Termakbul juga cita cita PKR nak bawa penyokong cari seluruh ceruk rantau tanah air bagi menyatakan sokongan pada Anwar Ibrahim. Kali ini dengan 'restu' bersyarat PDRM. Nak sangat mereka ini berdemonstrati, kebebasan bersuara, kebebasan itu kebebasan ini...
Pelik sungguh, Ajaib sungguh...kes Mahkamah ini kes peribadi Anwar Ibrahim tapi habis semua orang nak diajak terpalit sama. Dipujuk dirayu supaya simpati pada diri...Ya Allah, malunya. Mahkamah belum pun buat keputusan, tapi tuan punya badan macam dah terasa 'bersalah'. Tuan punya badan seolah-olah terlalu istimewa, terlalu kebal dan mesti mendapat perhatian dan belas kesian penyokong-penyokong setia.
Heran juga kita, sokongan apa yang Anwar mahu. Kalau sokongan dari segi perundangan, Anwar Ibrahim ada barisan Peguam yang 'terror terror" yang handal handal belaka, bukan calang calang lawyer. Kalau sokongan keluarga, Isteri dan anak anak mesti sentiasa bersedia. Jadi apa sebenarnya sokongan yang dia cari?
Apa yang boleh penuyokong penyokong yang diangkut khas dari segenap pelusuk tanah air buat atau tolong Anwar? Kalau dia didapati bersalah oleh Mahkamah, adakah dengan terpekik terlolongnya mereka beramai-ramai di kawasan letak kereta itu 'mengubah' keputusan Mahkamah? Kalau dia dilepaskan pun apakah ia akan merubah presepsi umum terhadap Anwar?
Jadi sebenarnya 'sokongan' adalah sebagai satu helah sahaja. Ya ya ya..bila nak permit Polis semua setuju belaka. Ada patuhi arahan itu dan ini. Tapi ini 100,000 orang yang jiwa bergelora. Kita jangan lupa: mereka telah diindoktrinekan, dihasut, disumbat siang malam pagi petang betapa telah teraniyanya Anwar walaupun Karpal Singh sendiri kata liwat itu suka sama suka.
Mereka akan datang dengan dada berombak rindu pada Anwar, sayang dan sanggup buat apa sahaja untuk idola tercinta. Maka jangan terkejut jika ada yang pengsan, ada yang kena sawan dan PDRM harus belajar dari demonstrasi yang lalu. Bersedia bukan sahaja dengan water cannon tapi paling mustahak adalah KAMERA...ya CCTV. Letakkan di setiap sudut bagi merakamkan aksi aksi mereka semua. Tak kan PDRM tak serik serik asyik kena kata macam macam yang negetif. Jadi Polis kena Pro-Aktif, ambil satu langkah ke hadapan. Rakam jangan tak rakam...
Friday, 6 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Polis dah kasi lampu hijau, bila hari perhimpunan, dia provoke pulak polis tuh...apa punya perangai manusia la diorang ni...
Demo yang dirancang tu hanya sebab untuk mulakan anarki dan kacau bilau di hadapan mahkamah nanti.
Berita terkini, Azmin Ali sudah pun mengesahkan bahawa PKR yang menganjurkan demo tidak terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PDRM.
Maksud tersiratnya ialah, mereka akan jadikan demo tersebut medan huru hara.
Post a Comment