Akhirnya Penantian terjawab juga dan Pak Lah akan berundur InsyaAllah. Mac 2008, Malaysia bakal mendapat Perdana Menteri yang baru. Siapa?? Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Entah mengapa hati ini sedih juga. Mungkin kerana seakan terasa pada peralihan masa. Peralihan kuasa yang menunjukkan peralihan masa, milestone kita bertambah. Ya, Masa yang berjalan terus tanpa menunggu sesiapa. Setiap detik dan saat yang penuh dengan perubahan perubahan.
Buya Hamka pernah berkata "...bahawa tiada apa yang kekal dalam hidup kita ini, ...benar hujan turun dengan lebat tetapi akan berhenti juga, matahari terik.......... akan mendung juga, hari ini suka esok duka, Allah swt yang Esa saja yang kekal dan dalam hidup kita ....hanya perubahan itu kekal. Segalanya akan berubah mengikut aturan dari yang Azali.
Orang Melayu juga telah banyak berubah. Telah dikatakan tadi, mereka sekarang bijak dan Pandai. Dalam blog sebelum ini seorang yang Profile tidak boleh kita access dengan menamakan dirinya HADI telah memanggil Pak Lah sebagai Pak Bodohlah...Betapa kurang ajar!! Kalau anak aku, jamin kena penampar sebiji.
Bagi aku, tidak wajar menamakan seorang tua dari kita begitu. Pak Lah dan isteri baru memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sempena AidilFitri yang kita semua masih di bulan Syawall. Tetapi si HADI ini entah apa dosa Pak Lah padanya hendak melebelkan Pak Lah, pemimpin Negara dia sendiri dengan panggilan sedemikian. Tak pasal pasal cari dosa dengan Pak Lah.
Bagus jugalah Pak Lah menggundurkan diri dari Politik Melayu. Kurang sikit dosa mendengar dan membaca segala cacian, makian dan kritikan tidak membina dari Orang Melayu sendiri terhadap Pak Lah dan keluarganya.
Pada Pak Lah, Terima Kasih atas apa juga yang telah Pak Lah usahakan bagi kami terutamanya pada mereka yang di sektor Pertanian. Maaf Zahir Batin, sekali lagi.


11 comments:
Saya kecewa tatapi itu hak mutlak Pak Lah yang perlu dihormati dan diterima.
apa pun kita doakan supaya ,Malaysia dan rakyatnya akan selamat walau siapa pun pemimpin yang diberikan keizinan Allah.
Tetiba jadi sebak la pulak...apa-apa pun terima kasih banyak pada dia, macam mana meluat pun orang kat dia...dia tetap dalam lipatan sejarah negara kita!
makcik,
semoga dengan pengguduran PM kita akan ada anjakan baru yg lebih baik...sama-sama kita berdoa...
salam makcik..
takpelah makcik..dah ramai tak suka..nak buat macamana..tu lah kadang saya termenung..selama ini butakah mata dan hati ini kerana menyukai pak lah..?dan celik benarkah mereka yang mencaci, mengeji dan mencerca pak lah?itulah realiti politik negara ini..yang baik dihina..yang jahat dipuji malah didewa dewakan...kalau saya pak lah, saya tinggalkan terus dunia politik yang kotor ni..dok besama keluarga lagi bagus...
Salam.
Teringat pulak satu ketika dulu ada seorang pemimpin terkenal mengatakan badwi di arab menjaga unta tapi badwi di malaysia menjaga BABI. Namun jodoh ajal kuasa Allah.Pemimpin itu meninggal dunia dan takdirnya pula org yg dipanggilnya badwi sipenjaga babi itu pula yg mengarahkan mayatnya diterbangkan dengan pesawat kerajaan ke negeri kelahirannya. Begitulah hidup kita ni, kecil dan berpusing2...
:-(
sedih..
Demang terima dgn dada terbuka namun terasa sebak. Jika itulah kehendak majoriti pemimpin, kita terima lah dan Demang akan membantu mana yang mampu. Tapi, tolong jangan ulangi bahawa itu adalah keputusan akar umbi... Demang benci mendengarnya. Ibu bapa dan mertua serta pak-mak sedara Demang tak pernah ditanya pendapat mereka. Ye la... mereka tak ada SPM...
Tapi, masa masih panjang dan tiada yg mustahil. Andalusia gah selama lebih 700 tahun. Melaka terbilang selama 110 tahun. Malaysia kini berusia 51 tahun.
Apa pun, kita akan pertahankan negara ini sama-sama dan kalau boleh biarlah biduk lalu kiambang bertaut.
Satu lagi soalan cepumas: "tak teringin ke DSAI menurut jejak keperwiraan Tun Tuah dan Paklah? Sampai bila nak perjudikan nasib negara dgn menuruti tingkah Jebat?
ASSALAMUALAIKUM MAKCIK,
alhamdulillah. Akhirnya penantian terjawab jua.
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Akhirnya!
Nanti kita lihat dan dengar, sejarah tidak pernah menipu bahawa apabila seseorang itu sudah tiada, namanya disebut-sebut sebagai pejuang. Tunku Abd Rahman dulu apa orang tak kata padanya, tapi sekarang beliau di sanjung tinggi. Begitu juga dengan Dato' Onn yang meninggalkan UMNO.
Adat manusia akan dinista semasa hidup dan apabila telah pergi meninggalkan kita, walau sedikit manapun jasanya ia tetap dikenang.
Begitu berbudinya manusia bernama Melayu.
Yang Penting Melayu menjadi tunggak pemerintahan Malaysia. Jangan sesekali kuasa politik ini diserah dan dipegang oleh bangsa lain. Bangsa lain hendaklah mengakui akan Ketuanan Melayu dan jangan diungkit-ungkit akan ini lagi.
Post a Comment