Satu dunia tahu bahawa Sang Suami pernah ada 'affair' dengan seorang perempuan dari Negara yang nun entah di mana. Nama Negaranya sahaja gah disebut tapi malas orang nak ikut. Kalau yang pergi pun agaknya yang terpaksa kot. Si Isteri terpaksa berpisah bertahun dengan suami tercinta kerana tindakan undang undang Negara. Bicara dan bicara dan bicara. Penat, turun naik mahkamah, tetapi isteri yang setia, tetap bersama.
Aduh! Setia memang setia, tapi Hati isteri mana yang tidak akan luka. Pengakuan berbisa Sang Suami. Terpaksa. Memang semua mereka macam tu. Biar apa berlaku, rahsia tetap tak mahu sesiapa pun tahu. Dia tak tahu yang Tuhan tahu! Tapi kerana berada dalam 'kandang' secara terhormat dan menyoalnya pula adalah Yang Arif, maka terpaksa juga pecah Aib yang satu dunia akan baca........
Apakah ada makna akan kebebasan suami dari penjara?
Apakah ini balasan tuhan? Banyak soalan yang bermain di minda. Kita sama sama ambil iktibar. Sudah tentu sesuatu yang didedahkan itu, Allah swt mahu kita mempelajarinya dan menggelakkan sedaya boleh dari membuat silap yang sama.
Orang lelaki ada satu pantang. Ini adalah yang mereka mereka yang dinamakan lelaki tidak boleh ada berlebihan sikit. Duit. Kalau berlebihan banyak, lagilah punah. Mereka akan berubah bila banyak duit. Mula lupa bahawa dulu masa mula mula kahwin, sama sama sepak kertas dengan si isteri. Terlalu banyak kes klasik. Apa nak buat, hidup rumah tangga itu satu perkongsian yang bersaksikan Allah swt. Allah swt sesuatu yang Ghaib yang hanya ada dihati dan minda yang mencintainya!!
Tapi bila wang yang lebih dicintainya yang bertakhta dihatinya, terbitlah Cerita cerita duka nestapa, cerita keluarga-keluarga yang merana, yang dilupa, orang lain dibela dipuja di taja.
Serba salahkan?
Friday, 31 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

11 comments:
Lelaki memang sebegitu Ibu. Dilahirkan untuk menjaga wanita. Syurga wanita bukan di dunia, tapi di akhirat. Syurga lelaki...ada di mana-mana kot?
Salam Puan,
Memang "hubuddunia" akan memusnahkan segalanya. Orang lelaki memang mudah punah dengan harta/duit. Dan bagi perempuan pula tidaklah seteruk laki-laki. "sugar mummylah" entah apa-apa. Paling tidak perempuan dengan hiasannya yang mahal untuk menunjuk-nunjuk.. Jadi duitlah yang menjadi setan zahir membawa manusia ke neraka kalau salah caranya.
Agak panjang kalau nak dibincangkan. Serba salah pun ada. Kita dengar dulu apa kata para sahabat.
Makcik,
Hantaran looks beautiful.. Why brown coulour may I ask?
Che
Dear Che,
OOOOOOO, this is NOT our hantaran. Just a picture from someones function, thats all.
Sorry...
Suami Jahat + Isteri Baik = Dilema kepada isteri.
Isteri Jahat + Suami Baik = Dilema pada suami.
Hakikat perempuan yang melahirkan anak (perempuan atau lelaki). Tetapi Perempuan memerlukan Lelaki untuk melahirkan seorang 'anak'.
Syurga isteri terletak di bawah kaki suami. Dan syurga suami pula terletak dibawah kaki ibu.
Apapun....saya sayangkan 'Mak' saya da 'IBU-IBU' di dunia. Harap2 dapat jumpa perempuan BAIK...AMINNNN
Orang hanya bincang suami je jahat dari prspektif ada perempuan lain. Kenapa tak bincang isteri jahat bukan dari prespektif ada jantan lain
Makcik,
Wajarkah melihat nilai seorang lelaki dari sudut wanita dan melihat nilai seorang wanita dari sudut lelaki?
Lebih parah lagi jika lelaki mengharapkan wanita berperasaan seperti lelaki dan wanita mengharapkan lelaki beerperasaan seperti wanita.
Lelaki dan wanita perlu berdiri berhadapan dan melihat antara satu sama lain dengan hairan sambil berkata: "Ah! betapa berbezanya kita. Dan itulah yg membuatkan aku terus kagum pada mu sejak dulu, kini dan selamanya."
Assalamualaikum Makcik,
Amat celaka lah lelaki yg menindas prempuan yg lemah tk kira lah sbb duit dsb..Allah menjadikan lelaki(suami) kuat utk melindungi yg lemah(isteri & anak2)..Rentetan dunia moden menghamburkan duit sbg raja mmg menghakis ksih sayang,nilai iman dan akhlak manusia
Post a Comment