Topik hangat yang diperkatakan satu Malaysia sekarang tentulah berkisar tentang Pak Lah. Masih pada Pak Lah dan apa yang akan berlaku Mac 09 nanti, InsyaAllah. (Kalau masih diizinkan Illahi bernafas hingga Mac 09 nanti).
Seperti yang dijangkan dan yang tidak kita hairankan adalah berjuta pendapat mengenai apa yang telah dan tidak Pak Lah lakukan. Semua pakar pakar tak bertauliah dalam bidang bidang Kewangan, Pertanian, Ekonomi, Sains, IT, Undang-undang semuanya beri pendapat tak bernas masing masing. Tak minta pun.
Beginilah kita Insan yang dijadikan Illahi. Suka sangat mengata orang lain. Senang nampak kesealahan orang lain. Tak boleh salah sikit. Masing masing mengaku rida akan ketentuan Illahi, tapi bila Allah swt takdirkan Pak Lah sebagai PM semua macam tak rida. Ada sahaja yang tak kena dengan orang tua tu. Sikit sangat yang nampak kebaikan dia. Habis anak menantu dan cucu dia pun kena. Pak Lah sayang menantu pun dia orang tak suka. Habis nak suruh keluarga dia porak peranda? Suka tengok dia bertekak dengan anak menantu dikhalayak ramai???
Mungkin baik juga kita kenali diri kita sendiri. Hanya dengan mengenali diri kita, kita akan dapat perbaiki kelemahan pada diri kita sendiri sebelum kita mahu membetulkan diri orang lain.
Menurut Professor Dr. M. Quraish Shihab dalam TAFSIR AL-MISBAH., Juz 'Amma, Vol 15, ms. 396, Surah Al-Alaq (96) Ayat 2. "Yang telah menciptakan manusia dari 'Alaq". Dia adalah Tuahn yang telah menciptakan semua manusia -kecuali Adam dan Hawwa - dari 'Alaq' segumpal darah atau sesuatu yang bergantung di dinding rahim.
Kata al Insan/manusia terambil dari akar kata uns/senang, jinak dan harmonis atau dari kata nis-y yang bererti Lupa. Pada juga yang berpendapat berasal dari kata nuns yakni gerak atau dinamika.
Makna-makna di atas paling tidak memberikan gambaran sepintas tentang potensi atau sifat makhluk tersebut yakni bahawa ia memilik sifat lupa dan kemampuan bergerak yang melahirkan dinamika. Ia jauga adalah makluk yang selalu atau sewajarnya melahirkan rasa senang, harmonis dan kebahagian keapda pihak-pihak lain.
Kata Insan menggambarkan manusia dengan berbagai keragamana sifatnya. Kata ini berbeza dengan katas basyar yang juga diterjemahkan dengan 'manusia' tetapi maknanya lebih banyak mengacu kepada manusia dari sgi fisik serta nalurinya yang tidak berbeza antara seseorang manusia dengan manusia lain.
Manusia adalah makhluk pertama yang disebut Allah dalam al-Ouran melalui wahyu pertama. Bukan sahaja kerana ia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, atau kerana segala sesuatu dalam alam raya ini diciptakan dan ditundukkan Allah demi kepentingannya tetapi juga kerana Kitab suci Al_Quran ditujukan kepada manusia guna menjadi pelita kehidupannya.
Jadi sekarang kita lihatlah pada diri kita sendiri dan kita boleh soal diri kita sendiri. Tak usah lah tengok orang sebelah atau pun dengar apa lagi yang orang komplain pasal Pak Lah atau Najib. Adakah kita selalu melahirkan rasa senang, harmonis dan kebahagian pada orang lain??? Sejajar dengan penciptaan Illahi atas diri kita seperti yang Prof Dr. M Quraish Shihab uraikan satu persatu seperti di atas.
Adakah kita juga selalu bersifat pelupa terutama atas segala nikmat yang Allah swt curahkan pada kita??
Kita manusia biasa tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan. Tapi Allah swt juga maha Pengampun dan amat sukakan Taubat dan memberi Pengampunan. Jadi kita mesti tahu apa yang mesti kita lakukan...
** Tafsir Al-Mishbah oleh Prof Dr. M. Quraish Shihab dan Tafsir Al Azhar oleh Prof Dr. Hamka adalah Tafsir Tafsir yang diri ini amat minati dan bersyukur dapat dan berpeluang membaca, menelaah dan meneliti kandungan kedua dua koleksi ini dan tulisan di atas adalah sekadar mahu berkongsi dengan rakan rakan dan anak anak bloggers yang sudi dan bukan bertujuan untuk mengajar kerana diri ini sendiri pun masih belajar.**
Thursday, 9 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kita selalu menolak yg baik, dan mengambil yang buruk.. Di situlah kelemahan kita manusia..
http://pkrpasdap.blogspot.com
nak mengenal pencipta macam kita semua baru nak peluk islam... kenapa sampai sekrang masih tak reti-reti lagi?
Salam buat puan,
Yang dah reti tu baguslah. yang tak reti kena belajar. tetapi masalahnya ada yang tak reti tapi dirasanya reti. yang reti dirasanya tak reti. masalah yang paling besar ialah yang tak reti tak tahu dia tak reti!
pegangan saya senang saja "Sesungguhnya tidak aku jadikan manusia dan jin melain untuk menjadi hambaku/abdi (beribadat kepadaku)" so itulah kita.
adakah kerana terlalu mengaku bijak
yg buruk dilihat elok
yg elok pula diperolok-olok.
itulah yg dikatakan, tinggi pengetahuan tapi tak berilmuwan.
org sebeginilah yg akan merosakkan negara bangsa...
(sekadar apa yg dirasa...)
Ada orang;
dia tahu bahawa dia tahu,
dia tak tahu bahawa dia tahu,
dia tak tahu bahawa dia tak tahu,
dia tahu bahawa dia tak tahu,
dia tak pernah ambil tahu,
dia tak mahu ambil tahu,
dia selalu ingin tahu,
apa pun dia tak tahu.
Anda yang mana?
Siapa yang lebih berjaya?
Ameen Ya Rabb, Ya Rabbul A'lamenn,
Assalamualaikum warahmatullah Makcik yang saya sayangi,
Tewas lagi saya kali ini bergetaran jantung dan hati demi memahami dan mendalami Al-Alaq,
Tewas juga saya bergetaran hati mengenangkan surah yang pertama diturunkan ini yang membawa sebanyak mungkin erti kehidupan melalui 'Qalam dan perintah Tuhan untuk membaca...,
Tewas lagi bergetaran demi mendalami pautan surah yang menceritakan tentang namaNya, pembawa utusan surahNya, penerima surahNya, pesuruh pilihanNya dan tentang apa yang mahu disampaikan?
Tewas juga kali ini terketar jari dan anggota demi mengenangkan Al-Alaq yang mengalir di badan atas sifat Al-Alaqnya,
Tewas juga kali ini bergetaran seluruh pelusuk hati jiwa dan raga mengenangkan adakah diri ini sudah melampaui batasan?
Ya Rabb, kami mohon petunjukkMu bagi segenap lapisan masyarakat demi Masa dan Darah yang mengalir disetiap liang,
Terima kasih kepada makcik yang sudi mengigatkan atas dasar 'Baca, Bacalah dengan nama Tuhanmu'
Terima kasih,
Salam Hormat,
Saya yang kerdil, zr.
Post a Comment