Sunday, 5 October 2008

Bebas dari Lanun-lanun




Lega kita akhirnya warga kita dibebaskan dari menjadi tebusan Lanun-lanun di Teluk Aden, Somalia. Khabarnya pihak MISC telah membuat bayaran yang dituntut. Kepada pihak yang gusar tentang 'wang rakyat' dari MISC itu, bertenanglah. Jumlah ini akan keluar dalam Annual Report Syarikat MISC nanti. Yang penting adalah nyawa warga kita, semua mereka yang terlibat.

Zaman sekarang ini diberitahu Lanun-lanun pun sudah canggih dan mahir guna IT.

(Pada pemikiran Mak Cik Lanun-lanun semuamasih selekeh, pedang terhunus di pinggang masing masing dan ketuanya mesti ada satu mata sahaja, satu lagi ditutup dengan kain hitam. Ada burung kakak tua di bahu).

Kita pun hairan juga apa yang Lanun-lanun hendak buat dengan wang tebusan yang begitu banyak. Macam kita ini banyak bil yang kena bayarar. Duit rumah, kereta, Bil elektrik, air, gas, bil Indah Water, bil cukai pintu, bil cukai tanah, petrol untuk kereta, tol, .....macam macam lagi.

Tapi Lanun-lanun zaman ini apa yang dia orang nak belanja hingga mahu colek bukan anak anak kapal tapi dengan kapal kapalnya sekali. Tadi di tv pun ada ceritakan yang mereka ada dalam tahanan sebuah kapal yang penuh dengan kereta kereta kebal!!

Bolehkan masalah ini di atasi di pihak antarabangsa atau pun semua kapal kapal akan terus jadi mangsa Lanun lanun ini? Kalau begitu bagaimana pula akan jadi pada nasib anak anak kapal semua?
Posted by Picasa

8 comments:

Desperado said...

Salam makcik...

Dia punya kekuatan lanun lebih hebat dari kekuatan tentera....

mie said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

azmi yusof said...

lanun lanun tu kalau berdaftar senang nak carik mereka..bergerak pun senyap senyap jer..tu yang payah tu..

Betulkan makcik..macam penah saya tulis dalam blog saya tentang duit rakyat ni..dulu sebelum adanya Pakatan Rakyat..kita tak kisah sangat pun pasal duit duit ni..pada kita itu kerajaan lah yang uruskan..sekarang, sikit sikit semuanya hak rakyat..duit rakyat..jalan rakyat..lebuhraya rakyat..jambatan rakyat..sampai kerajaan nak buat apa apa pun susah..itulah...kalau nak sangat kerajaan rakyat..macamtulah jadinya..

paneh said...

Salam melayuangkat,

Sejak kes ni berlaku saya sering berfikir makcik, mcamana lanun2 tu boleh hijack sebuah kapal msc. Kalo kapal MSC tu bawak 30knot, mesti bot2 lanun ni payah nak kejar. Tapi bila tgk di tv rupanya canggih2 bot lanun skrg. Tak mustahil bot mereka lebih laju. Tapi mcm saya cakap, kapal MSC juga laju sebab kapal2 tu semuanya canggih. Jadi agak mustahil nak kena hijack dgn senang. Ada terlintas di hati ini mesti kerja orang dalam. Atau mungkin salah sorg anggota lanun telah dihantar utk menyamar jadi pekerja dan memberi maklumat keadaan krew dan anak kapal sblm dan semasa di rampas. Wallahualam.

Namun bagi saya biar duit kerajaan habis utk bayar tebusan demi menyelamatkan nyawa warga kita yg jauh lebih bernilai.

zul rahman said...

Salam Makcik,
Selamat kembali.

Kes Lanun;
Kita perlu lihat ceritera disebalik cerita itu...

Seperti melihat diri kita melalui sudut pandangan Kosmik (Cosmic)

Sudah pasti ada cerita disebalik semua cerita.
Allah Maha Besar, makcik,
Maha Agung dan Maha suci.. Allah Itu maha mengetahui segala...

:)

Saya tidak mempunyai apa-apa cerita, cuma saya saban hari apabila cerita-cerita sebegini didengari..
ada yang melindungi...
ada juga yang mencari...
ada yang memerhati...
ada yang mendengar...
ada yang membaca...
ada yang membaca dan mentelaah disebalik kejadian..

Allah itu maha memerintah...
Percaya kepada sesuatu yang gha'ib..
Yakinlah bahawa ini semua adalah perkara Qada' dan Qadar..

Tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa IdzinNya...
Wallahualam bisawab...

Mohon ampun dan maaf semuanya...
Saya tidak mempunyai apa-apa cerita,
saya cuma mahu belajar dan mengambil iktibar...

Allah itu Maha Memerintah..., makcik..

p/s- 'Paneh', keterlintasan dihati kamu itu sudah luar biasa pemahamannya,
namum, perkara-perkara fakta tepat & info yang pasti perlu dicari.
Kita boleh berfikir-mengesyaki-dan membuat andaian seperti melepaskan "peluru penabur" untuk menembak 'bandit' yang wujud didepan mata tetapi masih tidak nampak..
Tetapi awas, adalah Haram apabila kita menembak "peluru tabur" itu sekan-akan mahu memfitnah. Fitnah yang menyelubingi bumi bisa mampu membuatkan bumi kita menangis.

Berhati-hati dengan kebenaran sahabatku, kerana kebenaran itu sekarang ini sudah menjadi punca kepada pergolakkan.
Berhati-hati sahabat..
berhati-hati dengan apa yang engkau dapat,
sekiranya apa yang engkau dapat itu hanyalah untuk dirimu dan hanya dirimu..
maka sujudlah engkau kepada Allah.

Dan sekiranya apa yang engkau dapat itu untuk dirimu dan untuk disebarkan... maka berjuanglah ke jalan Allah dengan penuh berani tanpa ada rasa takut.

Takutmu hanya kepaada Allah!
Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Melindungi.

Salam hormat.

P/s- Makcikkkkkkk.. mohon ampun dan maaf kepada Makcik.. bolehkan saya menulis begini di ruang Blog Makcik???
... Jari-jemari ini terus menaip bait kata seakan tidak mahu berhentiii... Ampunnnnnn makcikk..Ampunn...
"Demi Masa"

ZUL RAHMAN

Muhammad Azli Shukri said...

selamat hari raya maaf zahir batin..

paneh said...

Salam zul rahman.

Terima kasih atas ingatan. InsyaAllah kami akan sentiasa utamakan kebenaran. Cuma kata orang suspicion is one of the best defences.

Selamat Hari Raya.

zul rahman said...

Salam Makcik, Salam Paneh Miang (Kenapa Miang pulak.. :)hehehe,

You are right my brother-("Suspicious is the best defences" - "Read your thought and let it all out")

Kita disuruh belajar oleh Baginda Nabi Muhammad Saaw, walau sampai ke negeri china, benar?

Baca, ilmu dulu2 bagus-bagus. Paneh baca Ilmu kerajaan Othmaniah yang menggabungkan semua umat Islam, dan Ilmu perang yang ditulis oleh orang cina Sun Tzu - "The Art of War"
Saya yakin Paneh bolh baca dan faham sampai habis lah sebab Paneh dah baca Buku Permata yang hilang dan Mona Gersang :O hehehe..

namun, walau apapun, sudah pastilah, tiada ilmu yang boleh mengatasi Ilmu Al-Quran & Hadis.

Paneh, Dialam siber juga ada pejuang, Kalau ada Black Belt Karate Do- atau apa Do pun belum tentu boleh KARATE orang yang mempermain-mainkan Agama Kita di alam Siber ini, apa lagi lagu "Negaraku", jadi,
Bagaimana bisa Paneh dan kawan-kawan Paneh Meng-KARATE-DO kan pemusnah-pemusnah itu di alam siber ini? Benar?

Paneh fikirkanlah,

Read... bacalah dengan nama Tuhanmu (Iqra')

"Demi masa", Paneh..

Thank you makcik,
:)
ZR