Saturday, 24 December 2011

Terlalu 'senang' Allahyarham pulang Ke Rahmahtullah..Al-Fatihah

Terlebih dahulu blog ini mengucapkan Takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Tan Sri Hamid Othman yang baru meninggalkan kita, diberitakan di Pejabatnya petang Jumaat yang mulia.  Diri ini pernah dua tiga kali bertemu arwah dan keluarga pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sikap peramah mereka sekeluarga benar benar membuat kita seolah-olah telah lama bersaudara dengan mereka!

Sepanjang malam dan hari ini diri ini masih memikirkan perasaan Puan Sri yang menghantar suami ke Pejabat seperti biasa dan betapa kejutan yang diterima bila yang diterima pulang adalah jenazah suami!  Inilah takdir yang Maha berKuasa yang rahsianya hanya DIA yang tahu.  Truma dan kesediahan Puan Sri sekeluarga tidak dapat kita bayangkan, ianya akan memakan masa juga untuk pulih dari kejutan sebegini. 

Tetapi kita juga patut memikirkan betapa 'kebaikan' dari takdir ini ialah betapa 'senang'nya arwah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.  Tidak menyusahkan sesiapa pun...Inilah yang kalau boleh kita semua mahu.  Bila tiba ajal kita pergi dengan tenang dan senang..

Diri ini terfikir juga dielema yang dihadapi oleh kakak angkat yang telah setahun terlantar dalam jagaan pembantu rumah Indonesia.  Tidak boleh bercakap lagi, makan juga dengan tiub melalui hidung dan  setiap hari dapat dilihat secara kasar betapa tiap anggota tangan dan kaki semakin semacam mengeras dan susah untuk diangkat ke bilik mandi menyebabkan segala-gala terpaksa dibuat di atas katil khas sahaja.

Suami dan tiga dari lima anak anak kakak angkat ini tidak lagi peduli akan isteri dan ibu mereka.  Segala pembelanjaan dari gaji pembantu rumah, adult diapers, ubat-ubatan dll diri ini dan dua lagi anak anaknyalah yang membayarnya.  Tak tahulah sampai bila kakak ini akan berterusan dalam keadaan sebegini.  Hanya Allah swt yang tahu. 

Tiap kali menziarah beliau, terbaca semaca rahsia kesedihan yang ditanggung dari pancaran matanya yang merenung tajam pada kita.  Matanya pun tidak bergerak sangat, cuma berkelip menunjukkan dia masih cam dengan kita.

SubhanaAllah, segala apa yang terjadi adalah hikmah dan rahsianya hanya DIA yang tahu.  Ingatlah akan MATI kerana inilah hakikat sebenarnya tujuan hidup kita.  Berbaiklah sementara kita boleh melakukan kebaikan.

Al-Fatihah buat ruh Allahyarham Tan Sri Hamid Othman...

Monday, 19 December 2011

Perusuh Mesir Pijak gambar Mubarak, Pelajar Malaysia pijak gambar PM sendiri

Melampau betul segelintir pelajar Melayu Islam Malaysia ni..Syukur Alhamdulillah bukan anak aku.  Walaupun aku hantar anak aku belajar ke menara gading 5 sen pun tanpa apa apa bantuan dari kerajaan Pusat, kerajaan negeri atau mana mana badan berkanun kami tetap bersyukur DS Najib PM kami dan hakikatnya kami rakyat Malaysia.

Kami tidak mahu apa apa pun, cukuplah dengan nikmat berada di bumi bertuah ini..Kami bebas mencari rezeki...kami bebas berIbadat dengan sepuasnya, menuntut Ilmu di mana pun yang kami suka.  Hidup harmoni dengan jiran berbilang kaum.  Malah kerana kemakmuran dan keamanan di negara kami dari kacau bilaulah yang menyebabkan ramai pendatang haram sanggup bergadai nyawa semata mata mahu 'menumpang' limpahan rezeki dari Allah swt ini.

Sedarlah wahai anak anak Melayu semua.  Perbuatan kamu amat keji.  Menghina PM yang sedang berusaha gigih siang malam mencarta masa hadapan negara untuk kebaikan kamu dan generasi yang akan datang.  Entah apalah nak jadi dengan pemuda pemuda Melayu..ada yang kahwin sejenis dengan bangga pula siap berbaju Melayu dan tanjaknya sekali...MALUnya...tak tahu mana nak taruk muka.  Ada peluang ke Universiti di sia siakan dihabiskan masa berpolitik pulak.  Bukan senang jadi PM pada orang Melayu.  Aku sikit pun tak cemburu pada DS Najib malah simpati, kesian tengok dia, sebab orang Melayu ni ramai yang sindrom "Anak ku Sazali"..

Thursday, 15 December 2011

Tak kan tak ada cerita lain selain Anwar Ibrahim.

Masih boleh tersenyum...Seluruh negara sedang menghitung 'apa seterusnya' bagi Anwar Ibrahim.  Heboh cerita yang sama di sana sini.

Bagi tuan punya diri memanglah tak akan mengaku walau apa pun yang telah dan akan diputuskan oleh Mahkamah..sebab ini SEMUA salah orang lain.  Terutamanya salah UMNO, Kerajaan BN dan DS Najib..sikit pun tak tercalit pada dirinya walau bukti bertimbun dan mangsa sendiri telah mengangkat sumpah.  Penyokong-yokong pun tentu setuju dan mengangguk sahaja..memang ini konspirasi.  Konspirasi menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi PM...mereka tak terfikir betapa suatu ketika dulu jawatan TPM 16 tahun dalam tangan Anwar, tapi apa boleh buat..bukan rezeki jadi PM..Allah swt maha mengetahui segala rahsia mengapa dia tak ditakdirkan sebagai PM..malah sebaliknya.

Maka UMNO bertukar serta merta menjadi musuh Anwar Ibrahim sekeluarga dan dicucuknya siapa yang termakan akan dakyah konspirasi dan tiba tiba pula bila dia dah tak lagi dalam UMNO, negara perlu reformasi.  (Masa dia dalam TPM dulu tak perlu apa apa reform, bila dia keluar je). Maka rententan dari hasutan dan percikan batu api ini bertambah kusut dan berkecailah persatuan orang Melayu Islam.

Akibat dari ini semua...hari ini  bila Utusan Malaysia diarah untuk membayar LGE 200,000 tak pula ramai yang puji Mahkamah atau marah marah..malah ramai yang memuji sikap LGE yang dikatakan bermurah hati akan mendermakan 200,000..  Senang betul LGE nak ambil hati oraang Melayu2 ni..buat sikit jasanya nampak macam gajah digembar gemburkan. Dipuji dan dibesarkjan..  UMNO yang telah berjasa sejak mereka belum lahir dikotak katikkan!  Pelik bin Ajaib tetapi baginilah sikap segelintir Melayu modern yang lahir dengan keadaan 'semua telah ada dan tersedia'...tak pernah susah.  Dan senang kena cucuk bila terkena percikan batu api..

Sunday, 11 December 2011

Menanti Salahudin Ayobi MELAYU

Samasa berada di Damascus tahun lalu, diri ini bertuah kerana diizinkan Allah swt berjemaah di Masjid Ummayad dan terletak sebelahan Masjid ini adalah makam Pahlawan Agung Salahudin Ayobi yang memang terkenal dengan keberanian luar biasanya menentang tentera salib itu.  Sudah tentulah selain dari menziarahi makam Hussein bin Ali r.a. cucu Rasullah s.a.w. dan Makam Nabi Yahaya yang terletak dalam Masjid ini, para jemaah dari seluruh dunia termasuk pelancung dari berbagai bangsa dan Agama juga  tidak akan melepaskan peluang mengziarahi Makam Salahudin Ayobi.  Bagi yang beragama Islam  menghadiahkan "Al-Fatihah" sambil berdoa agar Ruhnya sentiasa dicucuri Rahmat Illahi yang berkekalan.

Sekarang bumi Syria sedang bergolak politik.  Sudah tentu pihak barat dan NATO terintai-intai untuk menghancurkan Syria sama seperti di Libya.  Mereka tak takut lagi dengan negera-negara Islam kerana mereka tahu orang Islam telah tiada SALAHUDIN AYOBI yang patut digeruni.  Orang Islam dimerata bumi Allah swt sibuk bertelagah sesama sendiri. Berbilion mereka hanya Gah dari segi bilangan tetapi semangat bagaikan habuk yang senang ditiup angin walaupun yang sepoi bahasa.  Rata rata yang rajin berpolitik amat sibuk mencari kesalahan dan kelemahan sesama sendiri.  Tidak letih mengukur siapa agaknya yang lebih "Islamik dan layak masuk Syurga Allah dan siapa pula bakal ahli  neraka!

Kesempatan ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh musuh-musuh Islam.  INIlah saat dan ketikanya..mereka tumpang sekaki, pura pura berbuat baik dan simpati atas 'perjuangan' orang Islam yang konon sehaluan dengan mereka untuk menghentam satu lagi puak Islam yang kurang Islamik.  Maka bertambah sibuk lagilah sesama Islam hentam menghentam disebalik senyuman para musuh yang licik sekali. 

Ini semua berlaku kerana kita tidak ada lagi Salahudin Ayobi apa tah lagi orang Melayu.

..diri ini amat berharap akan muncul seorang Pahlawan Melayu sejati yang boleh menjambatankan kesatuan orang2 Melayu Islam tidak kiralah dari parti politik apa pun yang mereka pilih.  Malangnya tidak ada dan mungkin tidak akan ada.  Semangat dan ruh kurniaan Allah swt pada kita yang bernyawa dengan Islam tidak sekental semangat pahlawan Islam dahulu.  Amat berbeza sekali...jauh panggang dari api.. Diri ini hanya mampu berDoa,  berdoa terus agar anak bangsa  tahu apa sebenar-benar yang mereka mahu, sedar siapa diri mereka asal usul mereka, di mana mereka sekarang dan ke mana sebenar hala tuju mereka...dan apa yang bakal ditinggalkan untuk cucu cicit generasi yang akan datang...WaAllahuAlam.

Baguslah..kalau korang nak tidur dengan DAP pun kita tak kisah..

Cumanya ingat-ingatlah kamu semua ini "Malai", kalau Melayu tu pada mereka tetap Melayu juga..Depan mereka sengeh sengeh senyum simpul meleret..Belakang kamu mereka mengata juga mereka hina juga..sebab?  Kamu Malai..

Tapi tak pe lah...sayang punya pasal.  Orang bila sayang sanggup berkorban apa sahaja.  Kalau dulu orang Melayu berkorban untuk bangsa, agama dan negara.  Tapi sekarang ada segelintir kecil orang Melayu yang KORBANkan maruah yang sebangsa dan seAgama dengan mereka...

Amat menyedihkan..terasa malu pun ada..

Saturday, 10 December 2011

Wednesday, 7 December 2011

DiSAHkan kaki fitnah oleh Mahkamah Dunia...

Cik Umi akhirnya terbukti difitnah dan pihak Mahkamah memerintahkan beliau dibayar gantirugi RM50,000.00

KETARA betul Tarbiyah PAS

Akhirnya dengan izin Allah swt segala taktik Tarbiyah ala PAS membuahkan hasil yang amat ketara sekali............

Sesiapa yang menonton di You Tube seorang "Ustaz" (Dia orang ini senang betul dapat title Ustaz) menghina orang lain yang dikira tak "Islamik" dan mendewakan Tuan Gurunya sebagai "Nabi" akan dapat membaca betapa budak ini telah termakan segala dakyah yang ditabur dan ditanamkan di sanubarinya selama ini!

Nah, inilah Hasil yang dituai oleh PAS.  Amat menyeramkan! 

Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun PANIK mendengar dirinya dikatakan Nabi.  Mengarut katanya, ini kekufuran!!  Tapi Nik Aziz mestilah renungkan sejenak..tarik nafas dan ikhlas mahasabah diri..mengapa ianya terjadi?  Jawapannya semua ada ditangan Nik Aziz sendiri..

Tuesday, 6 December 2011

Kalau nak berPolitik pun tolong Jangan Politikkan Kedai Rakyat..

Teringat jelas diri ini betapa SUSAHnya dan PERITnya ketika memulakan hidup berumah tangga 35 tahun yang lalu...

SEGALAnya cari yang paling murah..mujurlah masa tu ada Globe Silk Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk beli pakaian..

Memang segalanya cari di CHOW KIT..apa sahaja yang murah asalkan tak berhutang dan menagih simpati pada siapa juga..

Kalaulah ada KEDAI 1 Malaysia pada waktu itu, pastilah diri ini juga akan menjadi pengunjung setianya..

Hari ini, mereka yang mahu mendirikan rumahtangga atau baru menjejakkan kaki di alam KEKELUARGAAN atau pun sudah berkeluarga tentu akan bersyukur betapa kedia Satu Malaysia sebagai 'Penyelamat" boleh jugalah menjimatkan sedikit sebanyak kos pembelanjaan bulanan masing masing. 

Lebih baik ADA dari TIADA..

Amatlah tidak baik sekali jika ada sesiapa mahu ketengahkan ISU ini sebagai satu lagi bahan politik.  Memang senang nak maki hamun, nak kritik...tapi ingat perut mesti diisi...rakyat mahu soru....

Jadi pada SEMUA KAKI BANGKANG, carilah isu lain ya...

Kalau idea yang lebih baik dari Kedai Satu Malaysia ni, berilah pada PM.  DS Najib tentu sedia menerimanya Demi Kebaikan rakyat.   Tak kiralah siapa pun...Perut manuisa semua sama..mesti di sini.

Sunday, 4 December 2011

Inilah dikatakan BUANG TEBIAT..



Orang dulu-dulu kalau tengok Warga emas berperangai PELIK sikit, tak sesuai Akhlaq si tua dengan usia yang sepatutnya EMAS mesti kata, "Agaknya nak buang Tebiat orang tua tu.."

Nauzubillahminzaliq..Mohonlah pada Allah swt agar jika semakin meningkat usia kita dikurniai Ia, semakin baiklah Akhlaq yang hendak dipertontonkan pada orang ramai terutama anak anak cucu cicit sendiri..

MASA dan sisa sia usia kita, kita kejarlah Ilmu sebanyaknya supaya semakin mendekati Allah swt, semakin dekat dengan Ia, semakin TENANGlah jiwa kita.  Rohani yang tenang akan terpapar di cermin wajah kita. Senang semua orang dengan kita walaupun haiwan peliharaan apatah lagi Malaikat yang sentiasa  mengintai kita...

Thursday, 1 December 2011

Dia berani HINA sebab PAS kasi muka...

Inilah HAKIKATnya.... sungguh luar biasa....... Hari ini...bila orang DAP terang-terangan berani menghina seorang Menteri Besar Melayu beragama Islam dengan perkataan 'Haramjadah' melengkapi isi hatinya betapa benci pada yang berkulit 'gelap'.

Dan LEBIH luar biasa bila penghinaan ini disambut dengan 'hati terbuka' orang Melayu Islam sambil bersorak memberi sokongan.

Inilah dunia...hanya kerana pangkah pada kertas undi..maruah bangsa dan Agama tercemar, dibiarkan dihina...langsung tidak terasa apa apa bila saudara seIslam diperlekehkan oleh bukan Melayu dan bukan Islam.

Sama-samalah kita renungkan apa akan jadi pada nasib Bangsa Melayu dan Umat Islam jika mereka ini memegang tampuk pemerintahan Malaysia..APA SAHAJA keluar dari mulut DAP....Pak Lebai Pak Lebih PAS akan angguk...sungguh menyedihkan..mengerikan...