Friday, 10 October 2008

Apa KITA boleh buat dengan 30 juta RM???

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, terfikir juga dalam benak betapa kalau kita ada RM30 juta apa yang boleh dan patut kita lakukan.

Tetapi sebelum tu, kita kena fikir dulu....

Bagaiamana dan dari mana SUMBER wang sebanyak ini kita perolehi..

'Teresa Kok saman Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta... banyak juta ni...30."

Mampu ke Utusan Malaysia bayar Teresa jumlah yang sebegini besar?? dan adakah Teresa benar benar akan memenangi jumlah sebanyak ini? Hanya Mahkamah dan Masa akan menentukannya.

Diri ini fikirkan selama ini si Teresa Kok ini tak lah materialistik sebab dia asyik kata dia ikhlas berkhidmat untuk rakyat, dia asyik kata orang tu korup orang ni korup....tetapi tup tup nak saman Utusan sampai 30 juta. Kalau RM3 juta pun bagi diri ini dah banyak tu.

RM30 juta.......? 10 keturuanan boleh makan..

10 comments:

CERPANA said...

Salam makcik,

Dikesempatan yang terlewat ini sy ingin mengucapkan Selamat hari Raya Adilfitri buat makcik sekeluarga..

kalau dapat 30j boleh beli pulau2 kat mlaysia ne dah tu belum kira nak beli shoping2 kompleks lg silap2 pas tu dah jadi 10orang terkaya di malaysia tak payah nak susah penatkan diri jd YB lagi tp kalau duit dia dapat bagi kat org2 miskin kat rakyat kat kawasan dia mmng respeklah tp berani tebang pokok pkai pisau lipatlah klau dia buat mcm tu..

kalau teresa saman utusan sbab kata utsan memutarbelitkan kenyataan dan menjtuhkan imej reputasi dia utusan samanlah balik teresa yang kononya utusan memutarbelitkan dan memfitnah diri dia tapi dh terang lgi bersulah dengan lampu2 kemera dia sndiri yang ckap benda tu tp lpas tu bg alasan sbb penat dan letih. apa yang penat pun x thulah bukanya msuk ISA kene cuci tandas ker mencangkul tanam pkok getah ker..
teresa sman 30j, utusan saman balik 50j kalau dua2 menang 30 bayar balik dah ad untung 20juta lpas tu bleh bagi akhbar percuma semingu kat penguna2.ahkbar untung rakyat pun suka..

Che Eduardo said...

makcik,

Kebebasan akhbar style Pakatan Rakyat.. Tak pakai ISA atau sebagainya.. Intimidasi menggunakan mahkamah sivil.. Di mana agaknya mereka belajar? Saya tahu.. pembaca?

Che

Faizal Riduan said...

Mak Cik mungkin YB Teresa Kok menilaikan 30 juta itu adalah timbal balik dari kerugian reputasi yang beliau alami.

Tetapi pada saya reputasi ahli politik ini adalah persepsi. Tindakan dan kenyataan ahli politik perlu mengambil kira persepsi jika tidak jangan marah jika menjadi spekulasi dan kontroversi.

mountdweller said...

Sebenarnya dia bukan nak kan RM30 juta tetapi memang berhasrat nak membankrapkan utusan!

UMNO Rambai Sari said...

Berikut adalah sedikit ulasan dan telahan saya selaku pemerhati, PAS akan membawa suara yang lantang dalam pembentukan kerajaan tidak beretika ini. Jika Karpal Singh, LKS, dan pemimpin-pemimpin lain dalam DAP yang sekular ini lebih gemar jika PR tidak membentuk kerajaan melalui MP lompat, takkanlah PAS pula yang terhegeh-hegeh terlalu kemaruk untuk memerintah di Putrajaya.

Nasib baiklah Khalid Samad tidak termasuk dalam tim ini, jika tidak kedudukan kedua-dua kumpulan akan jadi 3:3, Khalid Samad sudah tidak sabar ingin menjadi Menteri barangkali.

umnokelate.blogspot.com

Kurie said...

Ohhhh...

patut lah ramai gila nak jadi political..cepat kaya rupanya...

makcik, kuih raya dah abis ker?

adios...

madisyak said...

Ada beberapa perkara yang saya suka dengan Theresa ni. Bukan kerana dia perempuan dan saya lelaki. Takkkkk!

Masa pergi mahkamah pagi tu bukan main anggun lagi dengan kebayanya yang cerah. Kalau pakai tudung hari tu, boleh panggil Ustazah Theresa.

Masa pergi majlis buka puasa hari sebelum tu tak pakai kebaya pula. Saya fikir dia baru beli kebaya tu lepas ulama-ulama Pakatan Rakyat mengucap panjang malam tu. Nampak Ustaz Barul Amin ikut Theresa dari belakang sambil senyum saja. Kes tu dia tak saman Utusan pula.

Lagi satu kes 'makanan anjing' dia kata Utusan putarbelit berita tapi dia tak saman juga.

Kalau semua tu dia saman dah dapat tambahan lagi 60 juta. Jadi 90 juta.

Berapa guni duit dia dapat ya?

Memang Theresa pelakon hebat.

Daddy Cool said...

Salam Makcik...

Uih...banyak boleh buat nie, nak start business, bayor hutang, beli susu anak, beli dapor, beli ghumah, menikah satu lagi, hantor mak pegi haji, hantor bapak pegi mekah, beli yatch.....upah bodyguard baru! Itu sebenarnye!

keris_warisan010 said...

Betul tu mountdweller, Teresa terkokok ni nak Utusan Melayu ni muflis. Maka terkuburlah Utusan Melayu dari bumi Melayu ini. Jangan sesekali membenarkannya. Kurang ajar punya Teresa.

maxtor said...

Memang Theresa ni pelakon terhebat. Tengok je cerita dia tentang 'makanan anjing tu'. Tahniah..