Wednesday, 21 September 2011

Malaysikini di alam Bunian...PAS didalam buian..

Malaysiakini melaporkan beratus penyokong the one and only One Mat Sabu di Mahkamah Butterworth pagi tadi...manakala sahlah dari gambar gambar bloggers betapa tidaklah ramai yang datang memberi sokongan moral atau fulus pada Mat Sabu.

Blog ini tak kata Malaysiakini bohong.....mungkin pemberita mereka terlangkah ke alam bunian....jadi nampak macam ramai penyokong mungkin beribu-ribu yang dilihat dari mata kasar mereka, datang ke mahkamah, sama-sama buang masa, tenaga dan wang tol serta duit petrol semata mata kerana 'mulut celupar' bos mereka.

Buang masa mahkamah, buang masa Hakim, buang masa Polis, buang masa semua penyokong dan rakyat Malaysia dua tiga minggu ini.  Elok jangan dilayan je...

Pemimpin patut pimpin rakyat bukan menggembar gemburkan keadaan, menyusahkan orang ramai dan last but not least...tabung tabung masing masing berjalan...jalan tetap jalan.,..Kesian penyokong PAS.  Sokong salah tak sokong pun salah.  Tapi dok nak sangat dalam "PARTI   ISLAM" terpaksalah tebalkan muka ke mahkamah, kempiskan sikit wallet masing masing.

Ya lah yang lain tak Islam hanya PAS.  Entahlah, begitu ramai orang yang tak dalam parti PAS.  Berjuta akan mengerjakan Ibadat Haji tak lama lagi...bagaimana agaknya ya...Yang UMNO memanglah PAS dah cap tak Islamik, tapi bagaimana pula dengan berjuta-juta  lain yang tak tahu pun PAS wujud di muka bumi ini............

Kesian PAS, one more point down..

0 comments: