Sunday, 5 February 2012

Tips bila nak ke Masjidil Haram...

Selain dari doa nak masuk Masjid seperti yang terdapat dalam buku buku panduan Haji dan Umrah, berikut ingin dikongsi sedikit tip tip atas pesanan pesanan peribadi melalui pengalaman bagi sesiapa yang hendak ke Masjid, sama ada untuk Tawaf atau Solat.

Semestinya kita mesti mengekalkan diri kita dalam keadaan berwuduk sepanjang berada dalam di dalam Masjid.  Kita juga perlu berwuduk bila berTawaf.  Walaupun ada tempat tertentu untuk berwuduk di dalam Masjid tetapi lokasi agak jauh juga jika kita nak U-Turn dari kawasan Kaabah jika kita sedang berTawaf.  Jadi elok juga kita bersedia selalunya seawal sejam sebelum waktu Solat atau ke Masjid dan bagi diri ini caranya ialah dengan tidak minum terlalu banyak atau makan terutama makanan yang senang mendatangkan 'angin' seperti minum air halia, makan kacang atau pun diri kita sendiri lebih tahu apa yang tidak sesuai dimakan atau diminum bila waktu solat telah hampir tiba.

Oleh kerana MasjidilHaram terlalu besar kadang kadang jika kita masuk melalui contohnya pintu King Abdul Aziz tidak semestinya setelah tamat Umrah kita boleh keluar melalui pintu yang sama kerana faktor jemaah terlalu ramai untuk diharungi.  Jadi lebih baik jika kita bawa sekali capal atau selipa kita dan disini yang paling penting tipnya ialah UNCANG KASUT!  Melalui pengalaman ini jika kasut, selipar atau capal kita dibungkus dengan plastik ini akan mudah 'terhilang'.  Banyak jemaah kadang kadang terambil plastik kita menyangkanya hak mereka! Ini terjadi bila kita letak di kotak kotak atau rak kasut yang disediakan tetapi tidak jika kasut kita ini tersimpan dalam Uncang kasut kita yang lebih menarik warna dan corak tidak diusik jemaah lain.

Kita juga tidak heran jika ramai jemaah membawa kasut mereka sekali bila berTawaf kerana keadaan yang memaksa.  Ini kerana selepas Tawaf mereka akan ke Bukit Safa dan tak tahu pula bila waktu habis bertahlul apa tah lagi jika waktu solat telah dekat. Kadang kadang bila kita tinggalkan kasut kita dalam kotak khas berdekatan Kaabah, bila dekat waktu nak Solat Fardu, kotak kotak ini akan dialih ketempat lain oleh perkerja Masjid!   Bagi diri ini, akan selalu bawa beg yang memang kasut bersih yang dimasukkan dalam plastik dan uncang dan diletak dibahagian bawah beg, kemudian diletak pula sejadah kecil di atasnya bila ada waktu waktu terpaksa bawa juga kasut ini.  Sejadah juga tak kurang pentingnya bila hendak bersolat di Masjidil Haram walaupun sudah tentulah seluruh Masjid ada lemparan Permaidani merah yang indah.  Tetapi untuk keselesaan baik juga jika tempat kita sujud berlapik dengan sejadah kita sendiri.   Lagi pun jika kita bersaei waktu hampir Solat Fardu kita tak pasti dimana tempat kita Solat berjemaah nanti, mungkin di tempat Saei dan masa ini Sejadah kita amat bermakna.

Selalunya elok juga beg kita ada tempat meletakkan kunci bilik hotel kita sekali yang dalam bentuk kad.  Pasport kita elok kita fotostat dan simpan salinannya dalam beg ini walaupun Pasport asal ada dalam simpanan kita dalam bilik atau dengan ketua Umrah atau Haji kita.  Bagi diri ini Beg kita penting waktu Solat sebab ia juga boleh berfungsi sebagai 'penghalang' dari kita sujud pada kasut orang lain.  Bila jemaah ramai macam macam perangai.  Ramai yang bawa kasut waktu solat, kita pun faham. Tetapi ramai yang tak balut langsung kasut mereka, plastik tidak, uncang pun tidak.  Kasut bulat bulat letak belakang mereka tempat kita sujud.  Diri ini selalu letak beg di depan supaya tak sujud depan kasut mereka direct.  Dan kasut sendiri yang tersimpan rapi dalam uncang disimpul rapi di letak ditepi sisi kaki supaya jemaah belakang tak solat pada kasut kita.

Setiap saat kita berada di Masjidil Haram, hargailah..isilah dengan zikir sebanyaknya.  Buat sebanyak Solat Taubat dan paling mustahak ketepikan sebentar hal duniawi terutama bila baru tiba dan menatap Kaabah yang indah..

(Bersambung)

2 comments:

Cheguman said...

T. Ksh kak. InsyaAllah ada niat bawa family & ibu thn ni. boleh bawa anak umur 2 tahun?

melayuangkat said...

Boleh, di Masjil Haram kita lihat terlalu ramai kanak-kanak. Tetapi pastikan persediaan tertentu seperti anak dua tahun ini boleh kita jaga rapi terutama semasa Solat Fardu.

Secara peribadi, jika kita mampu ELOK sangat bawa anak kita sekecil mana pun jejak kaki di tanah suci, bawa sama berTawaf dan minum air zam zam direct dari tanah suci!!

Semoga niat murni Chequman dimakbulkan Allah swt dan dapat bersama keluarga menjadi tetamu Allah swt. Amin!