Sunday, 12 February 2012

Akhirnya..jumpa juga "Ustaz Melayu" yang sebenarnya...

Syabas pada Ustaz Kazim kerana BERANI berkata BENAR walaupun amat Pahit bagi sesetengah pihak untuk menelan hakikat kebenaran tentang apa itu Agama Islam dan Apa itu Parti Politik.  Apatah Ustaz Kazim telah menekankan agar kita tidak turut 'meremeh'kan siapa dia Rasulullah s.a.w.
Memang diri ini marah bila dikatakan baginda s.a.w. adalah sama taraf dengan mat mat lain di kampung kampung kita di Malaysia ni.

Gila ke? 

Tapi oleh kerana yang buka mulut Idola yang sepatutnya Alim nak mampus maka ramailah yang terdiam dan anguk-anguk.   Pak Ustaz Pak Ustaz lain yang amat Arif tentang silapnya luahan memperkecilkan taraf Rasulullah s.a..w. pun DIAM sebab t a k u t, takut kena sergah dengan penyokong si Alim ni.  Takut pada dunia, takut sesama manusia.

Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Rabb...kalau lahirkan juga dikalangan kami seorang Insan yang berani keranaMU Ya Rabb.  Seorang yang berjiwa Islam dan Melayu yang sebenar bila dia juga menyeru kami bersatu.  Tidak perlu 'title' apa apa yang glamour untuk berbuat yang baik untuk Agama, Bangsa dan Negara.  Ustaz Kazim telah membuktikannya. 

Terima Kasih Ustaz Kazim, semoga Ustaz terus sihat dan meneruskan Dakwah Islamiah yang sebenarnya dan dapat menolong mengeluarkan ramai yang taksub dari kegelapan dunia dan akhirat!!

4 comments:

Cheguman said...

Gelaran mat rempit, mat disko dll tu pun selatutnya tak elok. Tapi nak buat macamana. Dah sebati dgn org melayu. Asalnya sebab ramai bernama mat dlm sesebuah kampung. Lama2 digunakan secara leluasa.

Jutawan CPO said...

Salam. Bagaimana kedudukan aqidah PM ketika bersama2 menghadirkan diri diPerayaan Thaipusam baru2 ini?. Mufti Harussani kata "gadai aqidah", klu ikut hukum sudah jatuh murtad..

melayuangkat said...

Bagaimana pula Aqidah Nik Aziz ketika bersama Sami Sami Siam dan mengizinkan Patung Patung Buddha di bina di Tumpat Kelantan? Begitu juga pemimpin POLITIK yang lain??

tasriri san said...

bagi saya tindakan Nik Aziz membenarkan patung buddha didirikan di tumpat adalah tanda tolenransi dlm islam.. tidak sama dengan keadaan najib yg menghadiri perayaan thaipusam.

btw, apa yg ada sangat pada 'ustaz melayu'? penting sangat ka melayu atau kemelayuan dlm ciri seorang ustaz? tak ada apa dengan melayu.. yg penting islam.. perjuangan berlandaskan melayu dah lapuk.. tak relevan. islam relevan sepanjang zaman