Wednesday, 8 October 2008

Menunggu Menanti Mengharap

Pagi ini rata-rata rakyat Malaysia sedang menunggu. Semua orang tahu apa yang dimaksudkan dengan menunggu dan semua orang juga tahu apa yang ditunggu. Apa lagi lagi kalau tidak menunggu berita tentang PM Malaysialah....will he or will he not???????

Adakah sehingga ini, (baru sebentar tadi Azan zohor dari Jam Azan), Pak Lah akan mempertahanan Jawatan nombor satu UMNO atau akan menarik diri terus. Pengumuman inilah yang semua orang tunggu tunggu nanti nanti. Will he or will he not???

Dan sementara menunggu dan menanti mestilah banyak spekulasi seperti yang dijangkakan. Macam macam teori akan keluar. Macam macam andaian, macam macam spekulasi. Macam macam pendapat. Alhamdulillah, syukur kita kerana orang Melayu di zaman canggih dan celik IT ini bijak bijak dan pandai pandai belaka. Orang Melayu sekarang tidak takut lagi beri pendapat masing masing. Orang Melayu sekarang berani betul bila menekan key board masing masing.

Diri ini pun menunggu dan menanti...tunggu dan nanti nak baca komen komen bloggers. Walau apa pun keputusan Pak Lah dan walau siapa pun yang akan bertanding atau tidak bertanding nanti, pasti ramai masih juga tidak puas hati..banyak yang akan dikomen. Elok juga mereka komen, itu tanda mereka masih ada bibit bibit peduli pada UMNO. Minat nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan mengharap kepada yang terbaik buat negara mereka.
Posted by Picasa

5 comments:

hafiz said...

salam kunjung sis! paklah turun atau kekalkan jawatan... najib jadi pm atau muhyidin dapat kuasa... hahaha umno sebenarnya ketandusan pimpinan. dengan meneruskan legasi penjajah bertopengkan melayu...huh amat memalukan. Ya. sis ketahuilah bahwa umno tiada lagi dihatiku...hahah percaturan politik elit mereka, ya. amat membahayakan negara.

mountdweller said...

Saya doa dan berharap Pak Lah tidak akan berundur sehingga UMNO dan Malaysia menemui pemimpin lain yang berkarisma tetapi bukannya Najib.

Najib yang sudah terpalit dengan banyak scandal dan boleh dikatakan buta agama tidak sepatutnya memimpin sebuah negara Islam yang dicontohi oleh negara-negara Islam lain.

Malaysia mesti diketuai oleh seorang individu yang berkarisma, bersih dan berwawasan.

Itulah harapan saya sebagai seorang rakyat marhaen yang impikan sebuah negara yang berdarjat dengan dilimpahi rahmat dari Allah subhanahuataala.

keris_warisan010 said...

Diharapkan peralihan kuasa berjalan dengan lancar, Najib akan membawa UMNO kepada zaman kegemilangan. Menjadikan Malaysia ini lebih aman dan damai.
Teruskan usaha menentang Anasir-anasir yang ingin melihat negara ini huru-hara. Menyatupadukan Umat Melayu dan menyedarkan pencacai-pencacai PR yang masih tak sedar diuntung dengan keamanan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taala.

Hadi said...

pak bodolah...

keris_warisan010 said...

Sentiasa bersyukur diatas keamanan dan rezeki yang telah dilimpahkan oleh Nya.