Saturday, 17 September 2011

Semoga Koperal Jenain tabah........

Blog ini ingin merakamkan simpati terhadap apa yang berlaku pada Koperal Jenain Subi, 48 yang dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan menyebabkan kematian remaja Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang berusia ketika itu 15 tahun.

Kita dapat bayangkan pada malam kejadian yang malang itu atau lebih tepat jam 3pagi dimana kita semua kebanyakannya sedang diulit mimpi yang indah.  Mungkin yang bernasib baik antara kita sedang berwuduk kerana sejadah sedang menunggu untuk kita sujud pada Allah swt, bertahjud..sedia memohon keampunan kepadaNYA kerana dari DIA keAmpunan itu dan hanya pada DIA tempat kita memohon..

Bagi Koperal Jenain, sebagai anggota Polis sudah tentulah seperti biasa tugas beliau berserta anggota polis rondaan yang lain - mengawal keSelamatan dan ketenteraman awam, orang seperti kita ini.  Supaya kampung halaman kita 'Selamat" dari segala ancaman.  Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini, dimana jenayah dan kes pecah rumah terutamanya di Shah Alam pada ketika itu menjadi-jadi.

Dalam tugasan Polis dikatakan ada SOP - Standard Operating Procedure.  Polis juga kena ikut peraturan peraturan semasa menjalankan tugas mereka.  Bukan mudah hendak jadi Polis, nak jadi Asykar, nak jaga ketenteraman awam.  Memang rumit dan sulit.  Tugasan amat merbahaya, bertarung dan menggadai nyawa sendiri dan amat sedikit dihargai.

Malam yang malang ini juga Ajal sedang menunggu seorang remaja baru berusia 15 tahun.  Digerakkan Qalbunnya untuk keluar dengan rakannya, menurut cerita.  Dipandunya kereta ahli keluarga pada ketika yang amat tidak disangka.  Tanpa pengalaman dan ilmu selok belok memandu kenderaan yang sebenarnya..Maklumlah ibu sendiri pun tak tahu anak boleh memandu pada usia semuda itu.

Maka, tersuratlah kematian Allahyarham dalam Koperal Jenain menjalankan tugasnya yang padanya terdapat kecuaian.  Beliau tentu tidak sama sekali tahu dan menyangka bahawa yang memandu adalah 'anak' yang semuda itu, yang sedang 'jalan jalan makan angin jam tiga pagi".  Siapalah nak sangka pada jam sebegini ada orang nak makan angin sekitar Shah Alam.

Semoga Pihak Kerajaan simpati pada apa yang berlaku pada Koperal Jenain.  Kasihanilah isteri dan anak anaknya yang akan kehilangan tempat bergantung selama 5 tahun.  Mereka tidak berdosa dan tidak sepatutnya menderita kerana kecuaian ketua keluarga menjalankan tugasan mengawal keselamatan.

Pada semua Ibu bapa, kenalilah anak anak anda.  Janganlah terlalu dimanja dan dipuji.  Remaja zaman sekarang amat berbeza dengan masa kita muda muda dulu kerana persekitaran dan zaman telah berubah.  Sekarang zaman cyber yang serba canggih, zaman belajar buat kek dan memandu pun melalui internet, melalui u-tube.

Kita tidak mahu dan jika boleh dielakkan perkara seperti ini dari berlaku.  Kerana kecuaian kita mendidik anak-anak ramai pihak lain terlibat dan dengan tak secara langsung jiwa lain juga menderita dan sengsara.  Kita  boleh tunding jari pada SEMUA pihak lain terutamanya jika ada ahli politik mahu POLITIKan segala2nya.  Mereka tumpang sekaki atas masalah yang kita hadapi mengenai anak kita atau kuching kita.

Hakikatnya kitalah yang bersalah, kita CUAI secuai Koperal Jenain.  Cuai mengawal anak kita.  Cuai mengenali siapa sebenar anak kita.  CUAI dalam menerima takdir atas anak kita. Dan kita juga cuai mahu menerima kesalahan kita..  kita semua sama hanya insan biasa...

4 comments:

hisham said...

mak bapa jenih tau beranak jer..bagi makan dan pakai...tapi tak pandai mendidik anak cara betul..
akhirnya menyusahkan orang lain..
yang dah mati di masukan dalam tanah..jadi makanan ulat dan cacing..
tapi anak isteri anggota polis yang dipenjara nak makan apa?..
siapa yang nak bagi makan?.
dasar hidup menyusahkan orang..masa lahir tak mau mampos..dah besar menyusahkan orang.

1mazlin said...

Semoga semua anggota polis tidak mudah patah semangat dengan keputusan Mahkamah. dan semoga tabah kepada keluarga koperal janain

seri said...

jaga la anak elok2..jangan sampai menyusahkan orang lain..dah takdir dia nak mati cara macam tu tapi keluarga jangan nak salahkan orang lain pulak..terima je la dengan redha. tak payah le nak bising2 salahkan orang sedangkan kita sendiri pun ada salahnya.

mountdweller said...

Assamualaikum Puan

Saya setuju dengan pandangan yang mendalam puan ini

'Hakikatnya kitalah yang bersalah, kita CUAI secuai Koperal Jenain. Cuai mengawal anak kita. Cuai mengenali siapa sebenar anak kita. CUAI dalam menerima takdir atas anak kita. Dan kita juga cuai mahu menerima kesalahan kita.. kita semua sama hanya insan biasa...'

Hakikatnya kita semua tertakluk di dalam Kada' dan Kadar Allah!

Nampaknya ramai di kalangan kita yang 'menternak anak' bukan 'membela anak'.