Adat Hidup..Orang yang tak bersalah tidak akan takut menghadapi apa pun tuduhan atau diseret ke Mahkamah langit mana pun.
Kesian diri ini menonton rayuan bapa Saiful agar kes infamous anaknya dengan sorang dot dot tu..agar diberi hak sebagai seorang rakyat Malaysia mendapat KEADILAN dan kes ini didengar pula di Mahkamah Rayuan - Court of Appeal.
Jeng jeng jeng....Kalau ini berlaku..Peluang keemasan sekali lagi bagi orang-orang yang tak de kerja, pelajar pelajar yang tak de thesis atau assignment serta bagi Muslimat PAS yang segan hendak join "Mentor" atau Kaum Ibu Muslimat PAS yang malu malu nak join pertandingan nyanyian "Kilauan Emas Polliden" untuk mengenegahkan 'Bakat terpendam' masing masing. Siapa kata mereka tak ada bakat terpendam: lihat bagaimana mereka telah melalak dan mengeluarkan kata kata nista di luar mahkamah tinggi baru baru ini. Jangan fikir hanya kerana mereka bertudung litup, mereka tak berbakat langsung. Ini zaman baru, PAS baru, zaman DAP jadi kawan, Anwar Ibrahim jadi Sanjungan yang disayang. Zaman PAS Asri Muda telah lama berlalu, pesan Fadil Noor telah lama berkubur.
Bila agaknya kes ini ke Mahkamah Rayuan pula nya? Bila ya? Tarikah ini mesti diketahui agar jentera berkarat senang diatur dan digerakkan. "Road show, road show" Satu kemestian. Macam circus dulu dulu, kena pukul canang supaya orang kampung semua datang. Bagi penyokong-penyokong outstation , ini Satu lagi peluang makan angin ke KL. Bukan susah apa pun. Pusing pusing transport disediakan makan free, kerja cuma berkumpul dan menjerit-jerit supaya nampak GAH sokongan pada Anwar.
Yang nak dilawan hanyalah Saiful, ini yang tak bestnya. Kes pulak suka sama suka, mana boleh. Tak best jadi mesti tiup fitnah, barakan hati penyokong biar membuak dengan api kebencian bila diperkarangan Mahkamah. Tak syoklah kalau kes ini tak di dramatizedkan, setakat lawan budak muda macam Saiful tu, mengabehkan beras je datang jauh jauh. Tak berbaloi ramai ramai terkinja kinja tengah jalan hanya nak tentang seorang budak muda. Tak pulang modal.
Jadi UMNO mesti dipalitkan. Sebab tu Muslimat PAS maki hamun UMNO. Kes, Anwar vs Saiful atau Saiful vs Anwar tapi yang kena UMNO. Kalau sangkutkan PM lagi best, nampak sikitlah uumpp, adalah 'Perjuangan". Style orang Mesir lawan Mubarak tu lah..Baru nampak lebih Islam sikit. Kalau tak sia sia lah join PAS. Satu lagi UMNO ni mesti kena maki hamun, tak pedulilah walau pun dah 50 tahun lebih berjasa pada bangsa sendiri, tak kisahlah kalau belajar pun Kerajaan yang tanggung. Sebab kalau tak maki hamun UMNO macam mana nak ambil hati DAP? Nanti markah orang Melayu PKR dan PAS kurang. Kalau nak Bodek DAP biar betul betul.
Kita tunggu satu lagi episode busuk yang bakal menyusahkan terutamanya PDRM dan orang awam..kali ini mesti lebih teratur perancangan mereka sebab dah ada rehersal. Pasti Muslimat PAS juga akan menambah lirik lirik yang tertinggal di perarangan Mahkahmah Tinggi dulu. Biar lebih pedas lagi...ini kes nak ambil hati DAP..terlupa pula apa yang malaikat catit kanan dan kiri..
Sementara itu tidak siapa peduli perasaan Ayah dan keluarga Saiful. Keadilan pada mereka hanya pada Anwar Ibrahim seorang. Tak adil selagi kalau dia tak jadi PM (Waliyazubillahminzaliq), minta jauhkanlah bala ini..Keadilan hak mutlak sekor ini. Orang lain apa nak jadi siapa yang peduli...Inilah hakikat keadilan yang dilaungi..
Thursday, 12 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment