InsyaAllah, InsyaAllah swt...dengan izinNYA..InsyaAllah petang esok diri ini akan sekali lagi bertolak ke Tanah suci.
Rindu rasanya pada Madinah dan Makkah...Penerbangan petang besok InsyaAllah pukul tiga petang melalui Saudi Air ke Jeddah dan lepas itu dari Jeddah ke Madinah.
Terbayang-bayanglah keIndahan Masjidil Nabawi...InsyaAllah, InsyaAllah akan dapat berIbadat dan dapat berdoa di Raudah. Pernah sekali dulu diri ini melakukan ziarah 'off season', Raudah kosong! Macam tak percaya..malah petugas di situ 'menjemput' dan 'mengalu-galu'kan agar mengaji di Raudah. Apa lagi mestilah peluang sebegini tak akan dilepaskan begitu sahaja! Rezeki dari Allah. Yang paling utama doa dipinta adalah Keampunan dari Allah swt dan pohonan Taufik, hidayah dan Innayah dariNYA!
Ziarah dan Umrah kali ini juga diri ini berdoa akan dapat 'pulun' sebaiknya. InsyaAllah, inilah niat dari dulu lagi. Agar dapat menumpukan dua minggu ini hanya pada yang Esa..InsyaAllah. Hanya DOA yang dapat dipanjatkan..
Hampir semua urusan 'dunia' di rumah telah dibereskan. Bil bil air, api, cukai itu dan ini pun telah dibayar. Maklumlah nak bermusafir mestilah pastikan kalau boleh kita 'settle' apa yang patut. Peti ais pun telah dipenuhkan untuk pembantu rumah....stok stok makanan kuching, koi dan kura kura pun beres!
Pada yang masih mengenali dan mengingati diri ini, "Maaf Zahir Batin"...InsyaAllah, diizinkan Allah swt kita bertemu di alam cyber lagi. InsyaAllah, diri ini akan doakan yang terbaik buat kita semua dan terutamanya tanah air tercinta..
Saturday, 14 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
doakan aku dapat kesana
Assalamualaikum WBT Puan yang dimuliakan...
Alhamdulillah dan tahniah kerana dapat menjejakkan lagi kaki ke Tanah Suci buat kesekian kalinya...rindu saya pada Kaabah dan Bumi Rasulullah amat membara...harapan agar tahun ni dapat sama seperti tahun lalu juga dapat berkunjung ke sana.
Sedikit permintaan jika tidak keberatan, pohon mendoakan buat saya dipermudahkan dalam segala kerja buat. Kebelakangan ini banyak yang tidak menjadi mengakibatkan saya kesempitan dan dalam keadaan teruk kini. Banyak yang dirancang tidak Allah perkenankan, hanya Dia yang mengetahui di sebaliknya. Mungkin doa Puan di Tanah Suci mampu memberi sedikit ruang kepada saya untuk kembali berdiri.
Salam dari saya buat Rasulullah SAW, semoga Allah permudahkan urusan ibadah Puan di sana dan menjadikan segalanya di mizan kebaikan Puan di akhirat kelak.
semoga dipermudahkanNya. selamat berangkat serta selamat pulang.
ayohpeng
Walaikumsemua,
InsyaAllah swt, doa saya buat semua anak anak cyber.
Buat Azhar, InsyaAllah akan saya doakan khas buat kamu sekeluarga. Melalui pengalaman saya, untuk mudahkan segalan urusan dan dikurangkan sedikit kesempatan kita amalkan Selawat Fatih. InsyaAllah dan satu lagi adalah keAjaiban Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun.
Yakinlah pada yang Esa kita bermohon, InsyaAllah segala Dugaan dan cubaan yang DIA turunkan akan diketepikan dan dapat kita hadapi.
WaAllahuAlam.
salam ibu, semoga mendapat umrah yang mabrur..amin
doakan saya yer..
Post a Comment