Sebenarnya bukan kota suci Makkah sahaja yang telah terlalu banyak berubah: yang dimaksudkan dari segi infra-strukturnya dan persekitarannya tetapi diri kita sendiri, iaitu tiap-tiap 'Tetamu Allah swt' yang semestinya melalui proses 'perubahan semulajadi' sebagai fitrah ciptaan Illahi - proses dimamah usia hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun..
Semestinya setiap detik.. saat, waktu... hari demi hari yang kita lalui terus 'mendewasakan kita'. Kita diuji, diduga, dicabar, kita disenangi, dipuji, kita difitnah, dicaci...kita dilimpahi rezeki, disekat rezeki, dirampas kemudian dikembalikan lagi....ah segala macam lagi asam garam 'kehidupan'. Kita pasrah kerana kita hamba Allah. Cumanya kita juga dibekalkan dengan Ilmu yang sewajarnya bagaimana untuk hidup atas jalanNYA sebagai HambaNYA. Kita cuba sedaya upaya... Namun kita cuma insan biasa, ada pula had hadnya. Ada batas-batasnya..setelah kita syukuri segala nikmat limpahan dan kurniaanNYA, kita harungi dugaanNYA kita rasa kita mesti mahu mendekatiNYA, mesti mahu cuba melihat rumahnya.
Sejuta Syukur setiap kali kita diizinkan lagi menatap Kaabah yang tersegam Indah! Ah, dari jendela penginapan kita mampu mengintipnya dan juga terpapar di kaca tv siaran langsung 24 jam dari MasjidilHaram tetapi tak mungkin sama bila kita berhadapan terus dengan Kaabah, rumah Allah!! Kita lihat betapa setiap insan berlumba lumba mahu mendekati Kaabah. Kalau boleh mahu terus sujud di hadapan Multazam bukan setakat di belakang Makam Ibrahim. Kalau boleh mahu terus solat dalam Hijir Ismail dan cium Hajratul Aswad dengan tenang. Tetapi ini bukan rumah sebarangan, ini rumah Allah. Allah swt, satu entity yang terlalu lalu suci..mana mungkin diri yang sekotor ini mendekati sesuatu yang begitu murni dan suci tetapi lamunan sebegini tak semesti kita layani..Kita berada disini..Ya di hadapan rumah Allah, dijemputNYA..kita mesti berbangga kerana masih 'layak' menjadi tetamunya..
Ah Air Zam Zam...tiap kali mendenguknya seolah olah teringat akan pengorbanan seorang Ibu mencari air untuk putera tercinta, sungguh besar pengorbanan seorang wanita patuh pada perintah suami yang meninggalkannya di padang pasir hanya kerana itu perintah Allah swt. Sebab itu sememangnya Keluarga Ibrahim dinobatkan sebagai keluarga yang mulia yang patut diberi penghormatan dunia dan akhirat oleh kita semua.
Saie hari ini tidak seperti saie dahulu...diri yang dimamah usia setengah abad disedarkan oleh Illahi betapa kudrat tidak lagi seadanya dulu. Cepat letih dan kaki sakit sakit. Kalau dulu bersaei itu NO PROBLEM. Pagi boleh ke Tanaeem petang sekali lagi, satu hari dua kali Umrah. Tetapi hari ini, 2 hari satu kali Umrah!! Tetapi, tetapi..........jangan salah sangka..diri ini tetap bersyukur. Ya berSyukur tidak terhingga..cuma yang nak dikongsi ini adalah Tanda tanda, signs diri semakin tua. Semakin kurang kuaota Umur. Semakin banyak mesti buat Amal Ibadat, buat Baik sesama manuisa, buat baik pada bangsa, Agama dan Negara.
Ah, Makkah...mengapa kota suci ini mesti terlalu berubah? Mestikan ada bangunan mega pencakar langit dan jam besar macam Big Ben di London? Tapi tak mengapalah...siapalah kita nak pertikaikan urusan penjaga kota suci. Asalkan kebajikkan dan keselamatan kita terjamin semasa mengerjakan Ibadat dan menyempurnakan apa yang patut. Bukan senang memegang amanah berat menjaga kota suci.
Namun, biar persekitaran Makakh berubah, namun...sebaik menjejakkan kaki di MasjidilHaram seolah segala yang di luarnya semua telah dilupa!!!!!!!! Mata, hati dan sanubari terpaku pada yang satu, rumah Allah, Kaabah! Tak sabar nak Tawaf, kalau Umrah nak disambung pula dengan saei supaya urusan diselesaikan dengan secepat mungkin dengan bertahlul dan terlepas dari pantang larang Ihram. Kalau berTawaf Sunat kita relax sikit...selepas 7 pusingan dan Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim (Selalunya di atas bentangan karpet jauh dari Makam Ibrahim supaya tak ganggu orang sedang Tawaf) dan minum air zam-zam yang semuanya amalan sunat, kita boleh Tawaf Sunat lagi, terpulanglah pada masing masing..hanya jika terlalu dekat waktu Solat Fardu pihak pengawalan Masjid tidak akan benarkan terutama orang perempuan.
(Bersambung).
Saturday, 4 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment