Friday, 16 September 2011

Susahnya Nik Aziz nak berTerima Kasih..

Baru sebentar tadi di tv 3,  MB Kelantan dengan lantangnya membuat kenyataan betapa SEPATUTnya apa yang DS Najib lakukan malam tadi:  Memansuhkan ISA - TELAH LAMA dilakukan....dan bukan baru sekarang..

APA SAHAJA ikhtiar kerajaan selama ini dan DS Najib sekarang ini tidak pernah  dihargai Nik Aziz, seolah-olah tiada apa yang baik dari kerajaan Pusat.  Malah hanya yang negatif diketengahkan.  Patutlah penyokong PAS terutama yang taksub pun bersikap begini juga...amat sukar bersyukur dan berTerima Kasih.  Susah sangat mahu mengakui betapa kita semua dan negara dilimpahi seribu nikmat dari Allah swt sehinggakan berjuta PATI tak mahu pulang ke negara asal mereka!!

Terimalah hakikat berpijak di bumi yang nyata, Malaysia tanah air kita.  Tidak ada tempat yang SEMPURNA di dunia yang fana ni tetapi kita masih bertuah kerana kita rakyat Malaysia.  Walaupun kita dipihak pembangkang tidak bermakna kita tidak langsung boleh mengakui akan kebaikan yang Kerajaan BN lakukan. 

1 comments:

usin said...

biasalah, yg tua memang liat...