Thursday, 15 December 2011

Tak kan tak ada cerita lain selain Anwar Ibrahim.

Masih boleh tersenyum...Seluruh negara sedang menghitung 'apa seterusnya' bagi Anwar Ibrahim.  Heboh cerita yang sama di sana sini.

Bagi tuan punya diri memanglah tak akan mengaku walau apa pun yang telah dan akan diputuskan oleh Mahkamah..sebab ini SEMUA salah orang lain.  Terutamanya salah UMNO, Kerajaan BN dan DS Najib..sikit pun tak tercalit pada dirinya walau bukti bertimbun dan mangsa sendiri telah mengangkat sumpah.  Penyokong-yokong pun tentu setuju dan mengangguk sahaja..memang ini konspirasi.  Konspirasi menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi PM...mereka tak terfikir betapa suatu ketika dulu jawatan TPM 16 tahun dalam tangan Anwar, tapi apa boleh buat..bukan rezeki jadi PM..Allah swt maha mengetahui segala rahsia mengapa dia tak ditakdirkan sebagai PM..malah sebaliknya.

Maka UMNO bertukar serta merta menjadi musuh Anwar Ibrahim sekeluarga dan dicucuknya siapa yang termakan akan dakyah konspirasi dan tiba tiba pula bila dia dah tak lagi dalam UMNO, negara perlu reformasi.  (Masa dia dalam TPM dulu tak perlu apa apa reform, bila dia keluar je). Maka rententan dari hasutan dan percikan batu api ini bertambah kusut dan berkecailah persatuan orang Melayu Islam.

Akibat dari ini semua...hari ini  bila Utusan Malaysia diarah untuk membayar LGE 200,000 tak pula ramai yang puji Mahkamah atau marah marah..malah ramai yang memuji sikap LGE yang dikatakan bermurah hati akan mendermakan 200,000..  Senang betul LGE nak ambil hati oraang Melayu2 ni..buat sikit jasanya nampak macam gajah digembar gemburkan. Dipuji dan dibesarkjan..  UMNO yang telah berjasa sejak mereka belum lahir dikotak katikkan!  Pelik bin Ajaib tetapi baginilah sikap segelintir Melayu modern yang lahir dengan keadaan 'semua telah ada dan tersedia'...tak pernah susah.  Dan senang kena cucuk bila terkena percikan batu api..

4 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam, undang undang hanya tertegak bila hukum menyebelahi mereka.. puak puak ni kalau di akhirat kelak pun tetap protes tuhan...

Daddy Cool said...

Begitulah jenis2 manusia yang hipokrit...bila bahagian mereka diperolehi, maka mereka akan diam seribu kata...tapi bila bahagian mereka didapti sonsang...melenting berapi-rapi..

AuntyZah said...

Testing

zolm said...

Tak perlu untuk kita cerita tentang aib orang.. Mengumpat, mengata.. Betul ke kita apa yang kita tahu tu sama benar dgn kebenaran Allah? Jadinya, cukuplah untuk kemajuan kita, kita tukar kerajaan baru.. Bila sudah tukar, baru lah masing2 yang dipilih akan buat kerja betul2, kurang corrupt, politik wang. Macam pekerja kontrak, mesti kerja sungguh2.. tak macam sebahagian besar pekerja gomen tetap.. Kalau kerajaan PKR plak yang tak ok, barulah kita tukar balik kerajaan umno.. Bila orang kerajaan rasa mereka risau yang mereka boleh diganti bila2, baru la mereka berusaha bersungguh.. Barulah Malaysia akan maju.. Jgn asyik percaya pada monopoli kerajaan yang berpuluh tahun memerintah.. Banyak negara seusia dengan kita yang dah terlebih maju dari malaysia.. Jadi, untuk kesimpulannya untuk Malaysia maju, biarlah kita rakyat Malaysia ini bagi pemerintah kita ni risau yang pemerintahan mereka takkan kekal sekiranya mereka tak perform.. macam tu lah Malaysia punya kemajuan boleh terus pecut.. Jangan risau, kalau tukar pemerintahan pun, bukannya semua yang ada di Malaysia ni kena ubah. Yang kena ubah pun, benda yang negatif jer, contohnya tender pilih kasih ke, politik wang ker.. itulah namanya kebebasan politik..