Dah lama tak blogging sebab nak betulkan 'final thesis'..telah serah pada Prof..WaAllahuAlam..tunggu pula apa komen dia nanti....besar kemungkinan akan buat sedikit perubahan sampai dia betul betul puas hati, thesis ini boleh diterima oleh pihak universiti. Maklumlah segala fakta yang ditulis semua berdasarkan 'reference' dan 'footnotes', jadi reserach work memang memakan masa yang banyak...
Buat pengetahuan pada siapa yang kenal Mak Cik ni, belajar pada usia begini (50 plus plus ) memang amat mencabar. Ini baru peringkat MA belum lagi Phd..
Cabaran Pertama ialah DIRI kita sendiri..kita kena bijak mengatur dan mencuri waktu untuk belajar apatah lagi nak menulis thesis!!!!!!! Tiap Sabtu dan Ahad pun jarang dapat belajar sebab? Ada sahaja WalimatuUrus, kenduri Arwah, Tahlil dan Baca Yassin, Aqiqah/cukur jambul, Majlis Harijadi biasanya cucu cucu kawan kawan dan belum lagi High Tea dengan suri rumah suri rumah 'geng' mengaji, geng Kelas Tafsir dsb dsb dsb......
Cabaran kedua: Kesihatan kita, pada usia sebegini kita tak sekuat dulu nak berjaga malam untuk belajar...macam Professor A pesan: "You have to burn that mid-night oil". Tapi bila dah 50 plus plus, jam 11 malam je mata dah mula berat!! Pegang buku je dah nak terlena!!!!!!!!!!
Namun diri ini amat amat bersyukur kerana tak terkilan dapat juga pada usia-usia meniti ke 'usia usia emas atau waktu waktu asar/maghrib' sempat juga dan masih juga diizinkan Allah swt menjejakkan kaki di Universiti dan Universiti yang bertaraf dan diiktiraf di antarabangsa pula!!!
Nikmat Allah yang mana lagi yang dapat dipertikaikan?
Dan ini semua juga kerana Malaysia negara yang bertuah mempunyai sebuah kerajaan yang prihatin pada nasib anak bangsanya yang SEMUA mendapat peluang untuk membuat apa yang untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan Negara. Tepuk dada tanyalah selera. Dengan segala prasarana yang telah disediakan oleh Kerajaan yang sedia ada, terpulanglah pada diri kita sendiri untuk mengambil peluang-peluang yang ada.
Pada yang minat berniaga ada salurannya dan pada yang minat belajar pun ada caranya. Pandai pandailah. Janganlah kita menghabiskan masa dengan mencari APA YANG TAK ADA tapi lihatlah APA YANG KITA ADA yang boleh dimanfaatkan. BerSyukurlah kita rakyat Malaysia, sujud syukurlah.
Saya bangga saya rakyat Malaysia, saya bangga DS Najib Perdana Menteri saya...Terima Kasih DS Najib..Semoga Allah swt akan terus memberkati DS Najib sekeluarga, DS dikurniakan kesihatan yang baik, diberi Taufik, Hidayah dan Innayah untuk terus memimpin kami.
Monday, 28 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam bonda..
Terima kasih dengan komen Chef Wani..hehehe
Saya pun tak menyempat jugak nak update, sama macam bonda, pursuing my master...
Apa-apa pun, kita tunggu tahun depan..pasti ada yang menarik berlaku, dan saya akui, saya masih lagi berbangga dengan PM yang kita punyai sekarang..
Post a Comment