Tuesday, 28 February 2012

ENGKAU isteriku...

Orang tua tua dulu dulu sering berpesan betapa pentingnya kalau nak cari isteri, carilah yang 'baik', kalau boleh dari 'baka' yang baik.  Masa dulu dulu orang Melayu tidak berapa 'materialistic' sebab rata rata majoriti memang tak berpunya..sebab itu banyak rangkap rangkap lagu pun menggambarkan betapa seseorang itu biar miskin harta asalkan budi bahasa dan akhlaqnya kaya. 

Membesar dalam masyarakat Melayu dapat dilihat sendiri betapa ramai diantara kalangan kaum hawa Melayu rata rata percaya pada 'cinta' dan sanggup berkorban apa sahaja demi suami apatah lagi bila telah besar keluarga.  Mereka ikhlas, sanggup berkorban apa sahaja.  Kalau kahwin dengan suami yang masih belajar pun mereka sanggup tak belajar asalkan suami habis study.

Begitulah perempuan yang baik baik, yang sentiasa suami lupa apatah lagi bila suami ada harta dan ada kuasa..

Segala apa yang telah isteri lakukan seolah-olah 'tak apa apa'...biasalah tu.  Terlalu ramai isteri yang kecewa tapi mereka sabar kerana mengenangkan keluarga.  Hanya yang betul betul tak tahan terpaksa isi borang permohonan untuk meruntuhkan istana cinta yang telah sekian lama dibina. 

Tapi suami selalu lupa satu lagi...balasan Allah swt di dunia.  SELALUnya isteri yang ikhlas dan baik baik ini melalui pengalaman dan pergaulan dapat diakui ada "Keramat" tersendiri.  Suami yang menganiya isteri mereka KENA juga, mungkin cara yang berbeza.

Betapa ramai lelaki yang hancur lebur perniagaan yang mula mula dibina dengan sang isteri yang turut berkorban apa sahaja termasuk gadai barang kemas buat modal suami tapi diketepikan begitu sahaja bila kaya sikit dan ternama. Betapa ramai yang bila tersepit cari balik isteri 'lama'.  Lama sebab ramai yang lama pun takdi sapa, lama sebab  dah lama  tak diingat nak disms, lama sebab dah lama tak tidur bersama...ada yang lama tak disentuhpun...semua dah lama tak.."

Minta maaf, inilah warna kehidupan.  Kebenaran...bila dah terantuk baru nak tengadah.  Apa nak buat sebab ramai lelaki walau siapa pun, memang muka TAK TAHU MALU...bila ditimpa musibah yang tak diduga tak dsangka sebab hidup sekarang dah hebat sangat...carilah pendamping setia..siapa lagi kalau bukan isteri lama...sebab "Engkau sebenarlah isteriku.."

4 comments:

mountdweller said...

Amat setuju dan bermakna

Desperado said...

Aduhai bonda...

Pedasnye menikam kalbu!

Cucu-cicit Bani Jawi said...

Nasihat yang baik. Terima kasih kepa Ibu Melayu Angkat daripada kami semua.

ibu-prihatin said...

Salam..tak semua isteri ke2 itu jahat dan takde hati dan perasaan. Semuanya bergantung pd sisuami. Jika niatnya mencari yg baru atas dasar nafsu maka nafsu sajalah yg dia dapat. Semuanya bergantung pd niat dan kerana Allah Taala. Kalau niat sisuami betul. Alhamdulillah semuanya pasti mendapat keberkatan dari Allah. Insyallah.