Wednesday, 1 October 2008

Kepada Pak Lah dan timbalan..Maaf Zahir Batin..


Semasa sedang makan ketupat dan rendang di rumah Angah di Taman Seri Negeri, Seremban tadi terdengar di TV satu sedutan, Pak Lah dan DS Najib memohon Maaf Zahir batin setelah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakyat Malaysia yang berAgama Islam.

Maka, saya juga sebagai seorang rakyat Malaysia berAgama Islam memohon Maaf Zahir Batin kepada Pak Lah dan Timbalan Pak Lah, DS Najib. Maklumlah sebagai insan biasa saya juga tidak terlepas dari perasaan Syak wasangka, tidak mensyukuri atas apa pun usaha-usaha yang Pak Lah berdua cuba sedaya upaya lakukan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia tidak kiralah dari Agama apa pun.

Kadang-kadang saya hanya nampak kesalahan Pak Lah dan DS Najib sahaja seolah-olah tidak ada kebaikan langsung dari pihak Pak Lah berdua seakan saya pulak yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan dan nak jadi Kak Nam. Ini tidak termasuklah membaca segala umpatan, celaan dan makian dari apa jenis media elektronic baik dari dalam atau luar Negara.

Maka sudilah kiranya Pak Lah dan DS Najib memaafkan saya dan kita mula dengan 0 - 0, pada Syawall 1429 ini.

Posted by Picasa

5 comments:

Che Eduardo said...

Saya pun sama...

azlan said...

Kak Cik

Terima kasih diatas ucapan. Saya dah tak bersekempatan nak update blog kerana menumpukan hal peribadi.

Sekadar saling mengingati, tertutup sudah jendela ramadhan dan kita raikan kemenangan dengan keazaman kembali ke fitrah hakiki, isyaAllah.

Abafahim said...

selamat hari raya aidilfitri. Saya beraya di ampangan juga. Raya ke 3 beraya di melaka sblh isteri. Jemput baca posting terbaru saya.

Dang Ijah said...

Askum Makcik...

Selamat haru Raya Aidilfitri...

Maaf Zahir n Batin...

Smoga hari raya ni kita akan mendapat lebih keberkatan AMIN...

UXOP said...

Selamat Hari raya Aidilfitri utk Makcik sekeluarga..Maaf zahir dan batin