Rata-rata Orang Melayu jarang yang bawa kanak-kanak ke Masjid. Banyak Masjid-masjid yang AJK mereka tidak galakkan kanak-kanak bersama ibu bapa ke dewan Utama Solat kerana sudah tabiat semulajadi - fitrah mereka akan bermain dan membuat bising bila Jemaah sedang Solat. Tetapi hal ini berlainan di Tanah Suci. Walau Solat Subuh, kanak kanak diheret bersama ke Masjid sama ada Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Makkah.
Inilah 'dielema' kita:
Ialah bukan kita anti kanak kanak ke Masjid. Kita pun maklum malaikat sayang kanak-kanak dan mereka memang sejak kecil mesti dipupuk cintakan Islam dan Masjid tetapi dalam keadaan kita berMusafir dengan niat Umrah dan Ziarah kadang kadang kita juga mahu berSolat dengan tenang dan menghayati Solat yang berImamkan Imam Masjid suci ini. Tetapi kadang-kadang konsentrasi kita terganggu dengan perangai kanak-kanak yang terlalu kecil dan sudah tentu semasa Solat terlepas dari jagaan ibu mereka.
Jerit pekik bayi adalah perkara BIASA bagi kaum Ibu atau wanita bila bersolat di Masjidil Haram. Betapalah bertuahnya kaum Bapa yang Solat sendirian di kawasan keliling Kaabah!!!!!!!!! Sudahlah Kaabah di depan mata tersergam Indah, tanda Kiblat yang selalu dalam imaginasi sahaja tetapi kini betul betul menghadap tanda arah suci ini!!! Mereka juga 'baby free' dan 'children free' sebab kanak kanak yang diangkut ke Masjid semuanya dibawah jagaan ibu mereka dan kadang kadang pembantu rumah mereka yang kebanyakannya adalah Pembantu rumah Indonesia dan Afrika.
Berlainan keadaannya di Masjidil Nabawi. Mereka yang membawa anak-anak tidak bercampur dengan wanita yang datang berlenggang tanpa anak anak. Alangkan bahagianya sikit. Dapatlah kita solat dengan tenang, tanpa kadang kadang mereka berlari lari dan bermain dalam Saf! Dapat kita mengaji tanpa mereka terlanggar kita ketika main kejar kejar sesama mereka: terutama dalam waktu selepas maghrib menunggu Isyak!
Keadaan ini semua adalah ketika Umrah. Ini kerana rakyat Saudi akan keluar ramai ramai terutama bila waktu cuti ke Makkah dan Madinah dan tentulah bawa seisi keluarga mereka. Kalau hari Khamis pun sesak juga Makkah dan Madinah menerima tetamu tempatan mereka dari Jeddah atau kota berdekatan kerana cuti hujung minggu dan tentulah mahu berSolat Jumaat di tanah suci mereka.
Apakah 'dielema' itu?
Dielemanya ialah dari rumah sebelum persiapan dibuat ke tanah suci pun kita sudah fikir kita mahu 'uzlah' bersendirian mahunya hanya kita dengan Allah swt. di Makkah atau Madinah nanti. Semahunya kita minta Ampun direct dengannya di rumahnya, mahu berzikir, menzahirkan kesyukuran kita dengan membaca kitab sucinya semuanya dengan 'setenang mungkin'. Tetapi realiti keadaan dan suasana di Tanah suci amat berlainan dari apa yang kita jangkakan kerana ramainya Jemaah lain dari banyak negara Islam yang juga berniat yang sama dengan kita. Dan hirok pekok dengan perangai jemaah dari berbeza negara dan budaya dan ditambah pula dengan jemaah tempatan yang bawa begitu ramai bayi bayi dan kanak kanak, dapatlah dibayangkan keadaannya!
Kadang kadang terfikir juga alangkah baiknya jika pihak AJK Masjidil Haram khaskan tempat khas bagi jemaah perempuan yang datang sendirian tanpa kanak-kanak seperti di Madinah? After all, kami datang bukan selalu, dari beribu-ribu batu. Apalah salah juga jika masa yang terhad ini boleh kami betul betul tumpu untuk berIbadat tanpa gangguan dari siapa atau apa pun!
Tetapi hakikatnya sebeginilah di Tanah suci. Mungkin pada mereka kyusuk itu pada HATI pada QALBUN yang semesti telah 'disi' lama sebelum melangkah ke tanah suci. Qalbun yang mantap yang tak senang diganggu gugat walau apa pun dugaan dan halangan semasa Solat! Qalbun yang suci yang tiadalah hanya Allah yang bertakhta, telinga tak akan dengar pada APA pun selain ayat ayat yang dibaca Pak Imam dan mata yang terpaku hanya pada tempat untuk bersujud!
Monday, 6 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment