Tuesday, 3 January 2012

Giliran AMELINA pulak...

Terkejut diri ini bila membaca blog-blog dan komen- komen facebook mengenai anak muda ini.  Entah betul entah tidak, WaAllahuAlam.

Bagi diri ini, jika berita ini palsu ianya adalah satu Fitnah Dajal yang amat dasyat dan memualkan. Dan amatlah besar dosanya pada penyebar fitnah yang macam tak ada kerja lain. 

Terasa malu pun ada, maklumlah tak habis habis isu yang melibatkan anak-anak muda Melayu Islam kita.

Kalau benarlah kisah ini, diri ini mendoakan agar Allah swt memberikan Taufik dan Hidayah serta InnayahNYA pada adik Amelina kita ni.  Semoga juga beliau segera tersedar dari lamunan dan ombak darah muda gila gila remaja.  Maklumlah kita semua Insan biasa, kita leka, kita lalai tetapi itu tidak bermakna kita akan terus hanyut dan tidak boleh berpatih balik. 

Allah swt Maha Penerima Taubat dan amat suka pada mereka yang bertaubat..

Marilah kita doakan yang terbaik buat adik Amelina..

5 comments:

Daddy Cool said...

Betul tuh...saya harap bukan dia, tapi ramai pula yang mengiakannya... Doakan sajalah beliau..

Harimau-Menaip said...

Assalamualaikum Ibu,

Agak kurang adil apabila :

1. Reaksi Ibu tidak sebegini pada Anwar.

2. Reaksi Ibu tidak sebegini pada Nik Aziz.

Bagi saya, siapa salah (atau dituduh salah), semuanya harus diberi hak untuk menjawab, mempertahankan diri dan bersuara.

Bab Amelina ni, malu betul mak dia. Dia tak kesian ke pada mak dia, kalaupun tak takut pada Allah?

Mungkin itu bukan dia. Wallahua'lam.

melayuangkat said...

WaalaikumSalam anak harimau cyberku,

Ya, Mak Cik manusia biasa yang kesian pada anak-anak muda kerana Mak Cik tahu betapa peritnya nak membesarkan satu nyawa hingga dewasa. Tak perlulah dihuraikan disini.

Mengenai Anwar dan Nik Aziz - Mak Cik rasa mereka tak rugi sikit pun kalau Mak Cik kurang berkenan dengan mereka. Beratus ribu mungkin berjuta lain yang memuja mereka. Siapalah Mak Cik, tak mustahak dalam perjuangan mereka nak menghancurkan Negara.

Harimau-Menaip said...

Ibu,

Terima kasih atas komentar Ibu.

Dalam akhbar hari ini, itu memang Amelina. Dan saya agak mual bila membaca komen emaknya.

No wonder...

Anok Di Bendang said...
This comment has been removed by the author.