Samasa berada di Damascus tahun lalu, diri ini bertuah kerana diizinkan Allah swt berjemaah di Masjid Ummayad dan terletak sebelahan Masjid ini adalah makam Pahlawan Agung Salahudin Ayobi yang memang terkenal dengan keberanian luar biasanya menentang tentera salib itu. Sudah tentulah selain dari menziarahi makam Hussein bin Ali r.a. cucu Rasullah s.a.w. dan Makam Nabi Yahaya yang terletak dalam Masjid ini, para jemaah dari seluruh dunia termasuk pelancung dari berbagai bangsa dan Agama juga tidak akan melepaskan peluang mengziarahi Makam Salahudin Ayobi. Bagi yang beragama Islam menghadiahkan "Al-Fatihah" sambil berdoa agar Ruhnya sentiasa dicucuri Rahmat Illahi yang berkekalan.
Sekarang bumi Syria sedang bergolak politik. Sudah tentu pihak barat dan NATO terintai-intai untuk menghancurkan Syria sama seperti di Libya. Mereka tak takut lagi dengan negera-negara Islam kerana mereka tahu orang Islam telah tiada SALAHUDIN AYOBI yang patut digeruni. Orang Islam dimerata bumi Allah swt sibuk bertelagah sesama sendiri. Berbilion mereka hanya Gah dari segi bilangan tetapi semangat bagaikan habuk yang senang ditiup angin walaupun yang sepoi bahasa. Rata rata yang rajin berpolitik amat sibuk mencari kesalahan dan kelemahan sesama sendiri. Tidak letih mengukur siapa agaknya yang lebih "Islamik dan layak masuk Syurga Allah dan siapa pula bakal ahli neraka!
Kesempatan ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh musuh-musuh Islam. INIlah saat dan ketikanya..mereka tumpang sekaki, pura pura berbuat baik dan simpati atas 'perjuangan' orang Islam yang konon sehaluan dengan mereka untuk menghentam satu lagi puak Islam yang kurang Islamik. Maka bertambah sibuk lagilah sesama Islam hentam menghentam disebalik senyuman para musuh yang licik sekali.
Ini semua berlaku kerana kita tidak ada lagi Salahudin Ayobi apa tah lagi orang Melayu.
..diri ini amat berharap akan muncul seorang Pahlawan Melayu sejati yang boleh menjambatankan kesatuan orang2 Melayu Islam tidak kiralah dari parti politik apa pun yang mereka pilih. Malangnya tidak ada dan mungkin tidak akan ada. Semangat dan ruh kurniaan Allah swt pada kita yang bernyawa dengan Islam tidak sekental semangat pahlawan Islam dahulu. Amat berbeza sekali...jauh panggang dari api.. Diri ini hanya mampu berDoa, berdoa terus agar anak bangsa tahu apa sebenar-benar yang mereka mahu, sedar siapa diri mereka asal usul mereka, di mana mereka sekarang dan ke mana sebenar hala tuju mereka...dan apa yang bakal ditinggalkan untuk cucu cicit generasi yang akan datang...WaAllahuAlam.
Sunday, 11 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment