Friday, 2 September 2011

Tolong yang kebulur macam ni pun ada yang dengki..

Setahu kita, Islam membenarkan kita 'hasad' hanya dalam keadaan yang mana kita mencemburui pada mereka2 yang benar-benar "Alim" kerana banyak dan mendalam sekali "Ilmu Agama mereka serta diikuti pula dengan amalan dan kelakuan yang dizahirkan".

Tetapi amatlah Malang sekali jika ada juga suara-suara sumbang yang mengutuk misi Putera Malaysia ke Somalia.  Ada yang sampai kata ianya ibarat kera hutan disusukan anak dipangkuan mati kelaparan.  Banyak yang boleh kita komen juga atas 'kedengkian' tak bertempat sebegini. 

Pertamanya:   Kalau benar ada kera dihutan masing-masing yang perlu disusukan...maka anda dan kelompok anda susukanlah.. Buatlah sesuatu selain dari hanya bercakap main air liur.  Setakat buka mulut keluarkan air liur badak berendam dalam zoo pun boleh buat.  Janganlah kalau ada orang susah di kariah sendiri, ada anak yatim yang perlu ditolong, SEGALAnya seratus peratus nak tunggu kerajaan yang dikutuk siang malam aje yang bantu.  Buatlah sesuatu. 

Keduanya:  Mereka kata yang pergi ke Somalia ni tak Ikhlas, nak menunjuk-nunjuk...
Hai, begini hebatnya pengkritik tetap kita ni.  Sampaikan apa yang tersirat dalam hati orang pun mereka tahu.  Kalau nak menunjukkan pun satu contoh yang baik, berbuat baik sesama insan tak boleh ke???  Cuba bayangkan anda tak makan, kebulur macam orang Somalia, tok sah susah macam merekalah...Harga Gula naik 10 sen pun dah tak sabar, nak melenting dan nak ludah pada kerajaan!!!! Kopiah tak lengkang dari kepala, pada hal kepala sebenarnya 'kosong'.

Siapa sebenarnya yang ditunjukkan Allah swt 'warna' yang sebenarnya?   Cubalah buka sikit biji mata hati tu masing masing.  Bukan setakat mata zahir sahaja.  Renung2 lah dan tengoklah diri sendiri dulu dalam cermin.  Berapa ramai orang susah yang pernah diri sendiri tolong?  Berapa banyak duit kutipan tabung yang dihurlukan pada anak2 yatim, ibu ibu tunggal?  pada tabung bencana alam?   Berapa banyak?

Pandai bersimpulan bahasa konon bila nak menghina orang lain, kononnya kera dihutan disusukan.....diri sendiri sesama Melayu sesama Islam susah nak berbaik sangka.  Bukan berbaik macam dengan DAP tu, setakat berbaik sangka pun susah...tapi pandai mengata orang yang berbuat misi kemanusian.

Sepatutnya didoakan sahaja misi ini berjaya.  Dah lah diri sendiri tak pernah menyumbang apa apa pada negara selain menghasut mengadu domba menghancurkan perpaduan sesama ummat Melayu Islam, orang buat baik pun nak sakit hati..Apa yang jenis manusia ni.   Baru Puasa sebulan.  Betullah sabda Rasullah saw: "Ramai yang tak dapat apa apa berpuasa, setakat lapar dan dahaga". Waliyazubillahminzaliq...Ya Allah jauhkan diri kami dari sifat keji yang tiada rasa kasih sayang antara insan, janganlah dimatikan hati kami dari menghargai segala kebaikkan orang lain pada kami dan tolonglah kami sentiasa mengingati dan mensyukuri apa juga nikmat yang kau limpahi pada Negara dan diri kami."  AstafirullahalAzim...

1 comments:

mountdweller said...

Assamulaikum Puan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Puan dan keluarga. Harapkan maaf di atas apa-apa yang tersasul dan tidak patut zahir dan batin.

Rasanya tidak salah kalau saya katakan islam orang kita adalah islam fahaman cacamarba. Nak kata faham tapi macam tak faham. Nak kata tak pandai bercakap pandai tetapi hati tetap busuk. Adakah itu sinonim dengan melayu?

Kekadang saya pun keliru..