Terlebih dahulu blog ini mengucapkan Takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Tan Sri Hamid Othman yang baru meninggalkan kita, diberitakan di Pejabatnya petang Jumaat yang mulia. Diri ini pernah dua tiga kali bertemu arwah dan keluarga pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sikap peramah mereka sekeluarga benar benar membuat kita seolah-olah telah lama bersaudara dengan mereka!
Sepanjang malam dan hari ini diri ini masih memikirkan perasaan Puan Sri yang menghantar suami ke Pejabat seperti biasa dan betapa kejutan yang diterima bila yang diterima pulang adalah jenazah suami! Inilah takdir yang Maha berKuasa yang rahsianya hanya DIA yang tahu. Truma dan kesediahan Puan Sri sekeluarga tidak dapat kita bayangkan, ianya akan memakan masa juga untuk pulih dari kejutan sebegini.
Tetapi kita juga patut memikirkan betapa 'kebaikan' dari takdir ini ialah betapa 'senang'nya arwah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Tidak menyusahkan sesiapa pun...Inilah yang kalau boleh kita semua mahu. Bila tiba ajal kita pergi dengan tenang dan senang..
Diri ini terfikir juga dielema yang dihadapi oleh kakak angkat yang telah setahun terlantar dalam jagaan pembantu rumah Indonesia. Tidak boleh bercakap lagi, makan juga dengan tiub melalui hidung dan setiap hari dapat dilihat secara kasar betapa tiap anggota tangan dan kaki semakin semacam mengeras dan susah untuk diangkat ke bilik mandi menyebabkan segala-gala terpaksa dibuat di atas katil khas sahaja.
Suami dan tiga dari lima anak anak kakak angkat ini tidak lagi peduli akan isteri dan ibu mereka. Segala pembelanjaan dari gaji pembantu rumah, adult diapers, ubat-ubatan dll diri ini dan dua lagi anak anaknyalah yang membayarnya. Tak tahulah sampai bila kakak ini akan berterusan dalam keadaan sebegini. Hanya Allah swt yang tahu.
Tiap kali menziarah beliau, terbaca semaca rahsia kesedihan yang ditanggung dari pancaran matanya yang merenung tajam pada kita. Matanya pun tidak bergerak sangat, cuma berkelip menunjukkan dia masih cam dengan kita.
SubhanaAllah, segala apa yang terjadi adalah hikmah dan rahsianya hanya DIA yang tahu. Ingatlah akan MATI kerana inilah hakikat sebenarnya tujuan hidup kita. Berbaiklah sementara kita boleh melakukan kebaikan.
Al-Fatihah buat ruh Allahyarham Tan Sri Hamid Othman...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Salam Takziah untuk seluruh keluarga beliau.
AlFatihah...memang ambo suka dengar Allahyarham bercakap, lembut, berhemah & kebapaan...
Post a Comment