Friday, 17 October 2008
I love my PD
Mak Cik sayang pada Port Dickson. Terlalu banyak peristiwa indah, sedih, suka, duka, cemas dan seribu kenangan tersimpan bersama angin yang bertiup dari Selat Melaka dan ombak yang menghempas pasir pasir halus di tepi pantai. Landskap PD memang terlalu banyak berubah di pandangan mata kasar tetapi akan tetap terpahat selagi ada memori dan denyutan nadi ini.
Pagi tadi Mak Cik lari sekejap ke Port Dickson. Sengaja Mak Cik nak tukar senerio dan rutin harian. Rindu pada ketenangan pantai dan bau angin laut. Indah sungguh ciptaan tuhan!! Ya, hanya satu setengah jam pemanduan, senerio berubah bagai langit dengan bumi! Dari hiruk pikuk kesesakan trafik ke setenang ini, saujana mata memandang! Laut yang terbentang!!
Semestinya kita semua mesti menghormati dan menghargai segala kurniaan Illahi pada kita. Dan kita amat berharap pihak yang berwajib akan terus menjalankan tugasan mereka yang diamanahkan untuk menjaga segala khazanah dan warisan yang dikurniakan alam pada kita. Dan kita sebagai pengunjung juga perlu bijak dan sayang pada pemberian tuhan ini pada kita. Kita juga mahu supaya generasi akan datang akan dapat menikmati segala keindahan yang kita kecapi sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

10 comments:
PD...tanah tumpah darah ku..
Salam Ibu...
Dengar khabar nak terima menantu...Siapa ye jejaka yang bertuah tu?
salam makcik.
betul..kita perlu sayangkan tempat yang banyak meninggalkan kesan kepada diri kita..kalau makcik ada PD...saya juga ada pantai yang takla se 'glamour' itu..tapi masih terpelihara keindahannya...
Salam anak anak Cyber ku,
Harimau,
InsyaAllah dengan izinNYA dan ketentuanNYA agaknya Mak Cik akan dapat menantu. Sebenarnya Mak Cik sendiri pun masih macam tak percaya. Terserahlah nanti..Qadak Qadarnya.
Azmi,
Memang Mak Cik dah lihat pantai pantai dalam blog kamu, sungguh cantik sekali. Rindu rasanya pada K Trengganu. Dulu Mak Cik selalu pergi ikut suami kerana ada kerja di sana dan tinggal di Primula.
Tapi jauh kalau nak ke KT dari Shah Alam. Macam PD bila teragak nak pergi satu jam setengah sahaja.
Salam ibu..
Tak sabarnyer nak balik ke tanah air..skrg nie tgh menghitung waktu nak balik..nak cuti sebulan..bestnyerr!!!!
salam lagi..
memang banyak berubah makcik..saya yang berasal dari sana pun terasa, apa lagi orang luar yang sekali sekala datang..hm..memang diakui pantai sebelah timur lebih cantik..saya bawak keluarga belah isteri ke terengganu semuanya memuji keindahan pantainya..apapun, harap satu masa makcik dapat jejaki lagi tanah terengganu..dekat primula pun dah banyak berubah makcik..
Assalamualaikum Makcik..
Mmg PD cantik..sy pernah pergi sekali ms dok kt uitm shah alam..tp sempat duduk 2 jam saja sbb esok ada kertas final..saja amik angin..release tension dgn member2..
Sy rasa makcik betul2 meminati pemandangan pantai ye.. saya suka pantai sbb saya anak nelayan kat Pantai Sabak Kelantan..
salam MKACIK
walaupun sudah acapkali saya ke sana, namun tiada 'ruang jemu' untuk saya terus ke sana lagi...
Makcik,
Dah lama kami tak sampai.. Ingat lagi pasangan vet bawa kami bertiga piknik ke sana dulu. Masa kami adik-beradik ada all the time in the world for each other..
Che
Salam Makcik,
sekali je tiny perah p PD dalam tahun 2000 kalau tiny tak silap.PD memang cantik, INSYALLAH kalau ada peluang tiny akan bawa family p sana.
"Ameen Ya Rabb... Ameen Ya Rabbul A'lameen.
Ya Rabb,
Perkenankanlah doa-doa suci yang mereka panjatkan,
Bimbinglah mereka seperti mana aku yang lemah lagi kerdil lagi hina ini yang juga mahu dibimbingi kepada jalanMu Ya Rabb,
Sesungguhnya, kami semua amat Takut kepadaMu.
dan hanya kepadaMu sahajalah kami bersujud.
Ameen, Ya Rabbul A'lameen"
InsyaAllah,
Assalamualaikum warahmatullah Ibu ku,
Buat makcik yang saya kasehi, diawal pagi hari ini, hari Sabtu 18 Syawal 1429H yang mulia ini, berkicauanlah suara hati saya yang riang ria dan tersenyum lebar luar diatas satu sebab;
"Bismillahhirrohmannirrahim"
Tersenyum sungguh saya tanda sangat gembira membaca perkataan-perkataan yg makcik sebut diawali perbicaraan... :)
Gembira sungguh berkicauan suara hati saya apabila makcik benar-benar secara iklasnya memulakan bicara itu dengan ucapan
"Assalamualaikum anakku Zul"...
MasyaAllah...
[suara hati ini lantas terus berbisik dengan kaseh sayang seraya berkata;..]
"Wa alaikum mussalam warah matullah Ibu ku"
Gembiralah saya yang bakal tersenyum kepada sekalian alam yang bakal memulakan hari ini dengan perasaan dan senyuman yang sungguh ikhlas.
MasyaAllah,
Tuhan pemilik As maul Husna yang benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Sudah terbitlah perasaan belas dan kaseh sayang itu yang terjalin diantara pemilik Blog 'melayuangkat' dan 'zul rahman'. Perasaan sebegitu hanya bisa terjalin atas dasar ZathMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Terjalin sudah perasaan itu walau tanpa nama,
tanpa mengenali,
tanpa mengetahui dimana dan duduk perkara sebenar TETAPI atas dasar sifat segala pemula bicara iatu
""Bismillahhirrohmannirrahim",
kami sujud dan saling mengagungkan NamaMu dan kini, Engkau telah membuktikannya kepada kami Ya Rabb.
Tidak lah aku ketahui 'siapa sebenarnya' 'Bloggers' 'melayu angkat' melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Mengetahui,
Tidaklah kami ketahui dimana awalan terwujudnya ruangan 'Blog' seperti ini melainkan Engkau Tuhan Yang Maha Merencana.
Tidaklah kami ketahui, betapa ruang alam maya internet ini benar-benar boleh mewujudkan perasan-perasaan itu yang mana tidak terwujudnya sesuatu perkara itu jikalau ia tidak diidzinkan olehMu Ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Merencana lagi yang Maha Mengetahui,
Bimbinglah kami 'demi' memanfaatkan ruagan ini,
Bimbinglah kami 'demi masa' supaya kami saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Tuhanku,
"Apa yang tidak diceritakkan kepada kami tentang kesah-kesah pengorbanan seorang Ibu,
dan apa pula yang tidak diceritakan kepada kami tentang kehidupan yang bermulanya dari segumpal darah,
lalu ditiupkan ruh,
lalu dicantum-cantumkan,
lalu digerakkan dan seterusnya ditadbiri olehMu
yang Maha Merencara, Maha Kreatif, Yang Maha Menghalusi dan Maha Segalanya,
Lalu tugasan-tugasan itu diamanahkan kepada pemegang amanahMu iatu seorang Ibu"
MasyaAllah,
Apa yang tidak diceritakan kepada kami tentang Ibu?
Apalah lagi yang mahu kami dustakan?
Benarlah,
segala-galannya yang diceritakan didalam Al-quran itu adalah benar"
Benarlah,
dengan sifat Yang Maha Menghalusi yang dimiliki olehMu itu, kami telah dipesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran daripada yang terdahulu demi memikirkan dan menghaluisi apa jua perkara.
Maka benarlah Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau amat menyukai kepada hamba-hambaMu iani mereka-mereka yang berfikir,
mereka-mereka yang berfikir dengan menghalusi perkara.
Kami ingin sekali kami panjatkan kembali doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu kepada Nabi Muhammad Saww...
"Bismillahirrohmanirrahim..
Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha...
Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,
Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".
Saddaqallahuladzim.
Salam hormat kepada semua, salam penuh kaseh sayang,
ZUL RAHMAN
Credits & ref:
P/s: Terima kasih 'makcik', Ibuku di Blog 'melayuangkat' kerana mengigatkan kami kepada kebenaran dan kesabaran.
P/s: Doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu Rasulullah Saw.
(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, Pasal 3)
P/s: Rujukan kepada Dr.Asri, Mufti Perlis. Terima kasih tidak terhingga di:
http://www.youtube.com/watch?v=fbwYQD2gIO4&feature=related
October 18, 2008, 18 Syawal 1429H, 7:00 AM
Post a Comment