Wednesday, 29 October 2008

Macam macam hal.............

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera semua rakan dan taulan bloggers, internet di seluruh kawasan rumah Mak Cik 'down' sejak sekian lama kerana ada cable yang rosak, oleh kerana cuaca hujan lebat yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Malah talian telefon di rumah pun 'kong' juga. Mujurlah ada handphone. Pihak TM Net kata dua tiga hari, dua tiga hari...Mak Cik pun dah malas nak kira.........rasa terputus dengan dunia luar kerana tak ada internet. Pada hal tinggal di Shah Alam sahaja.

On Computer lepas subuh tadi.........Alhamdulillah, internet dah ada dan miss dua tiga jemputan rumah terbuka Hari Raya. Apa nak buat, balas e mail mohon maaf tak dapat hadir...mengapalah tak sms juga ya..
Mak Cik miss baca blog blog favourite terutamanya Mountdweller....ah terlepas banyak lagi cerita, InsyaAllah mesti follow up dan sebelum terlupa "HAPPY BELATED BIRTHDAY" to Along.

Dan blog harimaumenaip, kulat, man-helang, paneh...dan yang lain lain Azmi, Che, kejap lagi mesti check..InsyaAllah. Ahli keluarga lain pergi ke Coffee Bean, Starbucks atau Mamak terdekat yang ada Internet tapi Mak Cik malas sebab sekarang pun tengah sibuk buat persiapan untuk Majlis rasmi Peminangan anak gadis Mak Cik.

InsyaAllah swt, kalau DIA yang menggerakkan terusik dan terpautnya dua hati dan jiwa yang ingin hidup bersama dengan restu dari kami kedua ibu bapa, Mak Cik akur dengan ketentuanNYA. Memang berat hati hendak melepaskan satu satunya 'puteri di hati', tetapi amanah mesti ditunaikan dan tuntutan syarak mesti dilaksanakan.

Macam tak percaya rasanya.........another milestone in my life, in our lives.

Tolong doa doakan Mak Cik dan keluarga supaya segalanya berjalan seperti yang kami rancangkan InsyaAllah pagi Ahad ini.
Posted by Picasa

17 comments:

Che Eduardo said...

Makcik,

Missed you...

And guessed has much you were busy with the engagement and all. God Bless.

Che

Daddy Cool said...

Welkam back Makcik...

Desperado said...

Patutla senyap jer...anyway semoga makcik sihat-sihat yer...

mountdweller said...

Assalamu alikum dan selamat kembali puan,

Terima kasih di atas ingatan. memang saya pun tertanya-tanya kenapa lama sangat blog melayuangkat tidak update. Rupanya masalah TM.

Saya sebagai bapa memang memahami dilema yang menghantui ibu bapa nak melepaskan anaknya di pertanggung jawaban orang lain terutamanya orang yang kita tidak kenal secara dekat dan mendalam.

Walau apa pun saya doakan segala harapan dipenuhi Yang Maha Kuasa dan berjalan lancar sebagaimana rancangan. Insya Allah.

kulatlapok said...

salam MAKCIK:

ANTARA PERKARA YG TIDAK DIGALAKAN BERTANGGUH ATAU LEBIH TEPAT MESTI DISEGERAKAN IALAH:

1. KEBUMIKAN JENAZAH
2. BAYAR HUTANG DAN
3. KAHWAINKAN ANAK GADIS BILA TIBA MASANYA.

PERKARA YG KETIGA ITU, INSYALLAH MOGA MAKCIK DIKELILINGI OLEH KELETAH CUCU2 YG COMEL... WALLAHUALAM

melayuangkat said...

Assalamualaikum semua dan Selamat Sejahtera Che,

TERIMA KASIH atas apa saja pandangan, doa ikhlas dan ingatan buat Mak Cik.

Maklumlah saya hanya manusia biasa, banyak kelemahan dan amat menghargai segala nasihat dan ingatan buat saya.

InsyaAllah, akan baca dan komen blog anda semua petang nanti bila free.

azmi yusof said...

salam makcik..
sunyi rasanya blog tanpa makcik..lega makcik dah kembali..adala post yang boleh dibaca...

keris_warisan010 said...

Salam Makcik,

Tahniah Makcik, bakal mendapat menantu lelaki. Bila kenduri kahwin nanti janganlah lupa jemput saya di Perak ni, he he he......

anakmalaysia said...

Assalamualaikum Makcik,

Segalanya di tangan Allah.

Apapun diharapkan segalanya berjalan lancar dan keluarga makcik bertambah bahagia.

madisyak said...

Salam buat Makcik!

Saya pernah mengalami nasib yang sama bulan lepas tapi bukan kerana kabel rosak. Internet 'down' kerana ada orang curi kabel.

Di jalan masuk Taman Perumahan saya kabel telah dipotong pencuri. Ribuan orang terputus talian telefon termasuk Balai Polis dan Hospital.

Dua hari dua malam pihak TM berusaha menyambung semula kabel. Kerugian tidak terkira.

Dah dua kali saya paparkan dalam Laman saya tapi tiada siapa menatapnya. Tulis untuk kepuasan diri sahaja.

UXOP said...

Assalamualaikum Makcik,
Mudah-mudahan Allah mmberikan yg terbaik buat Makcik sekeluarga..

Sy mngalami kjdian yg sama dgn TM ni,cable kene curi tp tak direpair selama 3 bulan,sewa kene byr(HQ marah sbb tk leh guna tp kene byr),pastu kita kene marah sbb dikata tkleh sabar tunggu,deposit hangus (katanya ade kontrak setahun lg) dan terpaksa byr tambahan RM10 utk tutup akaun..Sabar je lah

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bangsa malaysia adalah ikut perlembagaan dan rukun negara serta kontrek sosial 1957...

bangsa malaysia tak kan terjadi kalau dengan model yang kita khayal sendiri... tanpa perkara di atas.

jemput ke
http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com
http://awanggedeber.blogspot.com
http://hanturaya57.blogspot.com
thank u

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,
Saya doakan makcik sekeluarga sentiasa dlm lindungan-Nya dengan rahmah dan hidayah.

Jgn lupa jemput bloggers nanti.

C.H.E Dayat said...

salam ibu, apa khaar? juz nak inform yang anakanda akan mengharungi peperiksaan akhir semester bermula 30 oktober.. harap ibu dan semua rakan bloggers yang lain mendoakan kejayaan saya ya...

Sekian,

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

paneh said...

alhamdulillah. ingatkan excited nak terima menantu sampai lupa online. :)

Sarfarizmal Saad said...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

zul rahman said...

assalamualaikum warahmatullah ibu...

:) apa ada rezeki pada hari jum'aat ini kepada Ibu...

atau ibu masih lagi mendapat ujian daripada Allah...

akrammakumullah ibu... akrammakumullah..

salam sayang kepada ibu,
zul rahman