Terima Kasih kepada anda semua yang telah memberi diri ini nasihat-nasihat, kata-kata perangsang, peringatan, petua, pandangan, ajaran atas apa reaksi yang harus atau patut dibuat berikut dengan perkembangan terakhir mengenai keluarga kami sekarang ini.
Segala teguran anda amat amat dihargai. Memang benar apa yang diperkatakan, sepatah dua kata ketika kita dalam keadaan yang memerlukan amat bererti dan bermakna. Semua teguran, pandangan dan pesanan terutama seperti yang disarankan oleh Tuan Mountdweller, InsyaAllah sedang dipraktikkan. Dan pada Cerpana, Mak Cik akan ingat apa yang kamu tulis bahawa segalanya adalah urusan yang telah ditentukan Illahi. Cuma kita terus berdoa untuk yang terbaik.
Begitu juga kepada kamu kamu semua Che Eduardo, azmi yusof, Cheguman, umno rambai sari, mogen ali rico -InsyaAllah Mak Cik akan permudahkan urusan jika Mak Cik yakin pemuda ini Ikhlas dalam niatnya begitu juga anak gadis Mak Cik dengan petunjuk dan hidayah dariNYA, c.h.e. dayat, uxop, al-bima sakti, faizal riduan, anakmalaysia, utopia, muhamad azli shukri dan man-helang...........TQ all..........your words and concern bring comfort to me.
I am sorry that at this time when everyone and the whole country is up and about with the Pemilihan Calon UMNO, I got to bother you all with my very own Calon Menantu...
Thank you Che,
Shukran...to the rest..waBarakaAllah fi kum.
Wednesday, 15 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

12 comments:
Biorla mereka makcik...
Yang penting sekarang makcik sedang upaya makcik membuat pilihan untuk kebahagian puteri makcik...
Semoga ianya yang terbaik..
p/s: Aisyeh...lambat sikit la ni, kalau tak, daddy tengah menulis komen untuk mak mentua sekarang ni...hehehe gurau jer makcik!
Alhamdulilah Puan. Semoga Puan, Anak Puan dan Keluarga diberkati. Insya Allah.
Saya doakan mereka akan bahagia dengan restu Nya dan ibu bapa.
Pemilihan UMNO tiga tahun sekali; pilihan menantu seumur hidup sekali makcik.. Makcik take your time.
Makcik kalau boleh saya nak minta email address; nanti boleh bertanya nasihat makcik. Ada perkara yang malu nak tulis kat blog.. Email address saya: cheeduardo@yahoo.com
Che
sama sama kasih makcik...
Mak Cik ( dah semua orang panggil macam tu, saya yang tua ni pun panggil Mak Cik)
Ini Pak Cik nak cakap.
Sekarang ni bukan zaman kita lagi. Zaman kita dah berlalu. Dulu orang tua pilih untuk kita. Kita bukan kenal pun yang nak duduk sebilik dengan kita tu.
Kita tak payah risau, mereka dah besar. Ilmu dah cukup kita bagi. Didikan agama dah banyak diajar. Mereka tahu baik dan buruk.
Cuma kita tolong doakan dan merestui. Itu yang utama.
Okey ya Mak Cik!
Askum Makcik... Syukur n tahniah buat makcik, smoga jodoh mereka berpanjangan AMIN...
Mmm... Anak makcik baru 24 dah dilamar, sy yg nak masuk 2o lebih ni pun lum berpunya lg... Mgkn blum sampai maanya kot hehe...
Salam untuk puan,
Sekiranya puan ingin tahu lebih lanjut tentang rimau, sila ke blog saya. ada posting baru tentang rimau
Salam ibu, setuju dengan che eduardo punya pendapat... pemilihan UMNO tiga tahun sekali, tetapi pemilihan menantu ni yang akan menentukan hidup keluarga ibu... hehe.. apapun saya sentiasa doakan agar semuanya berjalan lancar buat ibu...
Cumanya, sekarang nie, ada orang yg tak bertanggungjawab dok kacau blog saudara azli dan sekarang dah start nak kacau blog saya pula...
apapun sama-sama kasih saya ucapkan... segala pendapat adalah ikhlas demi kebaikan semua...
salam dari anak angkat cyber,
Hidayat Rashid.
erm baru saya sedar entry Mak Cik tempoh hari tentang cinta pandang pertama rupanya adalah mengenai anak Mak Cik sendiri. Maaf ikhlasnya saya ingatkan Mak Cik sekadar mendunga pandangan kami anak muda tentang cinta pandang pertama.
Erm mengapa Mak Cik tidak beritahu awal ada anak gadis eheheeh. Jika tidak alamat pemuda itu tidak akan dapat 'direct nego' sebaliknya terpaksa melalui 'open tender' kerana di sini terdapat beberapa 'single buyer' eheheeh.
Sekadar jenaka sahaja. Mak Cik pulangkan kepada anak Mak Cik untuk membuat keputusan cuma disyorkan mengambil masa untuk mengenal hati budi dan timbang tara kerana soal jodoh bukan soal kenal sehari dua. Soal jodoh adalah soal untuk hidup bersama jika boleh abadi selamanya.
Soal jodoh beerti soal kehidupan dalam fasa ke-dua, fasa berkeluarga. Bukan soal kasih mesra seorang bakal suami dan isteri tetapi juga soal integarsi dua keluarga, dua kehidupan, dia identiti dan segala dari dua dimensi yang biasanya berbeza. Tetapi dalam perbezaan carilah persemaan dan keserasian, insyallah!
Assalamualaikum warahmatullah makcik yang saya kasehi,
Sedih rasanya dihati saya kerana ketersibukkan saya menghalang saya menyampaikan sesuatu kepada makcik 'Demi Masa'.
Ketersibukkan saya kali sungguh menewaskan saya untuk berbicara dengan makcik.
Peralihan kepada perkara-perkara SEGERA membataskan saya yang sebenarnya walau hanya sempat membaca 'link' anak kesayangan makcik yang akan bakal diijabkabulkan.
Tewas saya berbicara atas urusan 'komplen' daripada 'public' pengguna-pengguna jalan raya di musim raya. :( Sedih...
Makcik, 'As-maul Husna'!!!...
Allah, Rabb yang Maha Besar, Allah lah yang Maha Bijaksana... Saya rasa bumi kita ini sudahpun digenangi dengan air mata kemenangan dengan meninggikan dan mengagungkan 'Asma ul Husna. Masing-masing kehidupan semuanya memulakan dengan memuji nama Tuhan yang Maha Mencipta Segala.
Alhamdulillah, doa dan pengharapan yang tidak putus-putus saya pohonkan dan ingatan saya kepada makcik yang tak pernah lupus dari 'frekuansi' saya. Saya rasa mesej saya dan rakan2 yg lain InsyaAllah sampai melalui berbagai2 cara yang Maha Merencana tentukan. Saya diterjemahkan lagi tentang 'Frekuensi' kemanusiaan :) Terus saya praktikkan.
Makcik, (Yg tak sempat hari tu nak tulis :))
'Soal jodoh, Soal Qada & Qadar itu sudah direncanakan oleh Allah yg maha pengasih lagi Maha Penyayang'.
Sungguh mudah untuk difahami bagi yang memahami.
Allahuakbar, terleka saya. Mohon ampun dan maaf kepada makcik mana mungkin saya bisa melewati kefahaman makcik yang lebih mendalami dengan Tafsir Al Misbah Tuan Guru M.Quraish Shihab, maafkan saya. Cuma bertujuan untuk re-fresh
Makcik, seperkara tentang sebelum Aqad Nikah yang saya dulunya dipesan-pesankan;
Demi Masa,
Ceritakanlah kepada mereka tentang
Iblis Laknatullah, atau 'Devil of lucifer'
Ceritakanlah kepada mereka tentang:
1.Tsabr,
2.A'war,
3.Miswath,
4.Dasim,
5.Zaknabur
6.Khanzab &
7.Walhan
Syaithon-Syaithon yang direjam. [ Ruj. biasa yg tercepat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaitan ]
dan Demi Masa, Ulangi cerita tentang Syaithon yang ke.4 iatu Dasim, yang meniupkan api fitnah jahannam dan sedaya upaya mahunya bagi menjahanamkan Masjid yang bakal dibina oleh anak makcik dan bakal menantu.
(Nanti kita bicara lagi Soal penjahanam ini - Dasim, ada disekeliling masjid (rumah) semasa majlis aqad-pernikahan, dia juga berjuang hingga ke akhirnya)
Makcik,
Demi masa, cerita-cerita seperti yg diatas telah dipesankan-pesankan kepada saya dari yang terdahulu tentang soal ini setelah saya membuat keputusan untuk berumahtangga suatu waktu dulu :)
,
dan kini, saya pula sampaikan kepada makcik sekali lagi (tujuan-refresh),
Saya juga mendokan kebahagian mereka berdua dan juga kebahagiaan makcik sekeluarga, insyaAllah :)
Makcik,
Untuk akhirnya,
Nabi Muhammad Rasullullah Saww pernah menceritakan tentang "syaithon yg menangis" melalui Sabda Baginda:
"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"
(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
Makcik, Alhamdulillah, Hari ini hari Jum'aat lagi, Isyaallah, saya berdoa agar makcik dapat rezeki hari Jum'aat. :)
Hari Jum'aat hari kita melaksanakan kewajipan Jum'aat.
Shahifah Sajjadiyyah ,
Gita Suci Keluarga Nabi,
Doa Hari Jumaat, Hal 216.
Salam hormat dan 'Tahniah!' buat makcik yang saya kasehi walau tidak pernah bersua muka.
:)
ZUL RAHMAN
Salam Makcik,
saya pun kenal suami tak lama, kenal pulak dalam internet, suami berusia 50 tahun dan saya 27 tahun, kenal selama 2 minggu, suami dah nak jumpa mak abah, mula saya takut juga sebab usia suami jauh benar bezanya, takut mak abah tak restu. Suami duda anak 3, ALHAMDULILAH makcik sekarang kami dah setahun menempuh alam perkahwinan, betunang tak sampai sebulan..
Yang penting adalah RESTU MAK ABAH serta doa dari kedua orang tua adalah satu rahmat yang tidak terhingga, INSYALLAH semuanya akan dilindungi...saya sentiasa doakan makcik agar menemui jawapan yang makcik cari...
Post a Comment