahaja yang bising konon perjuangkan Malaysia. Nak kan Bangsa Malaysia. Ini yang dilaung2kan. Ini yang dijaja..termasukkan orang Melayu yang bersekongkol dengan mereka, yang kemaruk nak kuasa, nak rampas jawatan PM yang sah dari Pak Lah. Tak malu. Orang perkotak katikkan bangsa sendiri pun tak sedar.

kita tengok saja..kita diam.

3. Nah! Sekarang bila Mukriz CADANGKAN saja Sekolah satu sistem, mereka melenting. Si Lim Kit Siang tu sampai nak suruh diambil tindakan atas Mukriz.

Wahai Kit Siang,

Kau yang laungkan Malaysian Malaysia. Inilah satu caranya. Apa gunanya kau nak Malaysian Malaysia tapi kau nak simpan juga sekolah Cina dan Tamil? Belajarlah semua dalam Bahasa Malaysia. Kan kau nak Malaysian Malaysia. Kau boleh ambil subjek tambahan Mandrin dan Tamil di sekolah satu Aliran iaitu BM. Apa yang kau takutkan?? Lihat Indonesia, Bangsa kau di Indonesia Nama pun Nama Indonesia, Bahasa pun Bahasa Indonesia...hidup jugak bangsa kau kat situ..Lagi kaya raya..membiak jugak. Apa yang kau nak takut?

Samy Vellu pun jangan bimbang. Jangan bising bising. Selama ini sekolah Tamil pun terbiar. Kerajaan jugak yang bela. Kau orang India tak ambil berat pun pada Sekolah sekolah Tamil. Cakap sahaja yang lebih. Bila dah macam ini kau pun sama nak join Lim Kit Siang.

Nampak sangat sindiwara Ahli Politik Cina, India dan Melayu ambil kesempatan nak tunjuk masing masing jadi hero. Untuk mengambil hati penyokong masing masing. Belit atas belit, sama sahaja belitnya Melayu, India atau Cina. Pelakon hebat belaka.

Janganlah kita semua pulak melenting tak tentu pasal. Nampak sangat ahli politik kita tak ada isu nak besarkan. Asyik asyik isu yang sama..perkauman, perpaduan. fatwa yang dipertikaikankan..Apa semua mereka harap sangat ke Malaysia ini jadi macam Thailand??

Sudah tiba masanya Ahli Politik parti Pembangkang sedar bahawa kami semu bukanlah bodoh. Kami nampak dengan jelas apa sentimen yang dipermainkan. Orang Melayu tak boleh langsung buka mulut. Cakap sikit saja, siap lah. Tapi Chua Soi Lek, Lim Kit Siang kalau buka mulut atau buka file apa pun boleh.

Janganlah api apikan kami. Kalau Mukriz cadangkan apa pun. Boleh ke besok paginya semua sekolah Cina dan Tamil tutup serta merta? Hati kami diguris berkali kali, kami sabar juga. Kami telan juga. Kami banyak beralah. Tak tahu sampai bila. Macam macam dipersoalkan satu demi satu, seolah olahnya bangsa lain bangsat sangat dan papa kedana hidup melarat dan kami semua mewah mewah belaka.

Adalah hikmahnya Mukriz cadangankan sistem satu aliran ini. Kita dapat lihat belang belang yang sebenarnya, siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya. Itu pun kalau ada.