Terima Kasih atas segala komen dan semangat yang diberi pada Mak Cik. Walaupun Mak Cik berusia setengah abad namun dalam soal ini adakalanya Mak Cik mengaku tidak berapa faham dan masih belajar juga kerana unik dan peliknya naluri istimewa ini kepada kita sebagai insan. Naluri kasih dan sayang antara dua jiwa.
Ya, sipemuda datang menemui kami. Terus terang menyatakan betapa Dia mengasihi anak gadis kami dan ingin melamarnya sebagai teman hidup! Kami tenang. Banyak soalan yang kami sebagai orang tua ajukan kepadanya. Walaumacam mana kami putarkan soalan dia menjawab tetap dengan keikhlasnya mahu melamar anak kami dan emaknya akan menemui kami tidak lama lagi. Tidak berganjak.
Kami tidak mahu sesiapa terluka nanti. Kami tidak mahu pada sesuatu keputusan yang terburu buru.
Tetapi dia menjawab bahawa dia telah menemui si dia yang dia cari cari selama ini. Ciri ciri wanita idaman sebagai suri dan teman hidupnya ada pada si anak gadis! Mereka boleh berkomunikasi dan berkongsi banyak dalam perkara yang sama. Sigadis juga dari keluarga yang baik baik. Pada majlis hari raya baru baru ini, Emaknya telah berjumpa dengan gadis yang dia selalu cerita ceritakan padanya dan merestuinya. Dia Yakin mereka akan hidup bahagia.
Kami katakan kami tidak menolak, tapi biarlah anak gadis yang akan berusia 24 tahun November ini fikir masak-masak. Ini bukan soal main main. Soalan tambahan Mak Cik padanya adalah dengan siapa dia belajar Mengaji Al Quran. Dengan emak dan Arwah neneknya.
Malam tadi Mak Cik tak dapat tidur. Lepas menonton Jurasic Park, mata terkebil kebil. Macam macam terlintas dan bermain di kotak fikiran. Ternampak jelas bagaimana saat melahirkan anak gadis kami 24 tahun yang lalu, menghayun buaiannya, menghantarnya ke Tadika, ke sekolah, ke kelas mengaji, ke kelas renang, peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan A Levels dan seterusnya menghadiri konyokesyennya di University of Edinburgh, Scotland.
Baru beberapa jam tadi, dia dilamar...(peringkat terawal)
Ahh.....Tak boleh jadi melayan fikiran dan perasaan macam ini tengah tengah malam pulak...ambil wuduk..duduk menghadapNYA, memohon petunjuk dan hidayah dan berdoa bahawa jika si pemuda memang Ikhlas dan memang ini jodoh ketentuannya..Allah swt akan permudahkan seglanya dengan Berkat dan Rahmatnya. Amin!!!
13 comments:
Congrats, makcik.. Hope you become a Grandma soon.. If I need advise soon, hope you'll be there to help me..
Che
salam makcik..
hm..panjang ceritanya tu..pada saya kalau dah bersungguh dan ikhlas serta sanggup si pemuda berhadapan dari awal lagi dengan ibu bapa si gadis, amat baik petandanya makcik..banyak pemuda tidak berani berjumpa dan berhadapan dengan ibu bapa si gadis di awal perkenalan mereka sebab mereka takut..takut jika hubungan selepas itu tidak menjadi..pada saya jika pemuda yang makcik maksudkan begitu bersungguh2, maknanya dia yakin dengan apa yang akan dia lakukan dengan hubungan seterusnya selepas ini....semoga makcik mendapat menantu yang baik2..
Seronok dan terharu mengikuti catatan ini. Saya doakan yang terbaik utk mereka berdua dan keluarga, terutamanya makcik.
Jangan lupa jemput kenduri, kalau jadi.
Puan,
Saya boleh bayangkan betapa resah, gelisah, serba salah bercampur baur. Tetapi percayalah puan, anak kita tidak akan bersama kita juga di suatu hari nanti dengan taqdirNya.
Puan was-was yang anak puan cocok atau tidak dan akan bahagia atau tidak di hari kemudian. Lebih-lebih lagi dengan pertemuan dan perkenalan yang sesingkat itu tentulah membimbangkan mana-mana ibu bapa sekali pun.
Saya sarankan puan bangun di dua pertiga malam, sembahyang tahjud dan selepas itu sembahyang istikharah dan berdoa. Puan lakukanlah selama 7 malam berturut-turut. Saya faham perasaan puan kerana saya juga mempunyai anak perempuan.
Lakukanlah, insya Allah. Kita akan dapat petunjuk atau ilham dariNya.
akak,
tahniah atas lamaran tersebut, tak lama lagi ada ahli keluarga baru, dan insyaAllah ramai lagi akan hadir dalam keluarga besar akak.
percaya pada ketentuan Ilahi, jodoh dan ajal adalah ketetapan daripada yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Yang kita mampu hanyalah berdoa agar dipermudahkan urusan kita di dunia dan diperjauhkan daripada bala dan bencana.
Lumrah seorang ibu, atas sifat keibuan serta sayang kepada anak, kerisauan dan kesangsian merupakan sesuatu yang biasa. Erti kasih sayang yang sebenarnya adalah apabila kita bersedia untuk 'melepas'kan orang yang kita sayangi.
Kepada anak akak dan akak saya ucapkan tahniah dan semoga berkekalan hendaknya.
Ore Kelate: melepas la nampoknye hambo... hehe
Terima Kasih pada Saudara saudara semua,
InsyaAllah swt, segala nasihat dan peringatan ini akan saya lakukan dan memang saya mengaku terkejut dan bimbang. Bukan tak rida dengan ketentuanNYA yang Esa tapi entahlah..agaknya terlalu melayan emosi.
Apa apa pun saya tunggu apakah perkembangan selanjutnya dengan iringan doa seorang ibu dan JIKA ada Jodoh adalah..
Calon Pemuda ini pun ibunya Ore Kelate...
Salam buat puan,
Orang Kelantan atau orang mana-mana pun bukan isunya. Tetapi hakikatnya kita sebagai ibu bapa akan melepaskan anak kita kepada yang terbaik.
Terbaik untuk anak kita, terbaik untuk keluarga kita, terbaik untuk jenerasi kita dan yang utamanya terbaik untuk agama kita. Sekiranya kreteria dan nilai dikehendaki ada pada sang teruna maka akan selamatlah dunia dan akhirat
Insya Allah.
Alhamdulillah...
Jika benar ini jodohnya..Jika benar ini ketentuannya..Rapatkanlah hubungan mereka.Permudahkan segala jalan mereka..Rahmatilah hubungan mereka..Limpahkan kebahagian..kesenangan dan kegembiraan
Jika ini hanya ujian darimu..jika ini hanya cabaran darimu..kau jauhkanlah mereka..kau berikanlah kami petunjuk..berikanlah kekuatan kepada kami utk menghadapi ujian ini..Kau berikanlah kami inspirasi..kau nampakkan kami pengakhirnya..Semoga kami dilimpahi segala nikmat
Wsalam ibu... alhamdulillah saya sihat saja di sini... Tentang belajar, biasa laa... student life ni agak hectic tambahan pula saya menjadi pemimpin pelajar, jadi saya perlu membahagikan masa saya yang sewajarnya...
Tentang Hindraf pula, bukan apa, saya cuma marah sangat kpd diorang nie yang tak reti-reti nak menghormati orang... Asyik nak cari popularity demi kepentingan sendiri...
Ucapan tahniah buat ibu... bila agaknya nak menimang cucu ye..??? hehe
Salam dari anak angkat cyber..
Hidayat Rashid
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Assalamualaikum Makcik...
Tindakan Makcik dalam meminta pentunjuk dari Allah s.w.t keatas sesuatu prkara yg kita kurang jelas/menentukan pilihan adalah amat baik sekali..
Beristikharah utk memohon taufik dan barakah walaupun sudah dihati mmg itu pilihan kita juga dituntut..
Kalau dua2 calon dh bertaut hatinya dan bersungguh-sungguh ingin menunaikan sunnah Rasulullah & tuntutan Allah dgn ertikata sebenar maka tiada berhak kita nk menghalanginya..selebihnya bertawakal & berserah kepada Allah Azzawajalla..
Kalau betul2 jadi, saya nk ucapkan thniah kepada Makcik..
salam bu,
semoga jodohnya ada keikhlasan
semoga jodohnya dirahmati berpanjangan.
agar jodohnya jodoh beramanah
agar jodohnya direstui Allah...
Salam Makcik,
Soal jodoh memang dah ditentukan oleh tuhan sejak dilahirkan lagi dan kalau itulah jodohnya maka itu lah yang telah ditetap dan telah ditakdirkan. mungkin kesangsian adalah dari jodoh yang tepat dan sepadan, mungkin atas faktor umur pemuda yang jarak 6 tahun atau cinta dan kasih sayang yang datang sekilip mata yang dikatakan cinta pandang pertama yg mungkin adakah dlm tempoh sesingkat satu pertemuan telah jatuh cinta maka itu boleh dn bnyak trjadi. mungkin jika sy kata nk brcuti balik kg sebab nenek sy nk berkahwin rmai yg mngkn dn ada yg tergelah tp itu yg brlaku neneku khwin lg 5thun yg lpas tp apa yg bleh dikatakan kalau dh jodoh nya ad lg..mngkn untk jngka masa sekrng sbnyak mana yg difkirkn sekalipun kalau itu dh jdoh tiada apa yg boleh dhalang cuma mgkn skarang pertunangan ikatan mgkn boleh ditempohkan slma stahun atau 2tahun kerana makna dn knapa prlu ad prtunangan nabi sendiri menyatakan adalah untuk tujuan mengenali antara stu sma lain dan jika tempoh itu baik dan elok maka eloklah dihari yg mendatang.mungkin untk menolak mgkn dfikirkan hati dn perasaan org lain jika diberikan tmpoh brtunang maka eloklah untuk dinilai segalanya.dan jika tiada jodoh maka katakan dan tiada jodoh dn semua telah ditetapkan tuhan dn kita sebagai manusia tidak boleh menolak dan menyalah sesiapa kerana itu adalah urusan Tuhan yang Maha Esa.
mungkin disebabkan faktor pemuda yg telah 30 mungkin membuatkan untk cepat untk berumah tanga secepat mungkin krna jika ditungu lg maka akn lmbt khwn lg jadinya.terus trang jika sy pemuda trsebut maka sy sendiri akan melamar trus ats faktor sy yg mngkin sudah 30thn dn mngkn dikatakan wktu yg mgkn sepatutnya sudah ad 2 3 anak dn disebabkn telah berkenan maka sy sendiri tidak akan melmbat atau melengahknya krana jika mlengah atau prlu bercinta maka mgkn prlu tngu 2 atau 3 thun lg untk brcinta mgkn itu dilihat sbagai pmbaziran udn lmbt untuk hdup brsama maka jln yg trbaik jika dua2 telah suka maka ikatan untk berkahwin yg akan dibuat.tp sy jngkakan sipemuda mahu kahwin dlm masa yg terdekat krana umur dn mgkn jika lmbt maka usia smakin mnjarak..
Post a Comment