Ustaz dan para pelajar ada hal Ahad ini? Ya, kami ada Majlis Tahlil, diminta oleh sebuah keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga mereka. Seorang budak baru berusia 10 tahun, kata mereka Arwah terkena Santau yang tersalah care of. Nak kenakan bapa tapi anak pula yang kena. Arwah yang tak berdosa ni muntah muntah darah dan selang beberapa hari meninggal dunia. Pihak hospital pun tak tahu apa nak buat sebab tak ada bersebab di boleh muntah darah sebanyak tu!!
AstagfirullahalAzim!!!! Apalah nak jadi pada bangsa Melayu ni. Bilalah nak berakhir dan bernoktah espisode hasad dengki dan bermain sihir menyihir yang jelas perbuatan yang syirik. satu dosa yang tidak diampuni Allah swt. Tidakkah mereka tahu bahawa mereka telah menggunakan khidmat Iblis dan Syaitan untuk membunuh seorang budak yang baru 10 tahun hidup di bumi ini?? Maka berkawanlah mereka dengan Iblis dan Syaitan ini seumur hidup kerana terhutang budi pada musuh insan nombor satu ini...
Kesian keluarga ini..semoga mereka tabah dengan kehilangan dan dugaan hebat ini...Simpati dan takziah dari blog ini...WaAllahuAlam.
Friday, 23 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum Ibu.
Takziah juga kepada keluarga yang ditimpa musibah itu. Orang Melayu biasa la Bu. Meniaga goreng pisang pun pakai bomoh. Wallahua'lam.
Post a Comment