Petang semalam, seperti biasa bila ada masa Mak Cik pergi ke blog blog rakan bloggers. Mula mula ke blog Azmi Yusof yang memaparkan gambar menarik seorang pemuda menyelamatkan itik itknya dalam raga ketika banjir. Ya, itik pun takut air, sebab dah banyak sangat air, lebih dari keperluan mereka, macam kita juga.
Lepas itu, Mak Cik memanglah kalau boleh tak miss blog Tuan Mountdweller kita. Ya, terlalu banyak rahsia telah Mak Cik pelajari tentang satu lagi Alam, Alam rimba. Beliau beri tip tip berharga kalau kita semua hendak masuk hutan.
Lepas itu Mak Cik ke blog anakmalaysia, uxop pasal saka, blog Che, Kulat dan lain lain Mak Cik dah baca pada pagi harinya. Bila nak ke blog Harimau tiba tiba ada problem, tak boleh ke sana..ada kesilapan teknikal agaknya. Dah lama Mak Cik tak jengkok blog dia. Blog dia tentu pasal perkembangan politik terkini. WaAllahuAlam.
Malam tadi Mak Cik terjaga jam 2 pagi tepat. Ini peluang yang tuhan bagi, wuduk, tahjud, taubat dan zikir apa yang patut sehinggalah terlalu mengantuk semula, tak tahu jam berapa tertidur balik.
Mak Cik nampak, seekor harimau, besar dan jelas belang belang di badannya, dia bergaduh dengan seekor buaya dalam air yang cetek. Si buaya tidak takut pada Harimau. Mak Cik perhati sahaja dari jauh..takut rasanya, kecut perut bila berada dalam hutan seorang diri menyaksikan pula pergaduhan hebat Sang Belang dengan Sang Buaya...
Tiba-tiba Mak Cik terjaga...dah Subuh pun. Nasib baik ianya mimpi sahaja, bukan betul betul. Kalau betul betul dalam hutan macam dalam mimpi, memang nahas. Agaknya mimpi Mak Cik ada kaitan dengan blog blog yang dibaca..Air dari blog Azmi, dalam hutan dari blog Mountdweller, Harimau..harimaulah tapi buaya tak ada pula dari blog siapa siapa..kawan kawan kata mimpi Harimau itu adalah s a k a......
Friday, 31 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam Makcik...
Ini Harimau Menaip kena jawab nie...
sampai terbawak-bawak dalam mimpi nih..
Mana si Typing Tiger ni.. Masuk mimpi orang pulak...
Che: Makcik, mungkin makcik teringat sangat si Tiger dalm subconscious mind..
Assalamualaikum..
Saya tak suka bergaduh sebab sudah pasti saya akan kalah.
Saya tak suka menyakiti kerana saya amat mudah untuk disakiti..
Che,
Harimau itu ramai...mungkin Harimau UMNO? Siapa tahu kan.
Terima kasih Ibu dan rakan-rakan...kerana mengingatkan.(mendalam maksud Ibu tu)
A'kum Puan,
Jangan risau, mimpi harimau bukannya berkenaan saka tetapi kalau mengikut arwah guru saya itu bermakna amalan yang kita istiqamah sudah afdal/khatam. Pertarungan itu bermakna memberikan ilham kepada kita berkenaan guna pakai amalan tadi untuk menentang keburukan yang dikaitkan dengan buaya.
Puan jangan risau, teruskan dengan apa yang puan istiqamahkan sekarang. Jangan tinggal atau abaikan segala amalan itu.
Wallahu aklam.
Mujur mimpi rimau... kalau mimpi ular? mountdweller boleh tolong tafsirkan?
salam makcik..
mgkin lepas ni akan ada blog buaya menaip kot...
Sdr.ku Demang,
Kalau yang mimpi tu perempuan akan yang budiman datang meminang tetapi kalau lelaki yang mimpi maka sah akan kena belit dengan ular yang matanya berkelip!
Mimpi hanyalah pemainan tidur. Jangan percayakan mimpi kerana hanya mimpi Nabi Yusuf sahaja yang betul.
Lain kali basuh kaki sebelum tidur.
madisyak,
Itulah pesan Ibu Melayu angkat sewaktu mula-mula saya membaca blog beliau ( basuh paws dulu).
Tuan Mountdweller,
Tuan memang oldtimer. Sungguh hebat.
Salam makcik,
lama tak jenguk blog n blog makcik
smpai termimpi mimpi yer makcik...
brkenaan mmpi ad tiga jenis mimpi yg tidak boleh diramal atau dfirasatkan
1. mimpi hasil dari apa yang di angan-angankan pada siang hari
2. mimpi semasa dlm menanggung hadas
3. mimpi raja2,menteri2 atau pegawai yg zalim
dan mimpi yang boleh ditakbirkan ialah takala hendak tidur mngambil air smbhyang mmbaca surah dan berselawat.
kalau diikutkn firasatnya
bermimpi buaya alamatnya dikhianati oleh seteru atau musuh
bermimpi melihat harimau mendapat harta yang kurang elok atau tidak baik..
walauapa pun itu adalah trpulang pd keadaan nya..
jika seseorang itu mendapat takbir mimpinya tidak baik akan brlaku keburukan kpdnya maka hendaklah segera bermohon kpd tuhan mudah-mudahan perkara itu tidak berlaku.
ape pun didoakan semoga makcik berada dlm keadaan yg selamat didunia dn diakhirat.
tapi ada firasat lain kalau bercampur keadaanya.
WALLAHU AKLAM
Assalamualaikum Makcik,
Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui lg Maha Brkuasa..
Adapun saka harimau ini mmg wujud sbb Arwah Nenek sy ada bercerita ms muda2 dulu dia berulang alik utk mengji agama sering terserempak dgn jadian itu.
Begitu juga ada sorang Alim (bukan pelihra saka) menyeberangi sungai dgn berdiri diatas belakang buaya putih utk keseberang..
Namun semua itu tidk mgkin berlaku dlm mimpi kita..Allah swt lebih mengetahui yg sebenarnya
Post a Comment