Kasih ibu sepanjang masa, Kasih saudara masa berada.....
Mak Cik sebak hari ini sebab mendapat pangilan dari Abang Ipar, 71 tahun yang tidak sanggup lagi menjaga isterinya, kakak angkat Mak Cik yang berusia 70 tahun. Mereka telah hidup bersama selama 50 tahun.
Di kurniakan 5 orang anak-anak, dua perempuan dan tiga lelaki. 20 orang cucu cucu, yang sulung sedang belajar di luar negara berusia 24 tahun. Masa Mak Cik kecil kecil dulu menumpang hidup dengan mereka sehingga berusia 10 tahun.
Abang Ipar Mak Cik kata isterinya sudah nyanyuk, kencing berak dah merata rata di rumah teres satu tingkat mereka. Dia suruh anak-anaknya ambil ibu mereka tetapi semua memberi macam macam alasan. Mereka semua bekerja dan masing masing pun banyak hal.
Sebenarnya selama ini, Mak Cik memang melawat kakak Mak Cik ini sebulan sekali, beri sedikit duit belanja dan barangan seperti adult diapers, biskuts, bedak atau barangan keperluan lain. Tidak pula Mak Cik perasan kenyanyukkan dia. Memang dia uzur, kencing manis dan macam nak mula kena Parkinson.
Suaminyalah yang menjaga dia selama ini.
Abang Ipar Mak Cik merayu minta tolong pada Mak Cik supaya masukkan sahaja isterinya ke rumah sakit sebab dia tak larat lagi nak jaga dia. Dia sentiasa merepek repek dan dah tak sanggup bersihkan najis di sana sini. Tak larat dah..
Mak Cik syurkan mereka berbincang dahulu anak beranak. Abang Ipar Mak Cik kata, kalau berbincang mesti semua bergaduh. Mak Cik tenangkan dia. Biarlah Mak Cik fikir apa yang patut dilakukan dalam situasi begini. Mak Cik called anak perempuan Sulungnya, seorang guru berusia 48 tahun. Tak berjawab. Hp tak berjawab, rumah dia pun tak berjawab, hp suami dia pun tak berjawab.
Mak Cik called anak kedua, seorang Pegawai Bank pun macam tu. Anak ketiga seorang Pengurus besar jawab dan kata mengapa dia orang lain tak nak campur. Mak Cik kata biarlah orang lain tak nak campur, kita (Mak Cik dan Dia) boleh fikirkan apa yang terbaik untuk mak dia. Mak Cik ingatkan dia, Ini IBU kamu. Syurga kamu. Anak yang ke empat tak dapat dihubungi kerana bekerja. Anak kelima belayar tengah laut.
Mak Cik akan cuba lakukan terbaik untuk kedua Abang Ipar dan kakak Mak Cik ini, InsyaAllah. Mungkin akan bawa mereka berjumpa doktor dan minta apa yang patut dilakukan. Tunggulah Isnin ini, sebab hari ini dan esok penuh dengan jemputan kahwin dan rumah Terbuka Hari Raya.
Mak Cik sedih. Apakah ini pembalasan Illahi? Semasa Emak angkat Mak Cik hidup sehingga ke akhir hayatnya anak anaknya langsung tidak ambil peduli akan dia. Semua serah pada Mak Cik. Sehelai diaper pun mereka tak pernah beli untuk emak mereka.
Arwah emak angkat Mak Cik selalu kata pada Mak Cik bahawa dia hendak mati di rumah anaknya. Maksud dia, anak darah daging dia. Mak Cik selalu kata pada dia "Mak, anak anak Mak tak mahu ambil Mak ke rumah mereka, tak mengapa Mak, bila dan mana kita mati hanya tuhan yang tahu". Dia jawab "Mak ini selalu menyusahkan kamu dan suami kamu......." Mak Cik jawab balik "Mak, Mak tinggalkan dengan kami sempai bila bila..InsyaAllah saya akan jaga Mak sampai bila bila selagi bukan saya yang mati dulu"
Saturday, 18 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

19 comments:
Makcik,
Thanks. Akan saya ambil ikhtibar.
Che
Allah,
Kau berikan ku kekurangan kasih ibu....nyata bersebab.
Mungkin Kau tahu yang aku tidak setanding anak-anak Mithali yang berjaya mengharungi dugaan sebegini...
Terima kasih Allah.
Tempatkan kedua ibu bapa ku disamping Mu. Amin.
Terima kasih dia atas kisah ini Ibu.
Ya Allah...jauhkan aku dari sifat keji ini...
sedih kan makcik..
apala nasib ibu ibu lain yang masih ramai dibiarkan dan ditinggalkan anak sndiri..saya doakan ada perubahan pada anak2 saudara makcik...insya allah..
Salam melayuangkat,
Ibu juga tinggal dengan saya selepas ketiadaan ayah. Harap saya akan berjaya mengharungi masa depan dengan sabar dan tabah.
Assalamualaikum Makcik..
Itu lah org kata..Ibu boleh jaga 10 org anak,tp 10 anak tkleh jaga sorang ibu....
selalu anak2 yg terlalu fokus kpd kebendaan dan kedudukan ni cepat lupa terhadap org tua nya yg dulu membelainya,bagi makan walaupun terpaksa kais pagi makan pagi,bagi duit sekolah utk jd org berjaya, anak sakit pun si ibu sanggup tunggu berjaga...
sekarang si ibu mengharapkan cuma menjaga mereka seketika sebelum kembali menemui Kekasih Yg Maha Tinggi..adakah si anak merasa jijik utk menjaga ibu tua yg lemah,
tak tahukah mereka darah mengalir dalam badan itu juga berasal dr badan ibu tua yg sedang sakit...
Masya Allah....lunturnya kasih sayang seorang anak terhadap org tua nya smpai begitu sekali..
Bismillahirrohmanirrohim..
Ya Allah!Tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau jadikan mudah.Sedang yg susah boleh Engkau jadikan mudah,apabila Engkau menghendakinya.Permudahkanlah urusah makcik ku ini Ya Allah..
Makcik,
kadang2 saya terfikir sendiri bila tgk cerita2 menendengar cerita,di mana seorang mak yang punya anak lima, enam, sepuluh tidak mampu untuk menjaga seorang mak. kenapa? Apakah bila kita berjaya dalam hidup, kehidupan seorang mak dan ayah diabaikan?
Alhamdulilah makcik, sampai saat ini walau saya punya kehidupan, kerjya yang hebat,syukur ALHAMDULILAH, serba sempurna dan lengkap saya masih bersama mak dan abah, walau ada rumah sendiri saya MESTI menjenguk mak dan abah, saya pasti bertandang ke rumah mak, saya hendak tgk mak, saya hendak BERsembang dengan abah sambil minum kopi buatan mak. Syukur suami amat memahami,Cukup memahami,Bila dengar khabar mak tak sihat, abah tak sihat jantung saya bagai nak tercabut,hati saya tak tenang selagi tak tahu khabar mereka...kerana bagi saya mak dan abah segala-galanya bagi saya dalam dunia ini, kerana mak dan abah saya jadi mcm ni..kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya.
Untuk pengetahuan makcik, saya pernah menjaga arwah nenek, bila beliau terkena penyakit stroke saya dan adik bergilir2 menukar lampin, membasuh najis besar dan kecil, memandi kan nenek semasa cuti sabtu setiap minggu, menyuap nenek makan, menyikat rambut nenek sehingga akhir hayat nenek dan semasa arwah nenek meninggalkan kami saya tak menangis pun sebab selama 3 tahun saya menjaga nenek semasa hayat beliau masih ada. dan saya puas kerana menjaga nenek semasa beliau sakit.kerana itu mak dan abah segala-galanya bagi saya.
Hargai sementara mereka masih ada,kerana bila hilang sukar untuk cari ganti dan tak akan mungkin akan berganti.
Makcik,
Paparan kali ini amat mnyentuh jiwa saya, terpanggil saya untuk berkongsi cerita.
Ibu kami ada bersama saya sekarang. Saya sengaja ambil dia tinggal dengan saya untuk beberapa hari yang dia mahu kerana dia tinggal seorang sahaja sejak arwah bapa meninggal.
Kebiasaannya dia hanya bertahan tingal beberapa hari saja di sini kerana sifatnya seperti orang tua yang lain, tidak akan lama di rumah anak-anak. Mungkin tidak mahu menyusahkan anak-anak atau tidak betah tinggal di taman perumahan.
Tetapi tak kisahlah. Bila dia minta nak balik ke rumahnya, saya hantarkan. Bila sudah agak lama, saya pergi ambil dia bawa ke sini. Begitulah selalunya.
Kita semua harus insaf bahawa seumpama pokok kelapa, apabila pelepah bawah gugur, pelepah seterusnya akan mengikut jejaknya. Pelepah yang di atas sekali jangan berlagak sebab satu hari dia akan menjadi pelepah paling bawah pula.
Salam Ibu, saya sedih dengar cerita ibu ni dan maaf kalau bahasa saya agak kasar.. Kalau saya jadi bapa kepada anak-anak itu, saya "pelangkong" je kepala sorang-sorang... Dah besar-besar pun masih tak tahu berfikir... Mana mereka letak agama mereka??? kasih sayang mereka??? hmmm saya beristighfar banyak-banyak dan harap jangan lah saya menjadi yang sedemikian apabila saya berada didalam situasi yang serupa... kita semua pasti akan menempuhnya...
Satu posting yang menginsafkan.. Mengalir air mata saya sejenak selepas membaca posting ibu...
Banyak bersabar..
Hidayat Rashid
Makcik,
Nampaknya seperti skrip yg sama diulang-ulang sejak adanya 'wayang pacak', beralih ke pawagam, TV, Video, VCD, DVD, Internet dan kini ditayangkan pula secara siaran langsung di rumah ipar Makcik. Sampai bila kisah ini akan diulang lagi?
Letih kita memikirkan penyelesaiannya.
Barangkali Allah ingin memberikan ganjaran istimewa kepada Makcik maka diberinya 'assignment' ini.
Salam ibu,
subhanalla..
Dlm mengejar kerjaya..saya harap saya tidak akn tergolong dlm kalangan mereka.
Astaghfirullahil adzim...
Astaghfirullahil adzim....
Astagfirullahhil adzim.......
(terima kasih ibu...terima kasih)
Bismillahirrohmanirrahim...
*1
"Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha...
Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,
Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".
Saddaqallahuladzim.
........................
Astagfirllahiladzim...
Ibuku, (Salam)
Betapa cerita ini mahu terus diceritakan tanpa selindung demi menyampaikan maksud.
Betapa cerita ini mahu saja seikhlas-ikhlasnya mahu disampai kan oleh ibu kita ini cerita yang terpelusuk dihati dari sudut yang paling dalam...
Betapa cerita ini mahu sunguh dimanfaatkan di ruang katarsis media demi pencurahan hati-nurani dan benar-benar sungguh mahu kita para bloggers mengambil iktibar dimana;
kita boleh menulis di Blog dan mempunyai komputer yang cantik dan jua handphone yang mahal... lalu bertanya hati kita;
apakah payah untuk hanya menekan perkataan "phonebook"
search-->
"Mak"
dan terus mendail dan bertanyakan khabar Ibu?
Betapa telus hati Ibu kita ini menulis secara ikhlas seikhlasnya kepada KITA,
dan jangan ADA disini yang menyangkalnya dan MULA untuk COBA menulis tentang soal "rahsia" atau "aib".
Jikalau ada keterlintasan dihati, hantarkan sahaja ke Private e-mail dan berhubung terus dengan makcik, ibu kita di melayuangkat.blogspot.com
Sahabat,
marilah kita lihat ke arah positif cerita...
cerita ini sudah terlalu "DEKAT" dengan kita. Bukan lagi cerita yang dilakonkan oleh Ibu Fauziah Nawi mahupun Saudara Rosham Nur di kaca TV! Cerita ini sudah MENDEKATI kita.
Apakah kita akan sanggup untuk untuk menelefon makcik, ibu(penulis) dan menjaga ibu yang ditinggalkan ini dan terus membiarkan keseorangan?
Atau;
Adakah kita akan sama-sama membantu makcik untuk menolong menjaga mereka... (jika ada, dan jikalau mampu.. Alhamdulillah.. teruskan)
Bertanya diri saya sendiri apa yang perlu kita laksanakan supaya perkara sebegini tidak berulang diantara kita?
(Terima kasih Saudara Demang saudara yang saya kasehi yang sudi mengingantkan)
Pesan SS Dr. Asri, tuan mufti Perlis; "kita ini ada tugasan-tugasan masing-masing yang diberikan oleh Allah SWT, laksanakanlah tugasan kita"
InsyaAllah Ibuku, saya juga demi masa ini, tidak akan sekali-kali mahu terlupa walau sedetik untuk mengigatkan diri saya, keluarga saya tentang tugasan-tugasan itu. dan
dengan idzin Allah, saya juga tidak mahu terlupa saban hari untuk mengigatkan semua anak-anak yang berjiwa seni di bumi malaysia yang ada dibawah pimpinan saya dan isteri untuk berulang-ulang-ulang kali memberitahu dan sampaikan kepada mereka tentang
kasih Ibu,
kasih kasih Bapa,
kasih keluarga dan bangsa dan agama yang mana diawali perkhabaran itu dengan mengajar mereka pada kelas pertama-tama nya diawali tentang pemahaman arti pengucapan:
"Tetima kasih"...
Ucapan ihlas Terima kasih Ibu, Terima kasih Ayah,
Terima kasih Cikgu, Thank you Sir, terus..
Selamat malam Mak, Terima kasih Mak, Terim kasih mak masak bagi makan... dan pelbagai lagi perkara "basic", InsyaAllah...
Biar mereka muntah mendengarnya, biar mereka pening dan muntah hijau sekalipun mendengarnya,
Biar,
biar walau saya sanggup bercakap sehingga ditepi telinga mereka dan tiupkan pesanan itu supa mereka INGAT sampai bila-bila...
[semalam,sabtu, depa belanja saya dan isteri makan Pizza :)]
Dan harapan saya agar mereka pula sampai dan pesan-pesankan setelah kita tiada nanti.
Makcik, Ibuku,
Alhamdulillah.. saya besyukur kepada Allah kara didunia yang saya masih bernafas ini masih ada insan yang ikhlas seperti makcik dan keluarga...
Marilah kita semua memohon dan berdoa agar keluarga-keluarga itu akan pulang kepangkuan keluarganya, walau apa cara sekalipun (Allah sahajalah yang Maha Mengetahui..) semoga pulangnya mereka kepangkuan keluarga itu sama seperti pulangnya mereka kepada Pencipta mereka. (Apa lagi yang mahu kita dustakan?)
"Ya Allah, Ya Rabbul a'lameen...
Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang...
Lagi Maha Mengetahui....
Kau buka kan lah 'pintu hati' mereka, dan
'pintu hati' kami untuk kembali kepadaMu Ya Rabb,
Kami semua memohon adalah kiranya walau sedikit belas dan kasih sayangMu kepada mereka dan kami yang lemah dan tidak berupaya ini, Ya Rabb..."
...
Terima kasih ibu, saya terlalu sedih untuk meneruskan bacaan dan penulisan...
Salam hormat kepada Ibu, dan sahabat2 disini, salam penuh kaseh sayang,
zul rahman
InsyaAllah.
P/s:
*1
Doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu Rasulullah Saw.
(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, Pasal 3)
Salam buat Puan.
Riwayat hidup puan lebih kurang sama dengan arwah abang kedua saya. ituuu.. yang selalu saya ikut berburu semasa hayatnya. Saya rasa elok saya ceritakan di masa yang lain.
apa pun cerita puan amat baik untuk pengajaran kepada yang insaf dan mahu ambil iktibar.
Salam Makcik...
Teringat kembali bagaiman bonda saya menjaga ibunya dan ibu mertuanya (my grands)...kedua-duanya di jaga tanpa mengira siapa..dan kedua-duanya memejamkan mata mereka di pangkuannya...
Arwah emak aku pernah cakap "seorang ibuu boleh jage 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jage seorang ibu" huh. kejam....
tapi kite tak berade di kedudukan uncle tue.....kalau aku yang jadi entah la.....
sabar dan kuatkan kesabaran....
Mak Cik,
Tiba-tiba saya rasa hampir mahu menangis! Maaf bukan kerana kakak Mak Cik itu tetapi saya teringat arwah nenda saya. Lebih kurang begitulah sisa hidupnya jika tidak silap waktu itu saya dalam darjah enam.
Kebetulan saya dilahirkan dengan hanya mempunyai seorang nenek sahaja. Dialah nenek dan dialah datuk! Tempat saya bermanja dan melindungi saya apabila emak dan abah saya marah!
Kini nenek saya telah lama tiada. Jika nenek masih ada saya mahu menunjukan pada dunia yang dia masih boleh berbangga dengan saya sebagai cucunya.
Namun kini semuanya tinggal harapan dan kenangan.
saya sntiasa berdoa agar dapat mnjga ibu ayah saya kelak..say abimbangs aya tak dapat menjaga mereka,sedang sekarang pun kekadang saya tak sabar bila mak bertanyakan bayk kali..mohon allah jadikan kita semua anak yan soleh,solehah..amin
Salam,
Thanks makcik ingatkan saya kepada ibu saya.
assalamualaikum..saya link blog ni..
Post a Comment