Tuesday, 13 September 2011

Kita SEMUA ditipu MASA..

Malam tadi di Berita Awani Astro, Tuan Guru tersohor, one and only Nik Aziz Nik Mat memberitahu pemberita bahawa beliau menyerahkan bulat bulat part Parti untuk membuat keputusan sama ada mahu beliau bertanding atau tidak pada PRU 13 ini.  Ini bukan fitnah tapi tuan diri sendiri yang menjawab soalan pemberita, live on tv.  Kata Nik Aziz, soal usia 85 tahun tidak menjadi penghalang untuk dia bertanding lagi JIKA ini adalah kehendak parti keramatnya, PAS.

Blog ini tidak ingin langsung hendak sentuh mengenai apa apa pun yang akan diputuskan oleh PAS.  Tapi apa yang hendak direnungkan buat diri sendiri adalah betapa kita manusia biasa ini selalu ditipu oleh masa.  Patutlah dalam Al-Qur'an pun ditekankan betapa pentingnya masa dan bertapa ruginya kita yang lalai memanafaatkan masa yang diperuntukkan bagi setiap kita.

Kita selalu lupa kita semakin tua.  Inilah hakikatnya.  Kita rasa kita boleh buat segalanya pada hal hakikatnya adalah sebaliknya.  Kita juga selalu rasa kita masih banyak masa.  Kesilapan kita juga adalah bila kita lihat orang lain keliling kita tua dan kita perasaan mereka sahaja tua, pada hal tidak kita.

Raya setahun sekali kadang kadang kita terkejut lihat anak anak buah dan anak anak mereka pun dah dewasa!!!  Rupanya bukan mereka yang dewasa, kita yang dah tua!

Bertuahlah mereka yang dikurnianya banyak masa.  Banyak masa untuk memikirkan kebesaran Illahi dan berIbadat sebaik mungkin jika masih sihat tubuh badan.  Banyak dimanafaatkan masa untuk kebaikan keluarga, jiran, sahabat handai dan jika ada kuasa dan pengaruh dapat berbakti pada bangsa, agama dan negara.

Hargailah masa yang diperuntukkan pada kita..buatlah kebaikan sebanyakkanya..pastikan kita akan dikenang kerana kebaikan dan bukan sebaliknya..

5 comments:

Anak Lenggong said...

Sebenarnya ini adalah taktik dia nak bawa jawatan tu sehingga lubung kubur..pabila dia menyerahkan keputusan ditangan parti..ini akan membuatkan orang didalam parti akan segan silu untuk menyuruh dia berhenti..kalau betul dia tu jujur..dia raus tau keadaan dirinya yang sudah tak mampu menggalas tugas..dan seharusnya dia berpaling kembali ke belakang linatkan apa yang telah dia lakukan sebelum ini untuk agama bangsa dan negeri yang dipimpinnya selama >20 tahun..tarakkkk...malah makin teruk adalahh..

PRP said...

Muka dia dah tak macam ulamak tp setan yang mulut mmg busuk!

ayohpeng said...

sdri jurublog

what is the message you intend to convey? the fact that we are getting older is not in dispute. fact that time is relative i.e. we are getting older vis-a-vis others around us. With regard to the person you imply; even if the party decrees for him to contest, and even in his strongest desire to cling to power (as some here seems convinced) it is the voters that ultimately decide if he is 'senile', 'power hungry', 'deceitful', 'lucifer' and wot have ya.

United Melayu No Otak(UMNO) said...

Allo PRP... Suka-suka kau je nak cakap mcm tu ye!? Apa muka kau tu cantik sangat ke,mulut kau tu manis wangi sangat???

pokpoktutu said...

cuba2lah kau org komen gnakn akal yg waras agr org yg mmbaca akn tertarik kpd kau.