Wednesday, 27 July 2011

Syukur kita tidak KURANG AJAR macam mereka

Setakat Bersyhadah sahaja bukanlah menifestasi keIMANAN seseorang yang mengaku sebagai umat Islam.  Orang Melayu amat sensitif bab Islam ini.  Pantang mereka kalau dikatakan kurang Islamik.  Malah zaman sekarang ini macam semacam ada riak pula bila masing masing menggelar diri masing masing Ustaz dan Ustazah sebab pakaian yang amat hebat menampilkan bertapa 'kuatnya Islam' mereka.  Malah ini pulalah LESEN untuk memburuk-burukkan sesama Islam atau lebih hebat lagi bila berkawan dengan bukan Islam baik sampai nak masuk dalam kain masing masing.  Tapi sesama Islam dihina, dicerca, dimaki hamun dan langsung tidak dihargai.

Waliyazubillah, tidak ada antara kita yang KEBAL dari dosa.  Malaikat kiri kanan kita tak pernah rehat walau sesaat penafasan kita. Diakhirat besok CCTV kita lebih canggih, malah mulut, telinga, kaki tangan kita sendiri akan menjawab segala apa yang kita telah lakukan apatah lagi bila dosa dengan orang lain.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan jika setakat pandai blogging menaibkan pemimpin negara sendiri, sesama Islam.  Janganlah sibuk dan heboh memburukkan DS Rosmah.  Jaga sahajalah isteri dan anak anak dara dan adik serta anak saudara perempuan sendiri. DS Rosmah tidak pernah mengata sesiapa malah jauh untuk menghina dan mengaibkan orang lain.  Dia juga tidak pernah berhutang sesen pun pada bloggers yang kononnya bijak sangat membuat gambaran sebegini semata mata untuk 'political mileage' murahan.

Mahu tak mahu tak boleh dinafikan DS Najib bekerja keras untuk Malaysia.  Bukan senang menjadi pemimpin.  Kalaulah semoa orang tahu bebanan yang ditanggung menjadi pemimpin serta tanggungjawab yang terpaksa dipikul mungkin tak ramai yang terebut rebut nak jadi pemimpin.  Pada para pembangkang eloklah cari MODAL lain selain Fitnah.  Fikir2kan jugalah KESAN perbuatan sebegini.  Jangan diajar anak anak muda kurang ajar, sebab kelak mereka juga akan kurang ajar pada kamu semua.  Tunggu sahajalah giliran anda dikurang ajarkan oleh anak didik awak sendiri...

1 comments:

Wan Suhail said...

betul tu

cuma sy lebih sukakan Tun Siti Hasmah berbanding DS Rosmah