Tuesday, 28 February 2012

ENGKAU isteriku...

Orang tua tua dulu dulu sering berpesan betapa pentingnya kalau nak cari isteri, carilah yang 'baik', kalau boleh dari 'baka' yang baik.  Masa dulu dulu orang Melayu tidak berapa 'materialistic' sebab rata rata majoriti memang tak berpunya..sebab itu banyak rangkap rangkap lagu pun menggambarkan betapa seseorang itu biar miskin harta asalkan budi bahasa dan akhlaqnya kaya. 

Membesar dalam masyarakat Melayu dapat dilihat sendiri betapa ramai diantara kalangan kaum hawa Melayu rata rata percaya pada 'cinta' dan sanggup berkorban apa sahaja demi suami apatah lagi bila telah besar keluarga.  Mereka ikhlas, sanggup berkorban apa sahaja.  Kalau kahwin dengan suami yang masih belajar pun mereka sanggup tak belajar asalkan suami habis study.

Begitulah perempuan yang baik baik, yang sentiasa suami lupa apatah lagi bila suami ada harta dan ada kuasa..

Segala apa yang telah isteri lakukan seolah-olah 'tak apa apa'...biasalah tu.  Terlalu ramai isteri yang kecewa tapi mereka sabar kerana mengenangkan keluarga.  Hanya yang betul betul tak tahan terpaksa isi borang permohonan untuk meruntuhkan istana cinta yang telah sekian lama dibina. 

Tapi suami selalu lupa satu lagi...balasan Allah swt di dunia.  SELALUnya isteri yang ikhlas dan baik baik ini melalui pengalaman dan pergaulan dapat diakui ada "Keramat" tersendiri.  Suami yang menganiya isteri mereka KENA juga, mungkin cara yang berbeza.

Betapa ramai lelaki yang hancur lebur perniagaan yang mula mula dibina dengan sang isteri yang turut berkorban apa sahaja termasuk gadai barang kemas buat modal suami tapi diketepikan begitu sahaja bila kaya sikit dan ternama. Betapa ramai yang bila tersepit cari balik isteri 'lama'.  Lama sebab ramai yang lama pun takdi sapa, lama sebab  dah lama  tak diingat nak disms, lama sebab dah lama tak tidur bersama...ada yang lama tak disentuhpun...semua dah lama tak.."

Minta maaf, inilah warna kehidupan.  Kebenaran...bila dah terantuk baru nak tengadah.  Apa nak buat sebab ramai lelaki walau siapa pun, memang muka TAK TAHU MALU...bila ditimpa musibah yang tak diduga tak dsangka sebab hidup sekarang dah hebat sangat...carilah pendamping setia..siapa lagi kalau bukan isteri lama...sebab "Engkau sebenarlah isteriku.."

Sunday, 12 February 2012

Akhirnya..jumpa juga "Ustaz Melayu" yang sebenarnya...

Syabas pada Ustaz Kazim kerana BERANI berkata BENAR walaupun amat Pahit bagi sesetengah pihak untuk menelan hakikat kebenaran tentang apa itu Agama Islam dan Apa itu Parti Politik.  Apatah Ustaz Kazim telah menekankan agar kita tidak turut 'meremeh'kan siapa dia Rasulullah s.a.w.
Memang diri ini marah bila dikatakan baginda s.a.w. adalah sama taraf dengan mat mat lain di kampung kampung kita di Malaysia ni.

Gila ke? 

Tapi oleh kerana yang buka mulut Idola yang sepatutnya Alim nak mampus maka ramailah yang terdiam dan anguk-anguk.   Pak Ustaz Pak Ustaz lain yang amat Arif tentang silapnya luahan memperkecilkan taraf Rasulullah s.a..w. pun DIAM sebab t a k u t, takut kena sergah dengan penyokong si Alim ni.  Takut pada dunia, takut sesama manusia.

Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Rabb...kalau lahirkan juga dikalangan kami seorang Insan yang berani keranaMU Ya Rabb.  Seorang yang berjiwa Islam dan Melayu yang sebenar bila dia juga menyeru kami bersatu.  Tidak perlu 'title' apa apa yang glamour untuk berbuat yang baik untuk Agama, Bangsa dan Negara.  Ustaz Kazim telah membuktikannya. 

Terima Kasih Ustaz Kazim, semoga Ustaz terus sihat dan meneruskan Dakwah Islamiah yang sebenarnya dan dapat menolong mengeluarkan ramai yang taksub dari kegelapan dunia dan akhirat!!

Friday, 10 February 2012

Roti Boom di Makkah

Makanan memang tidak ada problem di Tanah suci...kebanyakan jemaah mungkin pergi dengan pekej pakej yang termasuk di dalamnya 'makan tiga kali sehari' semestinya..

Tapi bagi mereka yang ingin merasa Roti Telur dan Roti Boom Makkah, Restoran D'Saji di Bangunan Safa Orked ada makanan Malaysia...5 Saudi Riyal sepinggan dengan kuah...Menu lain: ABC, mee goreng...nasi goreng...Rezeki Allah di mana mana sahaja...

Monday, 6 February 2012

Kanak-kanak di Tanah suci..

Rata-rata Orang Melayu jarang yang bawa kanak-kanak ke Masjid.  Banyak Masjid-masjid yang AJK mereka tidak galakkan kanak-kanak bersama ibu bapa ke dewan Utama Solat kerana sudah tabiat semulajadi - fitrah mereka akan bermain dan membuat bising bila Jemaah sedang Solat.  Tetapi hal ini berlainan di Tanah Suci.  Walau Solat Subuh, kanak kanak diheret bersama ke Masjid sama ada Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Makkah.

Inilah 'dielema' kita:

Ialah bukan kita anti kanak kanak ke Masjid.  Kita pun maklum malaikat sayang kanak-kanak dan mereka memang sejak kecil mesti dipupuk cintakan Islam dan Masjid tetapi dalam keadaan kita berMusafir dengan niat Umrah dan Ziarah kadang kadang kita juga mahu berSolat dengan tenang dan menghayati Solat yang berImamkan Imam Masjid suci ini.  Tetapi kadang-kadang konsentrasi kita terganggu dengan perangai kanak-kanak yang terlalu kecil dan sudah tentu semasa Solat terlepas dari jagaan ibu mereka.

Jerit pekik bayi adalah perkara BIASA bagi kaum Ibu atau wanita bila bersolat di Masjidil Haram.  Betapalah bertuahnya kaum Bapa yang Solat sendirian di kawasan keliling Kaabah!!!!!!!!!  Sudahlah Kaabah di depan mata tersergam Indah, tanda Kiblat yang selalu dalam imaginasi sahaja tetapi kini betul betul menghadap tanda arah suci ini!!!  Mereka juga 'baby free' dan 'children free' sebab kanak kanak yang diangkut ke Masjid semuanya dibawah jagaan ibu mereka dan kadang kadang pembantu rumah mereka yang kebanyakannya adalah Pembantu rumah Indonesia dan Afrika.

Berlainan keadaannya di Masjidil Nabawi.  Mereka yang membawa anak-anak tidak bercampur dengan wanita yang datang berlenggang tanpa anak anak.  Alangkan bahagianya sikit.  Dapatlah kita solat dengan tenang, tanpa kadang kadang mereka berlari lari dan bermain dalam Saf!  Dapat kita mengaji tanpa mereka terlanggar kita ketika main kejar kejar sesama mereka: terutama dalam waktu selepas maghrib menunggu Isyak!

Keadaan ini semua adalah ketika Umrah.  Ini kerana rakyat Saudi akan keluar ramai ramai terutama bila waktu cuti ke Makkah dan Madinah dan tentulah bawa seisi keluarga mereka.  Kalau hari Khamis pun sesak juga Makkah dan Madinah menerima tetamu tempatan mereka dari Jeddah atau kota berdekatan kerana cuti hujung minggu dan tentulah mahu berSolat Jumaat di tanah suci mereka.

Apakah 'dielema' itu?

Dielemanya ialah dari rumah sebelum persiapan dibuat ke tanah suci pun  kita sudah fikir kita mahu 'uzlah' bersendirian mahunya hanya kita dengan Allah swt. di Makkah atau Madinah nanti.  Semahunya kita minta Ampun direct dengannya di rumahnya, mahu berzikir, menzahirkan kesyukuran kita dengan membaca kitab sucinya semuanya dengan 'setenang mungkin'.  Tetapi realiti keadaan dan suasana di Tanah suci amat berlainan dari apa yang kita jangkakan  kerana ramainya  Jemaah lain dari banyak negara Islam yang juga berniat yang sama dengan kita.  Dan hirok pekok dengan perangai jemaah dari berbeza negara dan budaya dan  ditambah pula dengan jemaah tempatan yang bawa begitu ramai bayi bayi dan kanak kanak, dapatlah dibayangkan keadaannya!

Kadang kadang terfikir juga alangkah baiknya jika pihak AJK Masjidil Haram khaskan tempat khas bagi jemaah perempuan yang datang sendirian tanpa kanak-kanak seperti di Madinah?  After all, kami datang bukan selalu, dari beribu-ribu batu.  Apalah salah juga jika masa yang terhad ini boleh kami betul betul tumpu untuk berIbadat tanpa gangguan dari siapa atau apa pun!

Tetapi hakikatnya sebeginilah di Tanah suci.  Mungkin pada mereka kyusuk itu pada HATI pada QALBUN yang semesti telah  'disi' lama sebelum melangkah ke tanah suci.  Qalbun yang mantap yang tak senang diganggu gugat walau apa pun dugaan dan halangan semasa Solat! Qalbun yang suci yang tiadalah hanya Allah yang bertakhta, telinga tak akan dengar pada APA pun selain ayat ayat yang dibaca Pak Imam dan mata yang terpaku hanya pada tempat untuk bersujud!

Sunday, 5 February 2012

Tips bila nak ke Masjidil Haram...

Selain dari doa nak masuk Masjid seperti yang terdapat dalam buku buku panduan Haji dan Umrah, berikut ingin dikongsi sedikit tip tip atas pesanan pesanan peribadi melalui pengalaman bagi sesiapa yang hendak ke Masjid, sama ada untuk Tawaf atau Solat.

Semestinya kita mesti mengekalkan diri kita dalam keadaan berwuduk sepanjang berada dalam di dalam Masjid.  Kita juga perlu berwuduk bila berTawaf.  Walaupun ada tempat tertentu untuk berwuduk di dalam Masjid tetapi lokasi agak jauh juga jika kita nak U-Turn dari kawasan Kaabah jika kita sedang berTawaf.  Jadi elok juga kita bersedia selalunya seawal sejam sebelum waktu Solat atau ke Masjid dan bagi diri ini caranya ialah dengan tidak minum terlalu banyak atau makan terutama makanan yang senang mendatangkan 'angin' seperti minum air halia, makan kacang atau pun diri kita sendiri lebih tahu apa yang tidak sesuai dimakan atau diminum bila waktu solat telah hampir tiba.

Oleh kerana MasjidilHaram terlalu besar kadang kadang jika kita masuk melalui contohnya pintu King Abdul Aziz tidak semestinya setelah tamat Umrah kita boleh keluar melalui pintu yang sama kerana faktor jemaah terlalu ramai untuk diharungi.  Jadi lebih baik jika kita bawa sekali capal atau selipa kita dan disini yang paling penting tipnya ialah UNCANG KASUT!  Melalui pengalaman ini jika kasut, selipar atau capal kita dibungkus dengan plastik ini akan mudah 'terhilang'.  Banyak jemaah kadang kadang terambil plastik kita menyangkanya hak mereka! Ini terjadi bila kita letak di kotak kotak atau rak kasut yang disediakan tetapi tidak jika kasut kita ini tersimpan dalam Uncang kasut kita yang lebih menarik warna dan corak tidak diusik jemaah lain.

Kita juga tidak heran jika ramai jemaah membawa kasut mereka sekali bila berTawaf kerana keadaan yang memaksa.  Ini kerana selepas Tawaf mereka akan ke Bukit Safa dan tak tahu pula bila waktu habis bertahlul apa tah lagi jika waktu solat telah dekat. Kadang kadang bila kita tinggalkan kasut kita dalam kotak khas berdekatan Kaabah, bila dekat waktu nak Solat Fardu, kotak kotak ini akan dialih ketempat lain oleh perkerja Masjid!   Bagi diri ini, akan selalu bawa beg yang memang kasut bersih yang dimasukkan dalam plastik dan uncang dan diletak dibahagian bawah beg, kemudian diletak pula sejadah kecil di atasnya bila ada waktu waktu terpaksa bawa juga kasut ini.  Sejadah juga tak kurang pentingnya bila hendak bersolat di Masjidil Haram walaupun sudah tentulah seluruh Masjid ada lemparan Permaidani merah yang indah.  Tetapi untuk keselesaan baik juga jika tempat kita sujud berlapik dengan sejadah kita sendiri.   Lagi pun jika kita bersaei waktu hampir Solat Fardu kita tak pasti dimana tempat kita Solat berjemaah nanti, mungkin di tempat Saei dan masa ini Sejadah kita amat bermakna.

Selalunya elok juga beg kita ada tempat meletakkan kunci bilik hotel kita sekali yang dalam bentuk kad.  Pasport kita elok kita fotostat dan simpan salinannya dalam beg ini walaupun Pasport asal ada dalam simpanan kita dalam bilik atau dengan ketua Umrah atau Haji kita.  Bagi diri ini Beg kita penting waktu Solat sebab ia juga boleh berfungsi sebagai 'penghalang' dari kita sujud pada kasut orang lain.  Bila jemaah ramai macam macam perangai.  Ramai yang bawa kasut waktu solat, kita pun faham. Tetapi ramai yang tak balut langsung kasut mereka, plastik tidak, uncang pun tidak.  Kasut bulat bulat letak belakang mereka tempat kita sujud.  Diri ini selalu letak beg di depan supaya tak sujud depan kasut mereka direct.  Dan kasut sendiri yang tersimpan rapi dalam uncang disimpul rapi di letak ditepi sisi kaki supaya jemaah belakang tak solat pada kasut kita.

Setiap saat kita berada di Masjidil Haram, hargailah..isilah dengan zikir sebanyaknya.  Buat sebanyak Solat Taubat dan paling mustahak ketepikan sebentar hal duniawi terutama bila baru tiba dan menatap Kaabah yang indah..

(Bersambung)

Saturday, 4 February 2012

Makkah yang terlalu banyak berubah..

Sebenarnya bukan kota suci Makkah sahaja yang telah terlalu banyak berubah: yang dimaksudkan dari segi infra-strukturnya dan persekitarannya tetapi diri kita sendiri, iaitu tiap-tiap 'Tetamu Allah swt' yang semestinya  melalui proses 'perubahan semulajadi' sebagai fitrah ciptaan Illahi - proses dimamah usia hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun..

Semestinya setiap detik.. saat, waktu... hari demi hari yang kita lalui terus 'mendewasakan kita'. Kita diuji, diduga, dicabar, kita disenangi, dipuji, kita difitnah, dicaci...kita dilimpahi rezeki, disekat rezeki, dirampas kemudian dikembalikan lagi....ah segala macam lagi asam garam 'kehidupan'.  Kita pasrah kerana kita hamba Allah.  Cumanya kita juga dibekalkan dengan Ilmu yang sewajarnya bagaimana untuk hidup atas jalanNYA sebagai HambaNYA.  Kita cuba sedaya upaya... Namun kita cuma insan biasa, ada pula had hadnya.  Ada batas-batasnya..setelah kita syukuri segala nikmat limpahan dan kurniaanNYA, kita harungi dugaanNYA kita rasa kita mesti mahu mendekatiNYA, mesti mahu cuba melihat rumahnya.

Sejuta Syukur setiap kali kita diizinkan lagi menatap Kaabah yang tersegam Indah!  Ah, dari jendela penginapan kita mampu mengintipnya dan juga terpapar di kaca tv siaran langsung 24 jam dari MasjidilHaram tetapi tak mungkin sama bila kita berhadapan terus dengan Kaabah, rumah Allah!! Kita lihat betapa setiap insan berlumba lumba mahu mendekati Kaabah.  Kalau boleh mahu terus sujud di hadapan Multazam bukan setakat di belakang Makam Ibrahim.  Kalau boleh mahu terus solat dalam Hijir Ismail dan cium Hajratul Aswad dengan tenang.  Tetapi ini bukan rumah sebarangan, ini rumah Allah.  Allah swt, satu entity yang terlalu lalu suci..mana mungkin diri yang sekotor ini mendekati sesuatu yang begitu murni dan suci tetapi lamunan sebegini tak semesti kita layani..Kita berada disini..Ya di hadapan rumah Allah, dijemputNYA..kita mesti berbangga kerana masih 'layak' menjadi tetamunya..

Ah Air Zam Zam...tiap kali mendenguknya seolah olah teringat akan pengorbanan seorang Ibu mencari air untuk putera tercinta, sungguh besar pengorbanan seorang wanita patuh pada perintah suami yang meninggalkannya di padang pasir hanya kerana itu perintah Allah swt.  Sebab itu sememangnya Keluarga Ibrahim dinobatkan sebagai keluarga yang mulia yang patut diberi penghormatan dunia dan akhirat oleh kita semua.

Saie hari ini tidak seperti saie dahulu...diri yang dimamah usia setengah abad disedarkan oleh Illahi betapa kudrat tidak lagi seadanya dulu.  Cepat letih dan kaki sakit sakit.  Kalau dulu bersaei itu NO PROBLEM.  Pagi boleh ke Tanaeem petang sekali lagi, satu hari dua kali Umrah.  Tetapi hari ini, 2 hari satu kali Umrah!!  Tetapi, tetapi..........jangan salah sangka..diri ini tetap bersyukur.  Ya berSyukur tidak terhingga..cuma yang nak dikongsi ini adalah Tanda tanda, signs diri semakin tua.  Semakin kurang kuaota Umur.  Semakin banyak mesti buat Amal Ibadat, buat Baik sesama manuisa, buat baik pada bangsa, Agama dan Negara.

Ah, Makkah...mengapa kota suci ini mesti terlalu berubah?  Mestikan ada bangunan mega pencakar langit dan jam besar macam Big Ben di London?  Tapi tak mengapalah...siapalah kita nak pertikaikan urusan penjaga kota suci.  Asalkan kebajikkan dan keselamatan kita terjamin semasa mengerjakan Ibadat dan menyempurnakan apa yang patut.  Bukan senang memegang amanah berat menjaga kota suci. 

Namun, biar persekitaran Makakh berubah, namun...sebaik menjejakkan kaki di MasjidilHaram seolah segala yang di luarnya semua telah dilupa!!!!!!!! Mata, hati dan sanubari terpaku pada yang satu, rumah Allah, Kaabah!  Tak sabar nak Tawaf, kalau Umrah nak disambung pula dengan saei supaya urusan diselesaikan dengan secepat mungkin dengan bertahlul dan terlepas dari pantang larang Ihram.  Kalau berTawaf Sunat kita relax sikit...selepas 7 pusingan dan Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim (Selalunya di atas bentangan karpet jauh dari Makam Ibrahim supaya tak ganggu orang sedang Tawaf) dan minum air zam-zam yang semuanya amalan sunat, kita boleh Tawaf Sunat lagi, terpulanglah pada masing masing..hanya jika terlalu dekat waktu Solat Fardu pihak pengawalan Masjid tidak akan benarkan terutama orang perempuan.

(Bersambung).